𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 53

Start from the beginning
                                    

Tersentak mereka berdua mendengar perkataan 'mak mertua' serta 'suami' itu. Eh sekejap!

Hiraukan bebelan wanita di hadapannya, Jep membawa keluar telefon bimbit di dalam poket seluar. Ikon photo disentuh lalu sekeping gambar dicarinya. Bergilir dia memandang wanita bertudung itu serta gambar di dalam telefon bimbitnya. Sah! Orang sama.

Lantas Jep menapak beberapa tapak ke hadapan, membawa diri lebih rapat dengan wanita itu.

Membuntang anak mata Eima. Sebelah tangan diangkat memberi arahan melalui perbuatan supaya mengekalkan jarak.

"Eh! Halal gap mana? Ha. Ha. Ha. Jangan rapat-rapat. Shuhhh." Kain abayanya dipegang sedikit. Bersedia untuk buka kaki.

Disebalik amaran, selamba dia berura-ura untuk memegang lengan Eima sebelum wanita itu bertindak lebih pantas menepis tangan tersebut dengan mangkuk tingkatnya.

"Ya Allah. Dah besar panjang, tua bangka, muka berkedut macam ini pun nak kena masuk kelas fardhu ain balik. Berdosalah sentuh bukan mahram, cetan!" herdik Eima kuat. Dia mundur beberapa tapak ke belakang.

"Sebelum aku heret kau, lebih baik kau pergi sekarang! Aku dah tak teragak-agak guna kekerasan sekarang ini kalau kau masih berdegil." Lebih-lebih lagi apabila dia sudah mengetahui siapa wanita yang memekik ini sebenarnya.

Mendapat signal melalui Jep, Nuar bulatkan mata. Dia sudah menegrti. Lantas menghubungi seseorang dan melaporkan sesuatu kepada si penerima panggilan.

"Liam. She's here."

Sedar akan perubahan sikap dua orang lelaki bertubuh sasa itu, Eima meletuskan tawa sinis. Lagian selepas mendengar kata-kata lelaki tersebut. Oh, jadi Eima tak perlu buat sesi taaruf lah kan? Nampak gayanya mereka sudah mengetahui siapa Eima sebenarnya. Hmph! Malaslah nak berlagak.

Tapi Syed Adi Uzam memang orang tua gila. Sewel. Kufur nikmat. Tidak cukup dengan mengambil suaminya, lelaki itu boleh pula mengupah orang semata-mata untuk awasi Eima. Begitu takutkah lelaki tua jahanam itu akan Eima?

Tidak mengambil masa yang lama, pagar yang besar dan megah itu terbuka secara automatik. Disebalik bukaan pagar itu, Eima nampak beberapa orang lelaki bertubuh sasa yang berjalan menuju ke arahnya.

Gerun juga Eima tapi... dia terhibur. Menunduk dan meletuskan tawa. Lantas dia kembali mendongak dan memandang ke langit biru itu. Senyumannya lebar hingga menayangkan baris susunan giginya yang teratur.

"Ya Allah, terima kasih kerana telah mempermudahkan urusan Eima. Eima sayang Allah!"

Tercengang Jep dan Nuar menonton kelakuan wanita itu.

Eima henyakkan pandangan pada Jep dan Nuar. "I owe you one, cetan brothers. Nanti saya belanja cendol, nak?"








"Puan Sri. Puan Sri."

Sampai di hadapan Engku Khadija dan Alvina yang turut berada di dapur itu, tercungap-cungap bibik menarik nafas sambil menunding jari ke arah luar rumah.

"Kenapa ini bik? Kalut semacam," soalnya keanehan.

"Puan Sri. Saya tak tahu kenapa tapi pekerja Tan Sri bising-bising dekat luar pagar."

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now