"Aku takkan bertoleransi kalau aku nampak kau tak pakai tali leher sekali lagi lepas ni." Aku melangkahkan kaki ke meja aku semula.

"Maaf, tuan." Francis dan perempuan tadi mengikuti. Satu benda tentang aku adalah aku tak sukakan ketidakteraturan.

"Okay so... this is-"

"No, Francis. Let her introduce herself. Have a seat." Aku melabuhkan punggung atas kerusi aku, berhadapan dengan mereka berdua yang dah duduk.

"Hai, inspektor."

"Tuan." Aku perbetulkan. Santai betul dia meng-hai-kan aku.

Perempuan itu terdiam untuk sesaat. "Tuan. Saya Karina." Dia pandang Francis di sebelahnya.

"Why are you here?" Aku soal dia, sengaja. Francis membuat wajah pasrah.

"Err... Saya mangsa dalam satu kes percubaan membunuh. Suspeknya kakak tiri saya. Saya dekat sini untuk disoal." Karina menjawab petah. Aku anggukkan kepala.

"Baik."

Fikiran aku ligat berputar. Jari-jari menekan keyboard komputer. New file, enter.

...

Francis mencatat sesuatu dengan laju di buku notanya macam nak bagi kertas tu terbakar. Aku geleng kepala
Mata kembali merenung Karina.

Betul ke kakak dia yang tikam dia ni? Kenapa aku rasa ada benda yang pelik. Semua pernyataan dia macam tiada... flavor. Ah, aku pun tak faham firasat aku ini.

Kalau nak tengok bekas luka dia pun mestilah dia taknak tunjuk. Pergelangan tangan itu kan aurat perempuan. Aku pandang pula ke arah Francis.

"Dr. Luqman dah call semalam. Suruh bagitahu Inspektor Megat yang kecederaan dekat tangan Cik Karina ini tak ada kesan pergelutan." Francis bersuara.

"Hmm. Jadi Cik Karina tengah buat apa time tu?" Francis sambung bertanya.

"Saya belum tidur." Karina menjawab pantas.

"Okey, aku faham. Tapi aku rasa ini tak cukup." Kata aku. Mereka berdua diam termenung. Aku bangkit dari kerusi supaya nampak lebih serius. Mereka turut bingkas bangun.

"Nevermind. So..."

Aku berdehem, membetulkan suara bagi jelas sikit walaupun solulu untuk masalah ini belum jelas dalam kepala aku.

"To summarize... Lia had attempted to kill you using a knife. On 27 November night. And you got stabbed on the arm which was now healed, am I right? And Munif was there with her because Munif decided to go with her. So there are two questions here. What was the reason she wanted to kill you. Wait, no. Let me correct myself. What was the reason she tried to kill you and why Munif followed her. And protect this girl Lia all the way and through."

Aku ambil nafas. Baru saja aku mahu menyambung tiba-tiba Karina menyampuk.

"Munif... memang sengaja ikut Kak Lia? Dan, dia bawa ke rumah anak yatim tu? Tapi kenapa? Macam mana tuan tahu? Tak mungkin. Saya-"

"Kami dah soal siasat Benjamin dan Fabian. Kau kenal tak?" Aku membalas sambil memandangnya.

Karina terdiam untuk beberapa saat. "Oh. Benji? And Fabian? Dorang dekat mana sekarang?" Soal dia.

"That's beside your business right now. Let me continue. Where were we?" Aku semak nota siasatan yang aku taip tadi. Tawa kecil meletus dari bibir aku. Francis berkerut dahi.

"There's a high possiblity, that Munif is doing all this... out. Of. Love. Don't you think? He's falling in love!"

Karina membisukan dirinya.

"Nah, I'm joking. Chill. This case is too easy I want to assign it to another team."

"Huh?" Francis dah mula bagi isyarat dekat aku supaya berhenti. Tangannya digoyangkan di leher macam tanda nak kena pancung.

"But yeah knowing I've only been in the force for five years..." Aku angkat-angkat bahu dan kening.

BAM!

Aku menepuk meja sampai kedua-dua orang di hadapan aku terhinjut bahu.

"So, we have to focus on the exact coordinate of them right now. They've been hiding so good, I guess that thanks to Munif. His friends said he got a load of places to stay. Plus, Lia had a gun. What a troublemaker. She scares people." Aku geleng kepala.

"What do you say?" Tapak tangan aku menongkat di permukaan meja.

"Berita Retro dah siarkan gambar dorang. Tak pasti kenapa pihak dorang berminat dengan kes ni. Anyways, saya cadang kita pergi ke semua tempat yang orang laporkan penampakan dorang." Francis membalas laju.

Aku tersenyum nipis melihat kesungguhannya.

"Alright. Sebarkan lagi berita pasal Munif dan Lia ni. Dig more information from the people who saw them. Also, watch the CCTV."




Snow Witch and The Bitch.Where stories live. Discover now