𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 48

शुरू से प्रारंभ करें:
                                    

Lagi panjang muncung Eima. Berani Altaf tipu Eima? Tapi sebab Altaf dah tolong angkatkan dia, Eima tak jadilah nak merajuk.

Patutlah indah sungguh mimpinya. Diangkat oleh prince charming version wonderpet.

"Tapi tak apa, Eima ringan je kan?" Bercahaya anak mata bulatnya semedan melontarkan soalan itu.

"Ringan. Eima diet ke?" Ambil hati.

"Eima tak diet pun." Bangga sungguh. Raut wajahnya jelas puas hati dengan jawapan yang disertai dengan soalan daripada encik suami.

Sebenarnya dia dah naik 5 Kg dalam masa seminggu. Ya Tuhan, Eima hampir menangis bila melihat nombor yang tertera pada skrin penimbang elektronik itu. Mulanya Eima sedih, tapi Altaf kata Eima ringan, jadi Eima iyakan sahaja.

"Kenapa tidur atas sofa? Tunggu abang?" duganya.

Eima senyum senget. "Eima tunggu abang, tapi Eima tertidur..."

"Kan abang dah pesan tak perlu tunggu." Degil isteri comelnya ini.

Hidung Eima dikepit perlahan hingga pecah tawa wanita itu.

"Sepanjang kita bersama, tak pernah sekalipun abang keluar tanpa Eima. Tapi lepas abang keluar tadi, Eima rasa macam baru hantar abang pergi kerja. Alang-alang itu, Eima nak sambut abang pulang juga," terangnya panjang lebar.

Tidak semena hati Altaf diulit pilu. "Sorry sayang..." ucapnya sayu.

Eima geleng pantas. "Janganlah minta maaf. Abang tak salah pun."

Tengok! Setiap benda kecil yang dia buat, pasti akan diambil berat oleh Altaf.

"Abang pergi mana tadi?" soalnya. Alih topik. Altaf sendiri janji yang akan ceritakan kepadanya. Jadi, Eima ingatkan sahaja.

Tengadah Altaf mendengar pertanyaan yang meluncur melalui celah bibir si isteri.

"Abang jangan nak mengelat dengan Eima. Abang jumpa Zaril kan?" Mengecil anak matanya. Altaf teragak-agak, maknanya Altaf pergi jumpa si telur rebus itu!

"Kan Eima dah pesan abang tak boleh jumpa Zaril selama 3 hari. Abang lupa ke?" Mulalah Eima nak mengomel waktu-waktu macam ini.

Sejak bila suami Eima tak tepati janji ini?

Altaf hanya tayang senyuman tipis sebagai jawapan. Kening Eima yang terukir cantik, disapu dengan ibu jarinya.

"Sayang," seru Altaf perlahan. Lembut serta gemersik suara kasar dan dalam itu di hujung telinganya.

Eima panggung kepala. Menanti Altaf menyambung bicara.

"Abang dah awalkan penerbangan kita," ujarnya senafas.

Angkara itu, berubah air muka Eima. Awalkan penerbangan?

"Abang cakap hari itu kita dah ambil flight paling awal." 2 minggu daripada sekarang, kata Altaf tempoh hari.

Menerima anggukan daripada si suami, makin hairan Eima jadinya.

"Abang tukar khamis ini."

"Khamis ini?" Naik seoktaf intonasi suara Eima. Segar-bugar jadinya. Hilang sisa kantuk.

Lagi 3 hari. Makan tidur, makan tidur, pejam celik aje sedar-sedar jumpa habibi.

Biar betik? Oh my Allah!

"Abang minta maaf tak berbincang dengan Eima dulu. Sayang okey, kan?"

"Eima okey. Tapi macam mana abang boleh dapat tiket dalam waktu sesingkat ini?" tanya Eima. Panasaran. Eima tahu sungguh susah untuk mendapatkan tiket penerbangan secepat itu. Lagi-lagi penerbangan antarabangsa.

ALTAF'S SAVIOURजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें