Dia cuma terasa hati kerana gadis itu selalu mengelak darinya serta buat tidak endah sepeti dia itu tidak wujud.

Adyan hanya memasang telinga mendengar curhatan yang dilempar oleh Adian sebentar tadi, dia juga tidak tahu mengapa kakak iparnya begitu. Dia manalah tahu tentang rumah tangga jadi dia juga tiada hak untuk komen kerana dia tidak pernah ada pengalaman.

"Yan aku rasa dia.... " terus terasa sebak di hati hingga nak mengeluarkan ayat pun tidak terkata

"Jangan fikir yang bukan-bukan, mungkin dia agak sensitive sebab nak datang bulan kut" kata Adyan cuba untuk menenangkan si abang sulungnya

"Tapi kalau dia betul-betul dah tak sayang aku macam mana? " fikirannya sekarang ini dipenuhi dengan persoalan, tunggu masa sahaja selepas dia balik dari kerja dia akan menyoalkan semua tentang itu.

Adyan hanya terdiam dengan kata-kata Adian tadi, dia juga fikir yang sama tetapi tidak mungkinlah kakak iparnya sanggup buat Adian seperti itu. Melihat wajah Adian sangat murung walaupun baru pagi.

" Takpe bang kau doa yang baik-baik je untuk dia, kau kena percayakan dia" kata Adyan

"Aku harap semua benda yang aku fikirkan tak betul..... " Adyan angguk tanda setuju dengan kata-kata yang dilontar oleh Adian. Dia juga berharap agar mereka dapat berbaik semula seperti pasangan yang beru berkahwin.

Terlupa pula fasal lif, sudah lama lif itu buka tutup tetapi mereka masih belum masuk ke dalam sampailah lif itu terbuka semula dan akhirnya mereka berdua langkah masuk ke dalam lif tersbeut.

"kau macam mana sekarang? " Soal Adian mengubah topik, dia tidak mahu cakap fasal itu lagi kalau tidak nanti dia nangis di depan Adyan buat malu sahaja.

"aku ok je" balas Adyan

"aku dengar kau jumpa seseorang " Adian mengangkat keningnya lalu tersenyum nakal.

"kau kenal lagi Mariam Ayyesha? " soal Adyan

"ouh yang pernah cuba culik kau tu? " Mariam sungguh terkenal tentang itu.

Adyan hanya angguk sebagai jawapan

"i finally found her. " selepas bertahun-tahun dia cuba untuk mencari gadis itu dan akhirnya dia telah pun temui.

"ye ke? " soal Adian untuk kepastian

"dia yang kerja dekat gerai Pak Samad waktu seminggu sebelum kau nikah "

"Oh! Dia lah yang rambut serabai tu! " kata Adian dengan teruja, apa yang nak di teruja sanagt pun tidak tahu

"suka hati kau je panggil dia serabai" kata Adyan, kini mata helangnya di tuju kan kepada Adian. Pantang betul jika ada orang panggil Mariam serabai.

"rilek la, aku gurau je. Tapi kan aku dah tau dah rancangan kau" senyuman itu bertukar menjadi senyuman yang sangat nakal

"Papa nak bagitahu kau? " terkejut juga dia Papa sudah memberitahu lebih awal dari yang dijangka . Adian sekadar angguk tetapi wajahnya penuh dengan kebanggaan

"aku dengar hari ni hari graduation dia, kau tak pergi ke? "

"nanti aku pergi, aku nak settle kan kerja dulu" jawab Adyan, bukannya dia lebih pentingkan kerja tetapi kalau pergi sahaja tapi kerja kemain belambak atas meja siapa nak buat betul tak? Dia nak spend time juga dengan Mariam.

..............................

Mariam dan juga kawan-kawannya mengambil gambar buat kenangan terakhir di Universiti itu. Macam tak percaya sahaja dia sudah menamatkan ijazah nya selepas 5 tahun meneruskan pelajarannya.

𝐌𝐫𝐬. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐝𝐲𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥𝐥 | 𝑂𝐺Where stories live. Discover now