"Ada satu hari Mia nak buat laporan polis tapi aku yang halang."

Hazzel tersentak. Dia tidak percaya yang sebenarnya Mia ada Cuba membantunya tapi di halang oleh ethan.

"Kenapa awak... Halang?"

"I'm sorry Hazzel. Tapi polis tak boleh campur tangan dalam hal ni." Hazzel bertambah tak faham.

"Why?"

"You'll know why, dear."

"She's mine. Dont call her that if you still want to breathe. " Suara garau itu bergema di ruang tamu itu. Serentak Hazzel dan Ethan menoleh.

"Kenapa kau ada dekat sini?" Soal Jayden dingin pada Ethan. Ethan senyum sebaris. Sedikit pun tak terkesan dengan amaran dari Jayden itu.

Jayden yang sudah berpakaian kasual itu memeluk tubuh. Rambutnya yang basah dibiar terjuntai di dahi.

"Aku ada benda nak cakap dengan kau." Jawab Ethan.

"Kita bercakap dekat office aku." Jayden melangkah meninggalkan ruang tamu dan diikuti oleh Ethan. Sempat Ethan senyum sebaris pada Hazzel.

Hazzel mengeluh lemah sebaik kelibat dua Jejaka itu menghilang dari pandangan mata. Apa maksud ethan? Kenapa polis tak boleh masuk campur dalam hal ni? Besar sangat ke pengaruh Jayden sampai polis pun tak boleh masuk campur?

Mengarutlah.

Hazzel berdiri. Dia mula berjalan tanpa hala tuju di dalam rumah itu. Fikirannya berserabut sekarang.
Dia perlu tenangkan dirinya.

Dia bersiar Siar di dalam rumah itu sambil mencuba untuk tenangkan fikiran. Sempat juga Hazzel membelek gambar-gambar yang tergantung didinding rumah itu. Hazzel perasan kebanyakan gambar yang ada hanyalah lukisan. Langsung tiada gambar ahli keluarga lelaki itu. Entah kenapa, sedikit sebanyak Hazzel mula tertanya tentang latar belakang keluarga Jayden.

Langkah Kakinya terhenti di hadapan tangga untuk ke tingkat paling atas rumah itu. Hazzel tahu, itu ialah kawasan larangan untuk semua kecuali Jayden.

Rasa ingin tahu yang membuak-buak membuatkan Hazzel mula mendaki tangga itu.

Hazzel mula tertanya-tanya ada apa di dalam bilik itu sampaikan ia dijadikan kawasan larangan. Hazzel mula teringat, bukan bilik itu sahaja yang dijadikan kawasan larangan malah bangsal di belakang rumah juga sama.

Dalam tak sedar, Hazzel sudah berada di hadapan bilik larangan itu. Di hadapan bilik itu terdapat ruang kecil. Terdapat dua rak yang dipenuhi dengan buku dan juga sebiji sofa kulit.

Di sebelah kiri Hazzel ada satu pintu yang Hazzel yakin itulah bilik larangan yang dimaksudkan. Hazzel mendekati pintu bilik itu. Tangannya naik memulas tombol itu dengan berhati-hati.

Setelah pintu terbuka luas, Hazzel terdiam melihat ruangan itu gelap gelita. Tangannya mula meraba-raba di dinding untuk mencari suis lampu. Setelah suis  berjaya dijumpa, Hazzel segera menyalakan lampu.

Hazzel terdiam melihat keadaan di dalam bilik itu. Bilik itu di penuh dengan kanvas, kertas serta alatan melukis. Di tengah-tengah ruang bilik itu terdapat sebiji sofa dan satu kanvas yang ditutupi dengan kain putih.

"hmm, tak ada apa yang mencurigakan pun. Kenapa tempat ni jadi kawasan larangan?" Hazzel mengumam sendiri. Pelik mengapa tempat ini harus menjadi kawasan larangan sedangkan tiada apa yang mencurigakan.

Hazzel membelek semua lukisan yang ada di dalam bilik itu satu persatu. Dia yakin ini semua adalah milik Jayden. Hazzel sedikit kagum kerana hasil seni lelaki itu nampak seperti hasil dari tangan orang yang professional.

Di Dalam Genggaman Mr. Jayden Where stories live. Discover now