𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 49

Start from the beginning
                                    

Dengan dia yang masih berada dalam pelukan kemas Altaf, terlompat-lompat Eima berusaha menggapai album itu.

"Abang..." panggilnya geram. Biceps Altaf dicengkam kemas. Hanya setara itu dapat dicapainya. Wonderpet Eima ini, tinggi sungguh!

Tidak pedulikan rontaan Eima, dia masih kekal menilik sesuatu itu.

Macam... album. Siapa punya ini?

Matanya tertancap ke arah satu tulisan berangkai yang berada di hujung kiri muka depan album itu.

Syed Altaf Qhadi

"Abang punya?" soalnya sambil memandang Eima yang sudah masam mencuka.

"Bukanlah. Itu Eima punya!" Sesuka hati Altaf sahaja claim itu milik dia.

Berlapis-lapis dahi Altaf.

"Nama abang?" soalnya lagi.

Eima jatuhkan tangan ke sisi. Tangan Altaf yang memeluk tubuhnya turut ditolak lembut.

"Memang nama abang. Tapi album itu milik Eima." Dan-dan dia sisipkan jemari Altaf dan dipimpin tubuh itu ke birai katil.

Usai mendudukkan si suami, Eima ambil tempat di sebelah lelaki itu. Album di dalam genggaman Altaf, dia ambil.

Tanpa kata, Eima selak muka depan buku sehingga terbentang sekeping gambar yang berukuran 5R.

Dalam Eima menatap raut wajah si suami yang melihat ke arah gambar seorang bayi yang berada di dalam baby coat tersebut.

Altaf hanya diam sambil khusyuk menilik gambar yang berada di setiap halaman muka surat itu.

"Comel, kan?" Eima pecahkan keheningan di antara mereka.

"Ini... abang ke?" Polos Altaf menyoal. Bulat matanya menunggu jawapan daripada Eima.

Meskipun beberapa keping gambar itu hanya menunjukkan seorang bayi yang mungkin berusia kurang daripada 2 tahun, Altaf masih boleh cam wajahnya itu.

Eima tayang senyuman. Beria dia menjatuhkan kepala.

Saat Eima mahu selak helaian seterusnya, jemarinya sudah selamat berada di dalam genggaman tangan besar si suami.

"Mana sayang dapat album ni?" Altaf tidak pernah tahu pun tentang kewujudan album serupa diari bergambar miliknya ini.

Eima angkat jari telunjuk semedan digerakkan ke kiri dan kanan berulang kali.

"Mana boleh beritahu... Rah. Si. A!" tegasnya.

Eima kembali menatap setiap gambar itu. Tersenyum-senyum. Tidak hiraukan Altaf yang jelas tidak puas hati dengan jawapannya.

Hanya sesekali kekehan kecil terlucut melalui celah bibir. Beribu kali dia melihat gambar itu, setiap kali itu lah dia akan memuji dan tertawa. Altaf sungguh comel. Kalau ada depan mata, memang Eima gomol puas-puas.

Gemuk. Tembam. Banyak isi. Tak macam sekarang. Penuh dengan lekuk dan ketulan keras serupa batu sahaja. Mujur seksi. Ehem!

"Nur Eima..." serunya meleret sekaligus pergelangan tangan Eima dicengkam. Kemas pegangannya tetapi tidak menyakitkan. Sekadar untuk meraih perhatian Eima.

"Dari mana awak dapat ini, sayang?"

Eima ketap bibir. Ha sudah. Awak itu tanda tidak berapa baik.

"Eima beritahu tapi abang jangan marah ye?" Raut serius Altaf dikerling melalui ekor mata.

Altaf angguk. Layankan sahaja permintaan si isteri.

"Bonda. Bonda yang beri album ini pada Eima," beritahunya senafas.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now