𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 54

Start from the beginning
                                    

Semua disebabkan Alvina! Sudah beberapa hari wanita itu mengasingkan diri daripada keluarganya. Entah apa puncanya pun Saif tidak pasti. Yang dia tahu, keluarga itu memang sedang tunggang-langgang. Kasihan...

Alvina menjuih. Jadi itulah alasan lelaki ini sanggup mencarinya hingga ke sini? Mati-matian Vina ingatkan lelaki itu ikhlas. Ternyata ada udang di sebalik batu. Huh!

"Baliklah Tipah..." meleret-leret suaranya. Menahan geram mungkin.

"I cakap I tak nak, I tak naklah! You jangan paksa I, boleh tak? I tak suka keluarga itu. I benci semua orang!" Amukannya diakhiri dengan dengusan. Sakit dada menahan esak tangis yang mungkin akan pecah bila-bila masa sahaja.

Sejujurnya Alvina lebih salahkan diri sendiri. Dia tidak mampu menghulur tangan buat kakak ipar kesayangannya. Dia sedih. Dia tidak suka melihat Eima dalam keadaan sebegitu. Walhal, Eima tidak pernah menangis dan mengeluh tentang situasi sekarang ini kepadanya pun.

Saif melepaskan keluhan kecil. "Tak baik kau cakap macam itu. Itu keluarga kau sendiri."

"You cakap senang. Family you dengan I... lain. Tak sama. Keluarga you tak lalui apa yang I sedang lalui," bantah Alvina lagi.

Saif tidak layak memberi nasihat kepadanya lebih-lebih lagi hal berkaitan keluarga. Apa yang dia tahu, keluarga Saif tidak pernah ditimpa masalah. Dan dia cemburu dengan keakraban mereka.

Raut wajah Saif berubah. Sebelah tangan yang mencengkak pinggang diturunkan ke sisi tubuh.

Terkilan apabila Alvina membangkit dan membanding-bandingkan perihal ini. Sedangkan keluarganya juga pernah ditimpa masalah. Tapi tiada guna juga dia melenting kepada Alvina.

Kata babahnya, emosi seorang perempuan memang macam ini. Tunggang-terbalik. Itu lumrah. Memang Tuhan ciptakan wanita sebegitu. Jadi Saif tidak boleh salahkan sesiapa.

"Umi aku cakap, hidup ini hanya sekadar ujian buat hamba Allah. Setiap manusia yang ada keimanan dalam diri, pasti akan diuji. Disebalik setiap kemewahan atau kesusahan, tentu akan ada ujian. Dan kita sepatutnya bersyukur bila kita diuji. Sebab itu tanda Tuhan masih sayang dan kasihi kita."

Hilang diksi Alvina. Raut wajahnya berubah mendengar bait bicara Saif.

"Mungkin aku tak rasa apa yang kau sedang rasa, tapi kau tak boleh bandingkan ujian yang Allah berikan untuk kita. Kau sepatutnya tahu dan sedar yang Allah tak akan seksa kita. Allah tak akan uji kita melebihi kemampuan dan Allah uji kau macam ini sebab dia tahu kau mampu."

Tangkai hatinya bagai direntap. Saif betul. Dia tidak sepatutnya mengeluh dan merungut seperti ini. Sedar akan kelopak mata yang mula memanas, dia alihkan pandangan. Tidak mahu dilihat oleh Saif dalam keadaan sebegini.

Sebelah keningnya terangkat melihat tubir mata Alvina yang bertakung. Tanpa kata, full face helmet di tangan dia pakaikan kepada Alvina.

Terkejut Alvina merasakan kepalanya yang memberat. Melangut memandang wajah Saif. Berdegup kencang jantungnya. Malam ini lelaki itu nampak lain.

Rambut coklat kegelapannya yang jatuh di dahi, bergerak lembut ditiup angin malam. Pucuk hidung mancung lelaki itu sedikit kemerahan disebalik kulit sawo matangnya. Mata lelaki itu juga seakan bercahaya. Hujung telinganya juga masih terngiang-ngiang dengan bicara lembut Saif tadi. Saif nampak matang dan juga...

Eh? Apa ini?! Cepat-cepat Alvina gelengkan kepala. Mengusir bayangan yang aneh itu. Bahaya.

Get a grip, Syarifah Alvina Quswa! Itu Saif Eiman yang nakal dan juga mulut tempayan!

"Kalau member kau nampak kau menangis dekat tempat-tempat macam ni nanti dia ikut kau balik," kata Saif sambil menolak visor helmet menutupi seluruh wajah cantik itu.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now