11 Hours To Boston: Bab 50

Start from the beginning
                                    

Melihat telatah adik bongsunya, dia tertawa. "Dah la.. makan cepat.. aku hantar kau balik rumah papa," kata Edward.

Essac terus angkat kepala, dia menggeleng. "Hantar aku pergi The E's penthouse... Mana boleh kantoi aku balik Malaysia ponteng universiti sebab nak ikut bakal bini aku." Omel Essac sendiri.

Edward ketawa lagi. "Bakal bini apa? Hantar rombongan meminang pun kena reject." Edward mengusik. Lagi sekali Essac melentokkan kepalanya ke permukaan meja.

Hal itu, buatkan kentang goreng Macdonald yang sedang dinikmati Clara, terpelanting jatuh ke bawah.

"Ish! Uncle ni! Ara Babap pale tu kang!" Dengan pelat yang tidak lekang, Clara membebel pada ayah saudaranya.

Edward ketawa sementara Essac terus mencebik. Clara pula, masih sibuk mengunyah kentang goreng yang masih tersisa.

•••••••••••••••••••••••••

Matanya tertancap pada susuk tubuh gadis kecil berambut paras bahu bersama potongan bahagian hadapan yang menutup dahinya yang telah tertidur nyenyak di atas sofa mewah di ruang tamu itu.

Dia melepaskan keluhan yang semakin lama semakin berat. Pelipis kiri dan kanan dipicitnya perlahan. Senggang beberapa saat dalam situasi itu, dia dikejutkan dengan derapan tapak kaki yang mula menuruni satu per satu anak tangga.

Kepala ditolehkan ke arah tangga mewah sana. Melihat si pemilik rumah yang mula mendekati dirinya, dia menjeling. "Nak apa?" Dingin dia bertanya.

Ghaze kelihatan takut-takut. Dia juga menggaru-garu hujung keningnya bagi mengurangkan rasa janggal. "Y..you nak apa-apa? I nak keluar ni.." Ghaze mulakan hasrat ingin bertanyanya itu.

"Ouh... Nak. Nak you jangan sibuk pasal hidup I! Boleh? I nak keluar dari sini!" Dura mula membentak agak kasar, namun, kesabaran Ghaze amatlah tinggi.

Dia mengambil nafas dan semakin merapati. "Dura... Anak tidur tu... Jangan bising sangat, kesian dia, mesti penat main tadi.." Bisik Ghaze. 

"You sayang sangat dekat anak haram tu kan?"

"Shh... Dura... Ok, I minta maaf, I tahu you marah sebab I bawa Stella balik sini, tanpa pengetahuan you... Tapi, ini semua demi kebaikan anak you juga, you sanggup biar mak saudara you seksa dia dekat rumah anak yatim tu?"

Ghaze semakin lembut saat berbicara. Dura sepi. "Tengok? You pun tak nafikan benda tu.. Dura, I bawa you balik rumah I ni sebab I tahu you tak ada rumah di Malaysia ni. Keluarga you dah buang you kan? Jadi apa salahnya I bantu you?"

Dalam keadaan marah begitu, Dura tidak menyahut. Malah, air matanya gugur setitis demi setitis.

"I janji I akan buat apa saja untuk tebus kesilapan Ghazwan pada you. I akan kahwin dengan you dalam masa terdekat Dura. I akan bela you dengan Stella. I akan beritahu dunia kejadian sebenar malam tu! Ini semua salah Ghazwan. I tak akan lepaskan dia!"

Usai melepaskan rasa yang terbuku di hati, dia melangkah pergi meninggalkan Dura. Sempat dia beralih ke arah Stella yang nyenyak tidur di atas sofa dan mengucup gadis itu.

"Dura... Semalam you marah Stella kan, I minta you jangan marah dia lagi. Jangan benci dia.. dia tak berdosa Dura.." Mendengar ungkapan Ghaze, dia terus beralih ke arah anaknya. "Mama minta maaf, mama yang belum boleh terima kenyataan." Anaknya yang masih nyenyak tidur itu, dipeluk erat.

••••••••••••••••••••••

"Asyik sandwic kerja kau kan? Dari Boston, sampai Malaysia, punyalah banyak makanan sedap, sandwic juga kau nak." Seraya kaki panjang mereka dihayun ke arah meja makan yang masih kosong, Ghaze menegur Alvin di sisi yang sibuk mengunyah sandwic yang baru dibeli tadi.

Alvin senyum. "Cik Sandwic sedap kut!" Riang suaranya. Ghaze cuma menggeleng, sebaik duduk di kerusi, dia mula termenung jauh.

"Hey.. baba ajak kau dinner malam ni. Apa macam? Nak? Mommy also invite you to come... I told them about you and Dura, so... They told me to also invite Dura. How? Are you on?"

Ghaze tidak membalas. Senggang beberapa saat, barulah dia bersuara. "Boleh kut, lepas hal ni settle."

"Hurm.. cakap pasal hal ni, mana abang kau tu? Lambat betul!" Alvin sudah membebel. Sambil-sambil itu, dia tidak henti mengunyah sandwic.

Ghaze berpaling ke kiri, kemudian beralih ke kanan. Akhirnya, dia berhenti mengulang aksi sama sebaik matanya tertancap pada satu batang tubuh yang berdiri tidak jauh dari meja makannya dan Alvin.

Lelaki itu kemudian berpaling ke arahnya juga. Aura tegang mula dirasai. Ghaze mengetap rahang saat lelaki itu mendekati.

"Long time no see, how're you?" Suara garau yang menegurnya terlebih dahulu itu, tidak menerima sebarang sahutan hormat.

Tengku Ghazwan menarik sebuah kerusi di meja sebelah kemudian duduk di meja makan Alvin dan Ghaze.

Ghaze yang tidak mahu kesabaran dalam dirinya hilang, mula bertenang dan duduk kembali di kerusinya. Mata terus tertancap pada Ghazwan, abangnya.

"Hoi.. ini siapa?" Alvin soal Ghaze. Tiada sahutan. "Hey.. you siapa?" Sambil sandwicnya yang satu lagi dibuka, dia soal lelaki yang baru menarik kerusi dan duduk di meja mereka.

"Tengku Imtiyaz Ghazwan Uwais... Abang Ghaze." Sambil dia menjawab, dia beralih memandang adiknya yang masih senyap dan sepi.

"Kan adik?" Keningnya dijongket memandang Ghaze. "Abang? Ni abang kau bro? Apasal muka lain?"

Dengan polos sekali, Alvin terus bertanyakan soalan. "Baguslah muka lain, aku tak ingin sama muka dengan bangsat ni!"

Pap!

Ghaze menghentak tangannya di atas permukaan meja. Alvin terus terdiam. Dia juga dapat rasakan suasana tidak mengizinkan dia untuk terus bertanya.

"Apasal? Kau marah? Sebab muka kau, sama dengan muka bonda sial kau?"

Ghaze berdiri. Dia cengkam kolar baju yang dikenakan Ghazwan. "Jaga sikit mulut kau bodoh! Kalau bukan sebab bonda aku, kau dengan mommy kau, dah merempat tepi jalan! Dasar anak haram!"

Hampir-hampir saja tangan Ghazwan naik ingin memukul Ghaze, Alvin melarang. Sandwic di tangannya mula tertepis oleh Ghazwan.

"Hah? Sandwic aku gila!" Alvin mula mengamuk di situ. Elok yang mencengkam kolar baju Ghazwan ialah Ghaze, kini, Alvin pula yang menggantikannya.

"Sandwic aku tu!" Dia mula menaikkan tangan...







   BERSAMBUNG...

Alvin bertukar jadi Hulk sebab sandwic itu pasti.😭🤣

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now