12 : stuck with you

Start from the beginning
                                    

Ah, persetankan. Aku kena belikan pad untuk Lia sekarang. "Pfft... what the heck am I thinking right now?" Aku terus buka pintu rumah dengan jari memusing-musingkan kunci kereta milik Lia.

Motor? Entah, aku minat motor-motor sport tapi aku sendiri tak ada motor. Aneh, kan? Aku ada kereta tapi kereta aku pun dah tertinggal di rumah Benji. Apa jadilah dengan dia sekarang.

Kereta Nissan milik Lia aku perhati beberapa saat. Boleh tahan juga gadis ini ya? Kereta dia pun ikut lawa macam tuannya.

Pintu kereta dibuka dan aku menghenyakkan punggung ke atas kerusi pemandu. Enjin kereta dimulakan sebelum aku mengundur keluar dari garaj.

Aku mula berfikir nak beli dekat mana benda alah ni? Manalah pernah pula aku ada buasir ke apa yang perlukan pad. Ah, seven eleven aje lah.

...

Habislah. Mampuslah aku macam ni. Aku panik.

Wing? Atau non-wing?

Size?

Day atau night? Atau day-night?

Tangan kiri aku mencekak pinggang dan tangan kanan menekup mulut yang berlapik dengan mask hitam. Dahi aku berkerut. Aku patut pilih yang sesuai.

Antibacterial? Bunyi macam penting. Kenapa ada juga yang bukan antibacterial?

Scented? Kalau tak scented bau busuk ke?

"Ah..." Aku cabut cap dan meraup rambut kerinting aku ke belakang. Cap disarung semula.

"Wei, bro." Satu suara tiba-tiba menegur aku dari sebelah. Kening aku terangkat bila ternampak seorang pekerjanya.

"Dah nak dekat setengah jam kau duduk depan rak ni. Apa? Girlfriend mintak tolong belikan ke?" Tanya lelaki itu.

Telinga aku terus rasa panas. Buat malu betul. "Ye doh. Macam mana ek? Aku confused nih." Alang-alang, aku cubalah soal dia, kot-kot dia berpengetahuan ke apa.

"Haish... dia tak cakap ke nak yang jenis apa?"

"Dia kata mana-mana pun boleh. Tak kisah."

"Habistu? Kau pilih je la."

"Ugh... Tak apa lah. Kau tak membantu." Selamba aku cakap. Lelaki tu ternganga melihat aku bila tangan ini mencapai setiap satu jenis daripada setiap jenama pad yang ada.

"Eh, bro..."

"It's okay. Aku bayar." Aku bawa semua pad tadi dengan kedua belah lengan aku ke kaunter pembayaran. Sampai saja di depan cashier, aku turunkan mask aku ke bawah dagu.

Cashier perempuan itu membulatkan mata melihat barang-barang aku. Dia tenung aku selang-seli dengan pad. Aku pula angkat kening dengan isyarat tangan, 'cepat scan'.

Beep.

Beep.

Beep.

"Total?" Tanya aku selepas perempuan itu menyebut harga. Dia angguk kemudian aku membayar dengan kad kredit.

Sambil dia menyumbat masuk pad ke dalam beg kertas, mata dia memandang ke arah aku. Aku yang perasan, memandang dia semula. Cashier itu terus tundukkan kepala dengan wajah yang kian memerah.

Snow Witch and The Bitch.Where stories live. Discover now