14 : munif's apple

Start bij het begin
                                    

"Kau tak ambik apple jam?" Tanya aku.

"Ew, apple jam? Wujud ke?" Lia menggigit roti kemudian memamahnya perlahan.

"Don't ew my favorite apple jam. Of course it exists."

"Huh, peanut butter is on top. Tapi kenapa rumah you takde?!" Aku dijegil oleh dia tiba-tiba. Tapi tak lama kerana dia memejam mata untuk menyedut hingus.

"Aku alergik. Dengan kacang." Balas aku, meludah fakta.

"Hah? Alergik? Dengan kacang?" Lia membuat bunyi cicak yang tak berapa jelas kerana mulutnya penuh. "Cliche nak mati you ni. Huh." Selendang hitam dia dilibas.

Sebelah kening aku terangkat memandang Lia makan. Dengan hidung merahnya yang macam orang resdung. Like it's impossible to think that I'm chilling with a criminal. Cute, criminal.

"Kau makan comot." Tegur aku.

"Hah?"

Aku tunjuk dekat bibir dia di sebelah kiri yang tercalit coklat.

"Ish!" Dia lap kasar dengan belakang tangan kemudian menjeling aku tajam. Entah apalah dia tak puas hati dengan aku.

"Ada lagi."

Dia lap di bibir kanan pula.

"Aku tunjuk kat sini. Tak pandai ke? Ke nak aku tolong lapkan? Meh."

"Dah lah. Biarlah! Diam!" Lia ambil sebiji epal dan menyumbatnya ke mulut aku. Aku terpempan untuk beberapa detik.

Crunch!

Aku gigit isi epal yang manis sebelum tersenyum senget. Reaksi dia tentang alergik aku tadi terngiang-ngiang. Aku dah biasa dengan pelbagai jenis orang bila tahu aku alergik dengan kacang.

"I know, I'm weak." Kataku, selamba. Aku habiskan sebiji epal yang Lia 'suap' tadi.

"Ugh. You may be weak inside, like a puppy, but outside? Huh, see for yourself." Lia membuat roti berintikan blueberry pula. Selang seminit, dia terbatuk-batuk ke arah lain.

"Outside maksudnya?"

"You're huge, boy. Macam beruang." Katanya, roti blueberry dikunyah.

"Oh." Aku garu leher. Dia nak cakap yang aku kuat dari segi fizikal ke?

"Don't call me boy. Tunggu, umur kau berapa?" Soal aku.

"Older than you." Balas Lia.

"Serius? Well how do you know my age? Kau study lagi ke?" Aku semakin berminat.

"Sedang. Belum habis lagi. Tapi dengan situasi sekarang, I tak rasa I dapat sambung." Wajahnya tiba-tiba mendung.

"Alah, tengok aku. Baru habis 1 sem, aku dah berhenti. Tak mahulah. Sekarang, aku kerja sendiri. Arcade cafe. Nanti aku bawa kau pergi sana. I made arcade and online games." Aku mula bercerita. Bibir Lia kembali melekuk membentuk senyum sinis.

"You nak bawa I tengok you punya cafe? Untuk apa?"

Aku terdiam untuk seketika. Betul jugak. Kenapa aku cakap macam tu?

"Dunno. For hiding maybe?" Aku menjawab terus terang. Lia tergelak kecil dan menggelengkan kepala. Adakah ni kali pertama aku tengok senyuman Lia selebar itu?

Telefon pintar Lia berbunyi tiba-tiba. Lia mencapai sebelum memerhati sesuatu pada skrin. Aku buat tak peduli, terus menghabiskan roti sosej aku kemudian aku makan epal yang kedua.

"Hello?"

Aku renung wajah dia yang bercakap dengan seseorang dalam talian. Siapa je yang dia boleh hubungi sekarang ni? Kawan? Tak mungkin. Takkanlah kawan dia tak tahu yang dia sedang dikehendaki polis?

"Hahchom! Apa? Okay, okay. Later." Lia kembali meletakkan telefonnya ke tepi. Tiga kali dia terbersin. Perbualan yang pendek pun panjang kerana dia ingin menyedut hingus sebelum bercakap.

Lia memandang aku dan automatik, mata kami bertemu.

Masa terhenti.

Saat bergerak, sangat perlahan.

Mata dia. Cantik.

"Sedap ke?" Suara Lia memecah atmosfera fatamorgana aku.

"Apa?"

"Epal. Sedap ke?"

"Of course. Take one." Aku tolak pinggan epal yang tinggal sebiji.

"No, thanks. I muak makan epal." Lia tolak kembali pinggan epal ke arah aku. "You habiskan." Dia sambung menyuap roti ke dalam mulut. Aku hanya bagi sengihan kerang wangi.

"By the way, kau call dengan siapa tadi?" Tanya aku.

"Hahchom! Hahchom!" Lia sekali lagi terbersin. Dia turun dari bangku dan menuju ke sinki. Bunyi hembusan hingus kedengaran. Tak tunggu lama, aku menuju ke arah Lia dengan tisu di tangan.

"Kau demam nih. Nah, tisu." Aku hulurkan sekeping tisu dan dia mencapainya kasar. Serba salah pula aku dibuatnya sebab aku biarkan dia mandi hujan semalam.

"I rasa nak mandi. You tak ada baju yang kecik ke?" Lia melangkah perlahan melepasi bahu aku.

"Ada."

Tisu aku letak atas meja. Bilik sendiri aku tuju, ingin mencari pakaian yang sesuai. Tak patut dia pakai baju saiz aku macam semalam.

Lia menunggu di sofa ruang tamu. Aku buka almari pakaian dan mula mencari satu baju lama. Dari sini aku boleh dengar dia bersin dan hembus hingus. Aku geleng kepala, kasihan...

"Hah!" Aku angkat sepasang pyjama warna peach, melihat saiznya. "Hmm, muat kot." Aku terus bangun untuk keluar.

"Kau pakai baju ni. Ini baju paling lama dah aku tinggal." Ujar aku.

"Bila last you pakai baju ni?" Soalnya seraya mencapai perlahan-lahan pyjama yang aku hulurkan. Dahi Lia berkerut seribu sambil mengukur saiz seluar pyjama tu dekat tubuhnya.

"Erk... Rasanya kali terakhir aku pakai masa form five kot. Tak sangka pulak seluar dia... sama tinggi dengan kau. Hahah, pendek!" Aku tergelak besar!

"Shut the hell your mouth! You mesti gemuk kan dulu? Huh!"

Ketawa aku terhenti.

"Heh, kau betullah siot. Dulu aku berlemak gila. But now," ayat aku beesambung dengan aku selak baju t-shirt aku, menunjukkan otot biceps aku yang berketul-ketul.

"Ew... My eyes! No!" Lia pusingkan tubuhnya dan terus melarikan diri ke dalam bilik. Tawa aku meletus! Kelakar dengan reaksinya.

Snow Witch and The Bitch.Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu