19

1.3K 75 10
                                    


*×*


_____________


Jari jemari Hazzel mencubit sesama sendiri. Jam sudah memasuki pukul lapan malam namun kelibat Jayden masih tidak kelihatan. Entah kenapa dia rasa tak sedap hati.

Dia masih ingat Semasa Grey dan beberapa lagi anak buah Jayden tiba-tiba keluar dari rumah dalam keadaan kelam kelibut. Tak sempat Hazzel ingin bertanya apa yang sudah terjadi kereta mereka sudah memecut laju meninggalkan perkarangan rumah.

"Cik Hazzel tak nak masuk tidur?" Salah seorang dari pembantu rumah datang menegur Hazzel.

"saya tak boleh nak tidur lah." Adu Hazzel pada wanita bernama Dina itu.

"Awak rasa apa yang dah jadi ya? Kenapa saya rasa tak sedap hati?" sambung Hazzel lagi.

Namun tidak sempat Dina menjawab, sebiji kereta vellfire berhenti di hadapan rumah. Hazzel terus menuju ke muka pintu. Dia menanti gerangan yang bakal keluar dari kereta itu dengan perasaan gementar.

Jayden keluar dari perut kereta dengan bantuan dari anak buahnya. Mereka memapah Jayden untuk dibawa masuk ke dalam rumah.

" Jayden!"

Hazzel terus datang menerpa.Dia membelek wajah Jayden. Gadis itu panik melihat keadaan Jayden yang penuh dengan darah yang sudah hampir kering beserta lebam. Terdapat juga luka-luka kecil diwajah lelaki itu.

"Ap-..apa dah jadi?!" Soal Hazzel. Air mata sudah bertakung di tubir mata. Entah kenapa hatinya tak sanggup melihat keadaan Jayden seperti itu.

Jayden diletakan di atas sofa ruang tamu.Jejaka itu mengenggam kemas tangan Hazzel. Dia tahu gadis itu sedang panik melihat keadaannya.

" Sayang.. Rileks. Saya hidup lagilah." Lembut Jayden bersuara. Dia menghadiahkan secarik senyuman untuk gadis itu.

Air mata yang sudah membasahi pipi Hazzel diseka dengan jari kasarnya.

Mendengar Suara serak Jayden membuatkan Hazzel bertambah sedih. Tanpa sedar semakin lebat air mata Hazzel berjurai.

"Awak.. Kenapa dengan awak ni? Awak bergaduh dengan siapa? Siapa orang tu? Kenapa dia pukul awak? " Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Hazzel. Dia yakin Jayden telah dipukul.

"Hush..sayang, jangan risau nanti saya baik lah ni." Jayden tidak menjawab setiap soalan yang keluar dari mulut Hazzel malah dia Cuba untuk menenangkan gadis itu.

Grey datang bersama first aid di tangan. Dina pula membawa semangkuk air dan sehelai kain untuk membersihkan tubuh Jayden sementara menunggu doktor peribadinya datang.

"Boleh Tuan J duduk? Saya nak bersihkan badan Tuan dahulu. " Soal Dina berhati-hati. Jayden mengangguk seraya Cuba untuk duduk bersandar pada sofa itu.Hazzel turut membantu.

Tangan Jayden  naik membuka butang bajunya satu persatu sehingga  tubuhnya terdedah.

Pembantu rumah yang turut ada disitu menelan liur melihat perbuatan Jayden itu dan ada juga yang melarikan pandangan mereka. Namun mata Hazzel focus pada setiap lebam yang terdapat pada badan Jayden. Air mata Hazzel jatuh setitik.

Jayden yang perasan dengan perubahan riak wajah Hazzel terus menarik dagu gadis itu agar memandangnya. Dia memberikan senyuman manis untuk gadis itu.

"jangan nangis sayang."

Hazzel diam membatu. Tak tahu nak balas apa. Dia sedar yang dia sedang risau tentang lelaki itu tapi dia tak pasti kenapa. Bukankah sepatutnya dia suka dengan apa yang sudah menimpa Jejaka ini?

Di Dalam Genggaman Mr. Jayden Where stories live. Discover now