°∘∘36∘∘°

Start from the beginning
                                    

Seolah-olah mendengar Fareez bermonolog di dalam hati. Fredella masih setia menunggu Qayyum membawa masuk Fareez di ruang tamu.

Qayyum turut menyusul di belakang Fareez sebaik sahaja dia selesai menutup pintu.

"Saya ada beberapa perkara nak bincang dengan Qay, Cik Della.."

Terangkat sebelah kening Fredella. Bunyinya macam penting. Tapi dia taknaklah menyibuk. Mungkin itu hal-hal mereka sahaja.

"Nak minum ke? Saya boleh buatkan," Wanita itu bangun dari duduk.

"Eh tak payah, lagipun saya sekejap je." Terbit senyum nipis di bibir Fareez. Dia kebelakang sedikit apabila Fredella bangun dan merapat ke arahnya.

"Okey lah kalau macam tu. I will give you guys some space," Fredella bersedia hendak beredar. Sempat dia membalas renungan Qayyum.

Suaminya mengangguk kepala, tanda faham dengan pandangan mata itu. Barulah Fredella meninggalkan ruang tamu setelah mendapat izin Qayyum.

━─━─━──༺༻──━─━─━

Setelah 15 minit Qayyum dan Fareez berbual kosong..

"Qay..." Lelaki berkacukan Cina itu menyandar tubuhnya kebelakang. Seketika bebola matanya berkeliaran ke setiap sudut ruang tamu rumah yang mewah itu. Dasyat kawan aku ni, gaji aku lebih kurang dengan dia pun masih duduk dekat rumah teres lagi.

"Apa?" Qayyum meraup rambutnya sebelum dia membuka jaket kulit yang membaluti tubuh.

"Aku tengok kau dengan Cik Della ni terlalu busy dengan kes tu sampaikan rumah pun takda vibe," Komen Fareez spontan. Tak tahu kenapa dia rasa ada satu kekurangan yang tidak melengkapi keindahan rumah ini.

What vibe? Family vibe. Or maybe...parents vibe. Bisik Fareez di dalam hati dan kembali memandang wajah beku Qayyum.

"Kau relax je. Aku on the way bagi kau anak buah," Reaksi serius Qayyum langsung tidak kena dengan ayat yang keluar dari mulutnya.

Fareez terdiam sekejap. Jantan ni ada kuasa apa? Apa yang aku mengumpat dalam hati pun dia dengar.

"Letak nama Fareez tau. Mesti comel," Serentak pendapat itu diberi, mata Fareez hilang disebabkan sengihannya.

"Tchh—" Qayyum tergelak kecil mendengar idea sahabatnya.

"Memang tak lahh. Aku taknak muka dan perangai anak aku macam kau." Seribu kali berfikir pun Qayyum takkan letak nama anaknya 'Fareez'. Worst nightmare!

Hilang terus wajah ceria Fareez. Dia memincing mata.

"Buruknya lah muka.." Naik menyampah Qayyum bila Fareez buat mimik muka begitu.

"Aaren mana?" Sengaja dia menukar topik. Lagipun memang itu soalan yang hendak ditanya dari tadi.

"Aaren? He's busy. Tuan Muda Khalaf arahkan dia untuk kawal pergerakan anak-anak buah Uqael dengan Tengku Sofi." Bicara Fareez tanpa sengaja dia juga teringatkan Aaren. Yelah, sejak-sejak ini mereka masing-masing sibuk dengan tugas dan fokus pada misi.

"Jadi, kau sekarang tengah buat apa?" Qayyum tahu yang Fareez dan Aaren juga turut terlibat dengan misi dan kes yang sama. Tapi entah kenapa cina bukit ni boleh relax bertenggek dekat rumahnya.

"Siang tadi aku jaga mansion Tuan Muda, aku dapat rehat dalam sejam dua macam tu. Lepastu kejap lagi nak kena pergi sana balik," Terang Fareez sebelum menilik jam tangannya. Dia perlu patuh dengan masa. Dikala orang tidur, dialah yang berjaga.

QAYYUM'S WEAKNESS | OGWhere stories live. Discover now