7

1.7K 85 7
                                    

_________

" Say hello to the devil."

________

Hampir setengah jam gadis itu termenung di hadapan cermin. Sungguh dia sedang mencuba untuk memahami apa yang sedang berlaku sekarang.Dia masih belum boleh terima dengan apa yang baru terjadi.

"Wait. Ni bukan mimpi Hazzel. Kau memang kena culik tadi." gadis itu meraup wajahnya.

"Tapi... Aku dilayan baik. Itu yang tak masuk akal!" Hazzel mula bercakap pada dirinya sendiri.

"Tapi apa motif dia culik aku? Dia nak duit? Heh, dia tak tahu ke aku pokai? Tapi... Tuan J ni macam kaya. Rumah dia cantik dan mewah jadi mustahil lah."

"Kejap, Hazzel. Jangan jangan.... Dia nak jual kau tak? ARGH!!" Hazzel mula tak tentu arah apabila fikiran negetif mula bermain di fikirannya.

Kata kata grey sebelum ini betul betul membuat hazzel keliru dan tak faham dengan situasi.

Hazzel pada mulanya memang terfikir dia diculik Dan bakal di seksa. Ya seperti yang selalu terjadi di dalam  drama tv tu. Tapi, Grey sendiri ketawakan Hazzel dan cakap hazzel mengaru bila Hazzel sebut dia di culik oleh mereka.

Grey melayani Hazzel dengan baik dan Grey kata dia hanya mengikut arahan dari Tuan J. Tapi siapa pula Tuan J? Apa tujuan Tuan J menculik Hazzel dengan cara kasar tetapi setelah itu menyuruh orang bawahannya melayani Hazzel dengan baik. Hazzel memang benar benar buntu sekarang.

Tetapi Hazzel tetap fikir yang Tuan J adalah orang yang jahat dan ada niat tak baik pada dirinya. Kalau Tuan J tu baik, kenapa dia culik Hazzel? Betul tak?

Hazzel mula memikir strategi untuk keluar dari rumah ini. Hazzel teringat yang Grey tidak lagi mengunci pintu bilik jadi Hazzel mula bergegas ke arah pintu.

Dengan berhati hati gadis itu membuka pintu. Hazzel memastikan tiada sesiapa di luar supaya dia senang untuk melarikan diri.

Perlahan lahan dia melangkah keluar dari bilik itu. Dia berjaya melepasi setiap ruang yang ada di dalam rumah ini. Dia melangkah dengan berhati hati sehingga lah dia harus melepasi kawasan dapur yang kedengaran agak bising. Hazzel menelan air liur kesat.

Mungkin itu Suara pembantu rumah yang sedang bertungkus lumus memasak dek kerana ruangan itu dipenuhi dengan bau yang enak.

Walaupun Hazzel tergoda dengan bau bauan itu, Hazzel tetap keras kan diri. Dia harus keluar dari rumah ini Walau apa pun yang bakal terjadi.

Hazzel hanya mampu berserah pada Tuhan yang maha esa saat ini. Hazzel perlu menyelamatkan dirinya dari musibah yang bakal menimpa dirinya nanti.

Hazzel cepat cepat berjalan melepasi ruangan dapur itu. Dia berjaya melepasi ruangan itu tanpa ada sesiapa pun yang perasan. Dia mengeluh lega.

Matanya sekarang tertuju pada sebuah pintu besar berwarna putih. Hazzel tersenyum lebar. Mungkin ini adalah jalan keluar. Peluang untuk Hazzel melarikan diri semakin cerah.

Gadis itu engan membuang masa, dia bergegas ke arah pintu itu Dan mula membukanya dengan berhati hati.

Baru sahaja dia melangkah setapak keluar dari rumah itu, dirinya kaku sebaik mengangkat wajah memandang ke hadapan. Harapan untuk bebas tadi serta merta lenyap.

Di Dalam Genggaman Mr. Jayden Where stories live. Discover now