BAB 1

2.4K 97 3
                                    

__________

" For you, I would steal the stars."

__________

Lelaki itu mengurut pelipisnya. Sakit kepala kerana dari pagi tidak henti memikirkan soal kerja.

Dia melongarkan tali lehernya kemudian butang baju kemeja paling atas dibuka.

Dia bersandar di sofa kulit bagi menghilangkan lelah. Dia seperti teringat sesuatu. Pantas dia melihat jam. Bibirnya menguntum senyuman. Senyuman yang kalau dilihat oleh orang lain, mereka pasti mengira bahawa lelaki itu tidak siuman.

Lelaki itu mengapai kunci keretanya di atas meja lalu dengan bersemangat keluar dari pejabatnya. Staff yang menyapa langsung dia tak hirau.

Jayden Sullivan berhenti melangkah.
Ada sesuatu yang menganggu mood cerianya. Senyuman tadi hilang serta merta.

Ada Sekujur tubuh sedang bersandar di G-wegon kepunyaan Jayden. Jayden menghampiri. Wajah bengis ditayang pada gadis seksi itu.

"Jay." Gadis itu memanggil manja. Dia datang dengan harapan Jayden akan kembali padannya seperti dahulu. Namun dia tidak sedar, hati Jayden sudah lama mati untuknya.

"Ke tepi." Amaran keras keluar dari mulut jayden. Sarkastik gadis berambut perang itu berdiri tegak. Terkejut dengan riaksi diberi.

Tak sangka Jayden sudah berubah ke tahap seperti ini. Dulu, Jayden tak pernah meninggi suara padanya. Tapi sejak kejadian beberapa tahun yang lepas, Jayden mula menjadi baran dan kasar terhadapnya.

"How dare you.." Air mata mula bertakung di tubir mata menunjukan bertapa tidak percayanya dia terhadap perubahan Jayden Sullivan.

"Apa? Kau nak kata aku jahat sebab meninggi Suara? Habis kau? Pergi lah balik dan cermin diri kau. Kau study betul-betul kesalahan kau tu! Baru kau tahu kenapa aku macam ni! " Jerkah Jayden sehingga membuatkan bahu gadis itu terhinjut sedikit.

Jayden terus berlalu masuk ke dalam perut kereta. Malas hendak melayan gadis bernama Sarah itu.

Air mata Sarah akhirnya berjurai. Dia hanya mampu melihat Jayden memandu pergi.

Dia sedar kesalahanya. Dia tahu, dia sudah melakukan kesalahan yang cukup besar. Iaitu curang.

Dia akui kebodohannya. Kalau lah dia dapat putarkan masa, dia tak akan sekali pun berlaku curang terhadap Jayden.

Jayden mengengam kemas stereng kereta. Nafas Cuba diatur sebaik mungkin. Dia akui emosinya sukar untuk di atur. Sering sahaja Jayden melepaskan amarahnya hanya kerana hal yang remeh.

Panas baran? Mungkin.

Jayden Sullivan memberhentikan keretanya tepat di hadapan sebuah villa mewah yang sudah tentu kepunyaannya.

Dia melangkah keluar dari perut kereta. Kepulangannya di sambut dengan penuh hormat oleh pembantu rumah.  Tetapi seperti biasa, Jayden sentiasa memasang wajah ketatnya.

Dengan penuh aura dingin Jayden meneruskan langkahnya menuju ke arah sebuah bilik di tingkat paling atas yang terdapat di dalam villa itu.

Dia berdiri tegak di hadapan pintu berwarna coklat tua itu. Kamar ini adalah tempat larangan bagi semua orang selain dari Jayden Sullivan.Tangan kasarnya naik memulas tombol pintu itu dan dengan tenang dia melangkah masuk ke dalam.

Di Dalam Genggaman Mr. Jayden Where stories live. Discover now