Bab 56

2.4K 97 10
                                    

Hampir hampir pukul 10 pagi Mikayla tiba di lobi Bangunan Astana pagi itu dihantar oleh Arizal. Arizal setia menunggu di depan lobi bagi memastikan dia selamat masuk ke dalam bangunan. 

Beberapa orang yang lalu lalang di situ sudah menoleh ke arahnya. Mungkin ada yang mengecam wajahnya kerana dia tidak memakai mask di mukanya seperti kebiasaan. 

Ada beberapa orang para pekerja di syarikat milik keluarga mertuanya yang tunduk hormat padanya ketika berselisih. Masing masing tersenyum memandang ke arahnya. Dia naik segan. Walaupun perhatian sebegitu sudah terbiasa dia terima kerana kerjayanya sebagai pelakon. Namun sudah beberapa bulan dia hanya duduk di rumah sahaja, jadi rasa tak biasa diberikan perhatian sebegitu.

"Selamat pagi Puan Kayla!"

"Cantiknya puan!"

"Puan Kayla saya fans puan!" 

Itu antara puji-pujian yang dia dapat sejak melangkah kaki ke dalam bangunan Astana yang megah itu. Dia hanya membalas sapaan mereka dengan senyuman. Segan!

*Ding

Baru sahaja dia baru mengorak langkah untuk ke kaunter penyambut tetamu di hadapan lobi, dia terdengar bunyi derap kaki melangkah laju ke arahnya. 

Dia angkat muka dan dia dapat lihat suaminya sedang berlari lari menuju ke arahnya dari arah lif. Dia tersenyum lebar menunggu suaminya mendekati.

"Gosh I miss you sayang!" ujar Tengku Zarif seraya memeluk erat tubuhnya. Beberapa pekerja yang berada di lobi sudah tersenyum senyum melihat tingkah COO mereka.

"Abang, orang tengoklah..." bisik Mikayla perlahan.

"Let them be..."

"Abang kata abang ada meeting sampai pukul 11?" soal Mikayla. Rasanya tadi dia diberitahu yang suaminya itu ada meeting. Boleh pula Tengku Zarif berada di situ bersamanya saat ini. 

"Abang keluar kejap nak pick up isteri abang ni lah!" ujar Zarif. Tubuh Mikayla yang berada di dalam pelukan ditolak perlahan. Pouch kecil di tangan Mikayla diambil sebelum dia menggenggam erat tangan isterinya. Beg tangan Mikayla yang berwarna putih itu turut diambil lalu disangkut ke bahu.

Pekerja pekerja yang ada di lobi itu tidak melepaskan peluang untuk merakam permandangan rare tersebut. Bila lagi mereka akan dapat lihat Tengku Zarif yang sentiasa menjaga tingkah dan imej itu membawa beg tangan perempuan di bahu. 

"Jom pergi office abang!" ajak Tengku Zarif. Tangan Mikayla ditarik menuju ke lif eksekutif. 

Di dalam lif, Tengku Zarif bersandar di dinding lif sambil menilik sosok Mikayla. Isterinya itu sungguh cantik hari itu dengan memakai maxi dress berwarna biru lembut dan mengenakan sandal putih. Nampak feminine sungguh. Hatinya meleweh melihat isteri sendiri.

"Kenapa sayang abang ni cantik sangat ni..." pujinya lembut. Tak jemu matanya memandang isteri sendiri.

Mikayla tergelak perlahan. Sudah terbiasa dengan penyakit mulut manis suaminya sejak mereka berkhahwin. 

"Sorrylah encik, saya ni dah bersuami. Jangan puji lebih lebih nanti suami saya marah." usik Mikayla.

"Oh iyeke, aduh melepas lah saya. Untung sungguh suami Puan tu. Boleh saya tahu nama suami puan?" ujar Tengku Zarif turut melayan sketsa si isteri di dalam lif.

*Ding

Pintu lif terbuka.

"Nama suami saya Tengku Zarif. Encik kenal?" ujar Mikayla sebelum melangkah keluar meninggalkan suaminya yang sudah tersipu sipu di dalam lif. Lembik leher. Gedik! Ini kalau nampak dekat staf staf Astana yang lain, makin jatuh saham Tengku Zarif yang terkenal dengan perangai dinginnnya itu.

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now