Sedang leka mengenang kisah lalu itu pintu bilikku diketuk dari luar.Aku terus menoleh ke arah pintu.

"Jom lunch Bella"Kata Kak Su sebaik mendapat izin dariku untuk masuk.

"Oh dah pukul 1200 ye?"Soalku mencapai telefon bimbit untuk melihat waktu sekarang terlalu khusyuk membuat kerja sehingga aku tidak sempat mengerling ke arah jam.Kak Su hanya senyum melihat aku yang mencapai telefon lalu berjalan menghampiriku.

"Bagusnya khusyuk dia buat kerja ye sampai tak perasan pukul berapa dah."Kak Su bersahaja.

"Hehe..Tak ada lah Kak Su saya tengah siapkan dokumen projek baru kita tu.Boss kata siapkan sebelum esok sebab ada jumpa client." Jelasku kepadanya.Dan Kak Su hanya mengangguk faham.

Setelah semua dimatikan sebentar untuk pergi makan kami jalan beriringan ke arah lif di hujung bangunan itu.

"Kamu sebelum ni kerja dimana?"Soal Kak Su memulakan perbualan.Aku terhenti seketika dari makan dan hanya senyum kepadanya.

"Saya.Tak kerja sebelum ni."Jawab aku ringkas.Aku tahu jawapan itu tidak menjawab sepenuhnya soalan Kak Su akan tetapi aku juga tidak mahu mengenangkan kembali kisahku.Melihat riak wajahku Kak Su seperti faham yang aku masih tidak sedia untuk berkongsi tentang hal peribadi aku kepada sesiapa.

"Tak apa akak faham.Lagi pun kamu baru disini mesti kamu pun baru saja nak sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.Nanti bila kamu dah sedia nak kongsi,cerita lah pada akak.Akak sudi nak dengar." Kak Su memahami keadaan emosi aku.

"Terima kasih Kak Su faham saya.Insya-Allah nanti bila tiba masanya saya akan ceritakan ye.Baiklah Kak saya minta diri dulu."
Sebaik saja selesai makan aku minta diri terlebih dahulu kerana ada urusan kerja yang belum lagi selesai di pejabat.Kak su pula hendak pulang dulu ke rumah kerana ada hal keluarga katanya.Seperti yang dikatakan kami pun mengambil arah berlawanan Kak Su pulang ke rumah, manakala aku pulang pejabat.

Sebaik saja kaki melangkah masuk ke pejabat tiba tiba ada seseorang menyapaku.

"Assalamualaikum awak Bella ye?"

Lelaki itu hanya berpakaian biasa tidak terlihat seperti pekerja.Aku hanya mengangguk menjawab pertanyaannya.

"Ni ada seorang perempuan tadi suruh saya berikan kepada puan Bella buah ni katanya kawan lama puan." Kata lelaki itu.Bakul buah itu bertukar tangan dengan aku.

"Baik Terima kasih." Kata ku sebaik saja mengambil bakul buah itu.

Setelah itu kami menyambung kerja masing-masing aku mengorak langkah ke pejabat aku untuk menyiapkan kerja.Masa berlalu begitu pantas hampir tidak sedar aku membuat kerja dengan begitu khusyuk sehingga waktu asar menjelang tiba.

Aku mengerling ke arah jam tangan.1730 petang kerja sudah pun siap aku bangkit dari duduk hendak menghantar fail projek kepada Boss yang masih berada di biliknya masih tekun membuat kerjanya.

Pintu diketuk 3 kali ketukan aku berhenti sebaik saja mendapat kebenaran masuk ke dalam bilik yang tertera nama Tuan Farrel a.k.a Boss disitu.

"Maaf ganggu,Saya nak bagi fail projek yang Boss minta semalam."Kata sambil berjalan menghampiri mejanya.

"Dah siap?Good,On time."Pujinya dan panggung muka ke arahku.

"Esok macam mana Boss?Memang dah confirm ada mesyuarat?"Soalku mohon kepastian untuk menyediakan barang jika perlu.

"Yes, esok pukul 1130 macam tu awak datang bilik saya kita pergi sama-sama sebagai ganti jawatan kepada Kak Ani."Tuan Farrel kembali fokus pada kerjanya di komputer sebaik memberikan penerangan tentang susun atur jadual esok harinya.Setelah itu tanpa melengahkan masa aku meminta diri terlebih dahulu untuk solat asar manakala Tuan Farrel juga turut ikut serta untuk menunaikan solat fardu asar.

Lelaki Itu TakdirkuWhere stories live. Discover now