10

1.8K 67 4
                                    

_____________

" I never belonged here."

______________

Hazzel mencari Grey Hunter di dalam perpustakaan mini yang ada di dalam rumah milik Jayden Sullivan itu. Lama Hazzel mencari ke mana Jejaka bermata biru itu pergi sampaikan dia bertanya pada pembantu rumah tadi.

Nasib baiklah pembantu rumah tu ternampak kelibat grey ada di dalam perpustakaan ini. Jadi Hazzel tak perlu membuang tenaga mencari Grey.

Gadis itu tersengih setelah melihat kelibat Grey sedang mengambil beberapa buah buku dari rak buku.

"Grey, saya nak tanya sesuatu ni."

Grey berpaling memandang ke arah Hazzel. Gadis itu berjalan mendekati nya.

"Tanya lah." Kata Grey lalu memberi tumpuan sepenuhnya kepada Hazzel. Dengan tenang dia menanti gadis itu untuk mula berbicara.

"Boleh ke kalau saya nak balik rumah saya?"

"Nak buat apa?" Suara itu bergema di dalam perpustakaan itu. Suara itu bukan Suara Grey tetapi Tuan J. Hazzel tersentak kerana Jayden kini sedang berjalan ke arahnya.

"Er.. Tuan J.."

"Jayden. Panggil saya Jayden." Jayden memperbetulkan panggilan yang digunakan Hazzel pada dirinya kerana dia tak suka mendengar Hazzel mengelarnya dengan panggilan itu.

"hah?"

"I said call me Jayden. Tu nama saya. Awak tak perlu panggil saya Tuan. Faham?"

"Hm.. Faham." Hazzel akur. Dia memandang lantai. Dia malu kerana teringat kejadian semalam, di mana ciuman pertamanya telah di curi oleh Jayden. Namun dia lihat Jayden beriak biasa sahaja, seperti tiada apa yang telah terjadi semalam.

"So tell me, kenapa awak nak balik rumah awak? Awak tak suka ke duduk rumah saya?"

Hazzel diam. Dia menelan air liur kesat.

"Er... Saya bukan tak suka. Saya tak selesa duduk sini. Lagi pun kita tak ada hubungan apa apa. Jadi kenapa saya perlu duduk rumah awak?" Dengan jujur Hazzel melontarkan ayatnya. Jayden merenung gadis itu lama sebelum meraup wajahnya.

Dia akui kerana dia tersalah langkah. Dia terlalu terburu-buru menginginkan Hazzel berada di depan matanya sehingga sanggup membawa Hazzel ke sini dengan cara yang salah, atau lebih tepat dengan cara yang membuatkan Hazzel kini tidak selesa berada dekat dengannya.

"Awak nak ada hubungan dengan saya? Kita boleh mula sekarang. Awak nak sebagai pasangan kekasih ataupun suami isteri? Saya tak kisah, asal kan awak nak tinggal dekat sini dengan saya." Ujar Jayden selamba.

Grey dan Hazzel memandang sesama sendiri. Pantas Hazzel mengeleng kepala. Jayden suka bercakap atau bertindak diluar jangkaan!

" Er bukan macam tu maksud saya.. "

" Habis tu? "

" Erm.. "

" Bersaksikan Grey, start hari ni awak Girlfriend saya.  Dah muktamat." Ucap Jayden tanpa riak lalu terus berlalu dari situ.

Sekali lagi grey dan Hazzel terdiam.Mereka memandang sesama sendiri.

" Kenapa dengan Tuan awak tu ya?!" Soal Hazzel geram. Grey hanya mampu mengangkat bahu sahaja. Dia pun jelas terkejut kerana perubahan sikap Jayden yang semakin pelik.

Sebelum ni Jayden jarang bercakap, garang, dingin, sering marah marah.
Tapi dengan mudah dia berubah menjadi orang yang banyak bercakap, dan jarang Grey mendengar Jayden mengamuk kerana kesalahan pembantu rumah seperti sebelum ini.

Di Dalam Genggaman Mr. Jayden Where stories live. Discover now