Bab 5

2.6K 365 32
                                    

  HARI berganti hari, dari seminggu sehingga bertukar sebulan. Hari ini hari minggu dan Kath minta kebenaran mama Lana untuk pulang ke rumah mamanya selepas selesai ke kelas memandu kereta pagi ini.

"Alolo Bandung sayang! Lamanya tak jumpa si busuk ni!" Kucing yang sudah didalam pelukannya digomol-gomol. Setiap kali balik ke sini setiap kali itu lah dia akan gomol kucing kesayangannya yang berusia 2 tahun itu macam tak jumpa bertahun.

"Dia bukan nak peluk ayah dia dulu, dia peluk si sirap bandung dia dulu,"

Kath tertawa sebelum melepaskan Bandung kembali diatas sofa dan mendapatkan ayahnya.

"Macam mana kelas tadi?"

"Okay tapi cikgu Kath garanglah,"

"Barulah challenging,"

Kath cebikkan bibir. Duduk rumah mama Lana dan sebumbung dengan Han sudah cukup challenging buat dia. Dia tak perlukan challenging di tempat lain juga.

"Mama mana?"

"Solat. Sekejap lagi mama dengan papa nak pergi kenduri jadi ikut tak?" Soal ayahnya.

"Kenduri siapa?"

"Lah, kan mama dah beritahu minggu lepas"

"Kenduri kawan papa punya anak tu ke?"

Tuan Omar anggukkan kepala.

"Bolehlah"

"Pergilah tukar baju"

Kath akur, dia naik ke bilik dan matanya terus menangkap baju kurung moden berwarna kelabu yang sudah digosok dan tergantung di pintu almari pakaiannya.

Bibir Kath terlorek senyum. Mesti mama yang pilih.

Dia mandi ringkas dan baju yang tergantung disarungkan ke tubuh. Kath jadi panik bila baju itu hanya mampu masuk ke separuh tubuhnya sahaja dan tak lepas sehingga ke bawah.

"Takkan tak muat?" Dipaksakan lagi baju itu masuk dan... zap!

"Ah!" Jahitan dibahagian belakang baju itu terkoyak buat dia terjerit kecil. Kelam kabut baju itu ditanggalkan dan jahitan yang koyak dilihat. Besar.

"Mama!" Jeritanya sekuat hati. Sementara tunggu mamanya muncul, penimbang berat yang ada di penjuru bilik didekati dan dia naik keatas penimbang itu.

Membulat matanya.

Dari 78kg naik ke 83kg dalam masa sebulan!

Matanya mula berkaca. Dia menangis.

"Kenapa Kath? Kenapa menangis ni?" Soal mamanya yang baru muncul.

Lihat baju kurung modern berwarna kelabu yang sudah tersarung di tubuh langsung mamanya sedondon dengan bajunya yang sudah terkoyak buat dia semakin menangis.

"Baju Kath koyak," adunya sambil menundukkan wajah.

"Berat Kath naik lagi banyak! Mama dengan ayah pergilah Kath tak nak ikut." Sambungnya dalam suara cukup lemah. Dia marah dengan diri sendiri.

"Janganlah macam tu. Kan minggu lepas dah janji dengan mama nak ikut. Tak apa, baju apa yang Kath muat?" Sambil menyoal almari pakaian anak daranya dibuka.

"Jubah hitam tu je yang muat," sambil berbicara jubah hitam, berbatu penuh dibahagian hadapan yang dibelikan ayahnya sewaktu mengerjakan umrah beberapa bulan lalu ditunjuk.

"Wah cantik! Mama pun ada sama macam ni kan?"

Kath anggukkan kepala.

"Kalau macam tu kita pakai baju ni je. Mama baru ingat dah lama mama tak pakai jubah ni. Baru sekali je kan kita pakai jubah ni?"

Kath √Où les histoires vivent. Découvrez maintenant