"panjang umur" kata abah, terus Mariam menoleh ke laman rumahnya, kereta Audi r8 milik Adyan memarkir di sebelah kereta milik abahnya. Mariam bangkit dari duduk lalu menuruni anak tangga satu per satu lalu melangkah berjalan ke kereta tersebut. Adyan sedar akan Mariam yang hampiri keretanya, dia tergelak kecil apabila muncul kerutan di dahi gadis itu. Nasib baik cermin keretanya tinted jadi tidaklah Mariam perasan apabila dia tergelak disebabkan gadis itu.

Adyan dengan selambanya keluar dari kereta itu lalu berjalan menghampiri abah untuk menyalam tangan orang tua itu, Mariam yang berdiri di sebelahnya hanya memerhati pergerakan Adyan sejak dari tadi. Abah terus menarik lengan Adyan untuk masuk ke dalam rumah agar dia boleh berbual dengan jejaka tersebut. Mereka berdua meninggalkan Mariam dan juga Amina, Mariam dan Amina saling berpandangan lalu mereka berdua turut untuk masuk ke dalam rumah kayu itu.

Apabila Mariam lalu didepan mereka berdua terus abah dan Adyan diam seperti mereka tidak berbual apa-apa tetapi selepas dia menuju ke dapur mereka sambung balik berbual dengan penuh serius sehingga muka pun main peranan. Tangannya membuat kerja tetapi mata masih tertumpu pada dua orang jejaka itu, apalah yang rancak sangat berbual sehingga abah siap membuat muka terkejut lagi. Tanpa sedar Mariam terhiris ibu jarinya kerana dia sedang memotong lobak merah tetapi mata masih memerhati.

"Mariam?! " lantas Amina menjatuhkan sayur yang dibasuh nya ke dalam singki lalu menghampiri Mariam, bunyi bekas yang jatuh di dalam singki itu membuat kan abah dan Adyan turut berhenti berbual dan menoleh ke dapur. Terus mereka berdua menghampiri Mariam dengan wajah yang risau masing-masing.

"Mariam? Kenapa dengan jari kamu ni? " soal abah sambil menarik tangan gadis itu dengan lembut, jelas wajah abahnya risau

"sikit je ni bah, nanti sapu ubat baik la tu" jawab Mariam, setakat terkena pisau apalah sangat kan?

"kejap auntie tolong sapu kan ubat pada jari kamu" Amina terus beredar dari dapur lalu berjalan ke biliknya untuk mengambil ubat dan juga plaster

"Ayyesha duduk la dulu" Adyan menarik kerusi di sebelahnya lalu menyuruh Mariam duduk di sebelahnya, Mariam melabuhkan punggungnya di sebalah Adyan sambil menunggu Amina membawa ubat.

"sakit tak? " Mariam geleng

"nah Adyan ubat, sapu pelan-pelan ya " Adyan mengambil ubat dan plaster yang diberikan oleh Amina, perlahan dia meletakkan ubat itu di ibu jari milik Mariam. Abah dan Amina meniggalkan mereka berdua di dapur lalu masuk ke dalam bilik mereka, tanpa mereka berdua sedar abah dan Amina sedang memerhatikan mereka

"comelnya! Bila lah diaorang nak nikah? " abah yang tersenyum tadi terus wajahnya mati serius. Boleh percaya ke jika dia melepaskan puterinya kepada lelaki yang sebarangan, walaupun dia kenal perangai Adyan tetap dia rasa Mariam itu seperti budak-budak. Terasa cepat sangat masa berlalu, dia masih ingat tangisan Mariam sewaktu gadis itu masih bayi.

Mariam digendong lalu abah azan ke telinga gadis itu sambil air matanya perlahan membasahi pipi. Dia bersyukur Mariam membesar menjadi anak yang solehah jadi tidak mudah untuk dia sebagai bapak melepaskan amanahnya kepada orang lain untuk menjaga Mariam dengan ikhlas. Tidak boleh di bayangkan jika suatu hari nanti Mariam akan menjadi isteri orang dan ibu kepada cucu-cucunya nanti, tiba-tiba dada terasa sebak apabila dia memikirkan hal tersebut. Dia sebagai bapa dia mahu kan yang terbaik untuk anaknya, walaubagaimanapun dia tetap akan hormat pilihan Mariam jika jodoh gadis itu bukan apa yang dia harapkan.

𝐌𝐫𝐬. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐝𝐲𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥𝐥 | 𝑂𝐺Where stories live. Discover now