"Um... Memang nak bawa tapi kita ikut cakap Tuan Zachary. Dia tak bagi. Ada sebab lah tu kenapa,"

"Tapi Emara rindu dia. Nak tengok dia." Gadis itu menunduk kesal. Bagaimana jika dia tidak sempat jumpa Nawwar saat nyawanya di hujung tanduk? Emara mula overthink.

Tok! Tok! Tok!

"Assalamualaikum. Nah, nasi ayam untuk Emara. Special sikit." Manis wajah Doktor Aliya menayangkan senyumannya.

"Waalaikumsalam. Terima kasih doktor," balas Hadeena menyambut huluran dulang dari Doktor Aliya.

"Maaf kalau kami menyusahkan doktor," tutur Hadeena mendatar.

"Tak apa. Kerja saya bukan satu saja. Lagipun tak ramai pesakit akademi kita. Paling ramai pun sepuluh orang," ujar Doktor Aliya seraya membetulkan stetoskop yang melingkar di lehernya.

"Okey. Terima kasih sebab sudi hantar makanan ke sini," ucap Hadeena lagi separa menunduk.

"No problem. Enjoy your meal, sweatheart," Doktor Aliya menepuk perlahan bahu Emara sebelum meninggalkan dua gadis itu sendirian.

"Nak akak suapkan tak?"

Laju Emara angguk. Mengada betul. Nasib baik Hadeena ikhlas offer bagi princess treatment.

Hadeena menyiat isi ayam panggang kecil-kecil. Sesudu penuh disuap masuk ke dalam mulutnya disertakan lafaz bismillah. Emara menjerit kecil setelah dua hari tak makan benda sedap.

"Assalamualaikum sayang!" Salan diberi Aryan membuatkan Emara hampir tercekik.

"Waalaikumsalam," sahut Hadeena girang.

"Eh Emara dah berselera nak makan?" Aryan melopong. Matanya membulat. Baru nampak wajah gadis itu tampak berseri berbanding dua hari lalu. Pucat memanjang.

"Itulah. Aku tengah syok baca novel tetiba dia mengadu lapar." Tertawa kecil Hadeena. Jelingan sekilas dari Emara. Amboi, dah okey terus garang balik.

"Nah sayang, I belikan you nasi goreng. Nasib baik ngam tinggal dua bekas aje dekat kaunter. Terus I rembat." Padanlah Aryan berpeluh datang ke sini. Tengah battle dapatkan nasi goreng rupanya.

"You makan dulu. Nanti I makan sebab tengah sibuk menyuap bini orang." Lemparan ayat Hadeena dijeling tajam oleh Emara sekali lagi.

"Bakal bini," ujar Emara sinis.

"Oh ya, urusan majlis perkahwinan macam mana?" celah Aryan menyempat suap sesudu nasi goreng masuk mulut.

"Aryan! Emara baru nak sihat you pergi tanya. Bagilah dia tenang dulu," marah Hadeena mengerling suaminya.

"Err tak apa Kak Deena. Baguslah Aryan ingatkan. Sebab saya memang perlukan bantuan awak semua nanti."

"Tanpa bimbingan Nawwar?" soal Aryan dalam nada serius.

"It's okay. Dia ada tinggalkan saya list yang perlu dibuat untuk urusan tu nanti."

Hadeena dan Aryan berbalas pandangan. Nampaknya mereka ada job baru selepas ini.



DOKTOR Rais kembali dengan tabung uji berisi darah dalam tangan. Baru habis menjalankan ujian darah khas untuk Nawwar.

"Zach, aku taknak kau kecewa tapi... ada jangkitan kuman dalam darah dia." Doktor Rais menyerahkan tabung uji kepada Tuan Zachary.

"Ya Tuhan... Betul ke?" Terketar-ketar dia terima huluran Doktor Rais.

"Ya. Aku syak semuanya berpunca dari pisau kerambit Azazel masa tikam dia. Luka dia baru aje dah sembuh. Astaghfirullahalazim..." Istighfar panjang Doktor Rais mengenangkan nasib menimpa Nawwar.

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now