"Kita berada di acara kemuncak. Siapa yang bakal menyandang Anugerah Bintang Paling Popular 2023. Pasti ramai tertanya tanya kan." 

"Jadi untuk tidak membuang masa, kita jemput Aznal Haji Nawami untuk menyampaikan anugerah sekaligus penutup tirai Anugerah Bintang Paling Popular untuk tahun 2023.

"Saya berasa sangat bertuah yer dijemput untuk menjadi penyampai bagi anugerah utama pada malam ini. Bangga saya melihat adik adik junior saya memenangi pelbagai trofi pada malam ini. Tidak lupa juga kepada rakan rakan seperjuangan yang masih lagi dalam dunia seni, seronok melihat muka-muka......."

Ailin sudah merengus sebal. Bosan mendengar ucapan pengacara tv yang sudah bersara itu.

"Maaf panjang lebar. Biasalah bila si tua memegang mikrofon, boleh lupa pada acara sebenar."

Aznal Haji Nawami menarik nafas panjang sebelum kembali bersuara.

"Baiklah tanpa melengahkan masa mari saya sampaikan anugerah ini. ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR 2023, JATUH KEPADAAAAAAAAAA"

Tangannya membukan envelop di tangan untuk membacakan nama pemenang. Dia tersenyum lalu menyambung,

"PUTRI AILIN!" Jerit Aznal Haji Nawami.

Ailin bangun sambil menekup mulut. Kamera dan lampu sudah menyuluh ke arahnya. Muka bahagianya turut terpapar di skrin besar. Tepukan dari para tetamu serta sorakan dari peminat menggamatkan lagi suasana.

"Oh shitttttttt!!!" jerit Zuhail dan Zulfa yang sedang menonton di rumah serentak.

"Haih ramai betul minat dia yer?" tanya Puan Sri Sharifah.

"Alaaaa Mika dapat satu jer tu pun anugerah pakaian jer!" kata Zulfa tidak puas hati.

"Mika lagi best berlakon dari perempuan tu."

Zuhail sudah mengangguk.

"Tengok apa?" Zarif tiba tiba muncul di ruang keluarga itu.

"Sukalah abang kan, your 'fiance' menang besar malam ni." sindir Zulfa. Perkataan fiance disebut dengan penuh sinis.

Zarif jongket kening, pelik. Mata dilarikan untuk memandang skrin. Nampak wajah Ailin sedang memberikan ucapan kemenangan. Fahamlah dia kini apa anugerah yang disebut sebut Ailin di dulu. 

Baguslah, fikirnya. Bagus perempuan itu menang supaya Ailin tak lagi mengganggunya.

"Zaf dah putus dengan perempuan tu."

Ketiga tiga manusia memandang ke arahnya.

"I will announce it maybe next week that the rumors are fake." 

Zulfa memandang ke arah Zuhail untuk meminta penjelasan.

Zuhail jongket bahu. Kepala ditelengkan sedikit. Malas nak ambil tahu.

Mata semua kembali ke skrin apabila pengacara pada malam itu sudah ketengah stage.

"Tahniah buat semua para pemenang. Baiklah jam sudah menunjukkan pukul 11.58 malam 31 Disember 2023. Saya minta untuk semua para hadirin serta semua peminat peminat yang datang untuk memyokong artis artis kegemaran masing masing supaya bangun dan sama sama membuat countdown.

"Sepuluh!"

"Sembilan"

"Lapan"

"Tujuh" 

"Enam"

"Lima"

"Empat"

"Tiga"

The Forced Fame [COMPLETE]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz