11 Hours To Boston: Bab 62

Start from the beginning
                                    

Ghaze menghela nafas lega. Dia kemudian menarik Dura merapatinya. "Boleh Ghaze tengok dia?" Doktor Jasmine mengangguk.

Sebelum kedua pasangan itu masuk ke dalam ruangan wad Si Kecil Stella ditempatkan, sempat Doktor Jasmine menegur Dura.

"So.. I'm guessing, you're Ghaze's wife?" Segan-segan Dura mengangguk, malah sapaan mesra Doktor Jasmine buatkan dia semakin lega. "Kita bercakap lagi nanti, silakan lawat Stella dulu. Dia mungkin cari kamu berdua," ujarnya. Tanpa berlengah, mereka lekas menuju ke dalam wad.

•••••••••••••••••••••••

Tok! Tok! Tok!

Qiura yang duduk sambil bermain dengan anak bongsunya di atas katil, kian memalingkan tubuh kebelakang saat mendengar pintu biliknya diketuk.

Dia mendukung anaknya, kemudian lekas mencapai jersey shawl bewarna maroon, tidak menunggu, dia kemudian bergerak membuka pintu bilik.

Dia agak terkejut melihat gerangan wanita yang mengetuk pintu biliknya. "Nedine?" Dengan wajah keliru, dia menyapa.

Nedine senyum ke arahnya bersama bibir yang masih berona pucat lesi. "M..maaf Nedine ganggu, Nedine.. n..nak cakap dengan akak boleh?" Qiura masih keliru, seingatnya kata mama, Nedine tidak mahu bercakap dengan sesiapa.

"Uhm.. boleh.. marilah masuk bilik ni, Abang Ed tak ada, dia keluar dengan twins berdua tu," jelas Qiura dengan ramahnya.

Nedine mengangguk perlahan. Setibanya dia kembali ke katil, tubuh Dhaffa diletakkan di atas permukaan katil empuknya. "Alolo anak mama ni.." Dia mengucup pipi anaknya manja.

Nedine yang menyaksikan itu, sekadar termenung kosong. Untungnya disayang ibu begitu. Dia bahkan tidak pernah merasai kucupan dari ibunya sendiri. Oh, lupa.. dia.. anak luar nikah bukan?

"Nedine.. duduklah, Nedine kan tak sihat.." Sudah ditegur begitu, dia sekadar menurut. Sofa luas di bilik yang juga luas ini, menjadi tempat punggungnya dilabuhkan.

"Nedine nak cakap apa dengan akak?" Sekali lagi, Qiura bersuara terlebih dahulu. "N.. Nedine ingat.. Nedine nak.. pakai tudung." Mendengar itu, bibir merah Qiura mengulum senyuman nipis.

Pernyataan birasnya tadi, mengingatkan dia kepada Kak Dalisha. Orang yang telah banyak berjasa padanya. Orang yang telah meyakinkan dia untuk berubah ke jalan Allah. Dia tersenyum lagi sendiri. Sudah lama tidak berhubung dengan Kak Dalisha. Manalah dia pergi?

"Alhamdulillah. Baguslah kalau macam tu. Nedine nak pinjam tudung akak ya?" Soalnya. Nedinena mengetap bibir. "Tapi.. Nedine ni dah kotor, layak ke Nedine pakai tudung lagi?" Soalan itu, buatkan Qiura terkejut.

Dia mendukung anaknya lalu duduk di sebelah birasnya itu. "Kenapa cakap macam tu?" Dia menyelit rambut panjang Nedine yang hampir menutupi separuh daripada wajah pucatnya itu.

"Nedine.. Nedine dah kotor. Nedine jijik dengan diri sendiri. Nedine rasa bersalah dengan semua orang. Nedine tak layak jadi isteri Essac ataupun ahli dalam keluarga ni." Air mata bergenang di pipi.

Bahunya mula terhinjut perlahan. Qiura simpati. Dia terus menarik Nedine merapatinya. "Sebenarnya kan.. akak ada adik kembar. Nama dia Qaseh, dia pun.. pernah lalui cerita yang lebih kurang sama macam Nedine. Dia pernah dirogol."

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now