11 Hours To Boston: Bab 51

Start from the beginning
                                    

"Waalaikumus..." Belum sempat dia menjawab salam, mata sudah terkebil-kebil dengan apa yang dia lihat di hadapan mata.

"Hey! Essac? What are you doing here? Wait... Wait... Wait... How... Wait... Macam mana Essac boleh terpacak depan ni? Bukan ke cuti semester belum lagi?"

Puan Sri Emelda mulai berubah serius. Dia pandang Edward yang masih mendukung Clara di belakang adiknya.

"Don't look at me like that ma... Ask him... I'm just helping him at the airport..." Sebelah kening Puan Sri Emelda terjongket. Dia kembali fokuskan tumpuan kepada Essac.

"Jangan beritahu mama Essac ponteng universiti!" Essac tersengih tidak bersalah. Sesambil tangan mamanya dicapai dan didalam, "Hihi.. miss you mama sayang." Dia kucup pipi mamanya. Puan Sri Emelda? Dia masih dalam mod serius.

••••••••••••••••••••••••

"W..weyh, Ghaze... Kau ok? S.. sorry weyh, aku..." Alvin terus menutup rapat mulutnya yang banyak berceloteh meminta maaf sedari tadi saat Ghaze lemparkan pandangan maut ke arahnya.

"Siot la, aku tahu la aku handsome,
janganlah dengki sangat pergi tumbuk
muka aku!"

Dalam intonasi sebal, dia bersuara. Suaranya kedengaran tidak jelas kerana bibirnya yang pecah masih terasa berdenyut kuat. 

Alvin yang memandu kereta di sisi, masih teragak-agak ingin memberi reaksi. "S.. sorrylah," ujarnya.

Kereta kemas dipakir di hadapan pintu masuk rumah agam Ghaze yang dijaga oleh dua orang pengawal keselamatan.

Alvin turun terlebih dahulu membuka pintu untuk Ghaze. "Ma..mari aku tolong."

"Aduh... Sakitnya... Bodohlah Vin.." Dia menepuk bahu rakannya beberapa kali. Haish Alvin ni!

"Uh.. Tengku? Kenapa baju Tengku berdarah-darah ni?" Salah seorang pengawal keselamatan yang menjaga pintu, menyoal dengan prihatin, namun, Ghaze sekadar menggeleng kepala. Dia terus mengarahkan Alvin membuka pintu rumah dan masuk.

"Ahhh.. sakitnya.." Dia mendengus kuat saat Alvin membantunya duduk di sofa. Dia tidak henti melirik Alvin dengan serius. "Aku ok nanti, aku pecahkan muka kau balik!" Omelnya sebal.

"Hurm.. janganlah marah Ghaze.." Alvin memuncungkan bibir seolah merajuk apabila Ghaze tidak henti memarahi dia.

Dia terus membaringkan tubuh ke atas sofa mewah Ghaze yang begitu selesa. Namun, tiba-tiba saja, dia terkejut mendengar derapan tapak kaki mula melangkah turun dari tangga.

Aik, setahunya Ghaze tinggal sendirian di rumah ini. Siapa pula... Oh tidak! Jangan kata...

Dia kembali duduk. Matanya terbuntang melihat Dura yang baru mengakhiri anak tangga terakhir.

"E..eh, D..Dura?" Dura juga turut memberi reaksi sama. Dia juga terkejut melihat Alvin ada di ruang tamu.

"A.. Alvin.." Dia mendekati kedua jejaka itu. Malangnya, saat dia tiba di ruang tamu, dia dikejutkan lagi sekali. Ya, dengan keadaan Ghaze yang bajunya diselaputi darah.

Jejaka itu masih menekap kawasan bibir serta hidungnya. Bahagian mata Ghaze turut kelihatan sedikit biru dan semakin membengkak.

"Astaghfirullahalazim, T..Tengku! K..kenapa.."

•••••••••••••••••••••••••

"Jadi? Sebab nak uruskan hal itu, Essac ponteng universiti cakap ada hal mustahak?" Edward menahan tawa melihat adik bongsunya sudah dibebel sejak tadi.

"Ala ma... Kalau Essac tak buat cam tu, macam mana nak.." Belum sempat pun dia nak habiskan ayat membela diri, mama memotong lagi.

"Nak apa? Kahwin? Sac... Keluarga Safieyah tu, tolak pinangan kita. Diorang tak sudi." Essac terus menunduk.

"Tapi ma.. masa mama dengan papa pinang dia tu, dia di Boston. Ini dia dah balik Malaysia. Jadi sekarang, dia yang akan buat keputusan kalau kita pinang dia. Bolehlah ma.. cuba lagi?"

Puan Sri Emelda menyilangkan tangannya ke dada. "Essac ni! Degil! Essac, pinggan tak retak, nasi tak dingin, orang tak nak, kita sepatutnya tak payah dihingin." Edward lagi sekali menahan tawa. Masaklah adiknya itu kena dengan mama.

"Ala ma... Macam ni, apa kata, mama jumpa Nedine tu dulu. Essac yakin Nedine tu akan tarik perhatian mama. Dia baik. Dia bijak. Dia sweet, very lovely person, she's also.. crazily beautiful.."

Bersinar-sinar mata Essac saat memuji Nedine. Edward menggeleng kepala. Ayat buaya sungguh adiknya ini. "Bawalah dia datang sini. Senang, besok malam. Ajak dia makan sini. Semua ada besok." Cadang Edward.

"Boleh, boleh.. nanti aku ajak. Sekarang, mama kena hentikan bebelan mama sebab Essac penat. Ok, walaupun Essac ponteng universiti, tetap ada assignment jadi, Essac nak pergi buat dulu lepas mandi nanti ya?"

Tanpa sempat membiarkan bebelan mama terus menyerang dia bertubi-tubi, lekas-lekas dia menarik luggagenya dan berlari naik ke tingkat atas.

Puan Sri Emelda menggeleng kepala dengan tingkah Essac. Rasa nak hempuk aje budak seorang tu. "Haih.. macam-macam adik kamu tu. Kalau papa tahu dia buat perangai, kena dia!"

Edward menggeleng kepala. "Ala ma, biasalah. Lagipun, gentle la keputusan dia. Baguslah dia dah ada rasa nak kahwin. Maknanya dia dah mula nak fikir tentang tanggungjawab kehidupan."

Nasihat Edward pula. Puan Sri Emelda tidak membantah, dia juga setuju dengan Edward sebenarnya, cuma.. cara Essac yang buat dia geram. Haih, main terjah saja semua.

"Hurm.. adik bongsu tu dah sibuk nak kahwin.. you Edward? Tak nak bagi cucu mama ibu baru ke?"

Niat Puan Sri Emelda, cumalah ingin bergurau, namun, dia lupa.. Edward masih terkesan dengan tragedi yang menimpa arwah Clarissa.

Dia terus terdiam saat perasan wajah anaknya itu berubah sedikit suram. "Erm.. Edward, mama.. mama tak ada niat nak.."

"Tak apa ma, Edward nak naik solat zohor sekejap. Tengok kan anak Edward kejap ya?"

Keluhan berat dia lepaskan saat bangun. Hatinya sudah mula berubah rindu. Anaknya yang sibuk bermain dengan mainan di ruangan tamu itu, didekati lalu dihadiahkan Clara sebuah ciuman di pipi.

Dia kemudian terus naik menuju ke tingkat atas. Puan Sri Emelda menghantar anaknya dengan ekor mata. Dia... Tidak patut bergurau begitu.







    BERSAMBUNG...

Bacalah... Bacalah..😽

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now