𝑥𝑣𝑖𝑖 - 𝑏𝑒𝑟𝑠𝑎𝑚𝑎

Start from the beginning
                                    

Selesai sesi bergambar kenangan secara ringkas Puan Marlyana dan anak-anaknya yang lain meminta diri. Mak Wan yang turut datang memberikan pelukan hangat kepada anak majikannya itu. Dalam hati berdoa semoga Babyana dirahmati selalu.


"Okey?" buih-buih khayalan Babyana dipecahkan oleh teguran Badrilsyah itu. Babyana mengangguk kecil bersama senyuman manis.

Dari muka pintu, dua wajah yang tidak asing lagi tiba-tiba menerpa ke arah Babyana.

"Baby tak sangka kau dah kahwin." Manja Arissa memeluk erat tubuh sahabatnya itu dengan muka yang basah dengan air mata. Sah Arissa dan Halinda ponteng sekolah!


"Macam mana korang tahu aku kahwin harini?" seingat Babyana dia tidak memberitahu sesiapa tentang perkahwinan itu. Kehadiran keluarganya pun atas jemputan Badrilsyah.

"Siapa lagi, anak sedara baru kau la." Halinda menjuih bibir ke arah Sajad ataupun nama sebenarnya Sajaruddin yang sudah tersengih-sengih seperti kerang busuk.


"Terima kasih korang sebab datang. Aku minta maaf sebab tak jemput. Aku..."

"Shhh...shh. Rileks Baby. Kitorang faham je. Tak perlu explain. Apa pun sebab kau, kami faham. Lagipun ada sebab jugak la untuk kami ponteng kelas harini." kata-kata Arissa itu disambut dengan gelak tawa Babyana.


"Baby, kitorang ada chat Kaseh tadi sebab nak ajak datang sini. Tapi dia tak nak datang. Group WhatsApp kita berempat tu pun dia left lepas dia kena gantung sekolah." Halinda membuka cerita. Bukan hal yang mengejutkan jika salah seorang dari mereka berempat digantung persekolahan.

"Dia sebar cerita bukan-bukan pasal aku." Babyana mula membuka cerita.

"What?! Serius lah? Sumpah tak boleh brain do. Apa pasal dia macam tu?" Arissa yang terkejut hampir hilang diksi kata. Mereka berempat sudah berkawan baik sejak tingkatan satu. Senang kata, dah layak berada dalam senarai sahabat selamanya sampai hari kebangkitan. Tapi perangai Kaseh memang sudah terpesong jauh. Mereka bertiga memang nakal tapi tidak seliar Kaseh.


"Entah la. Aku dah malas nak amik port pasal dia. Since dia dah buat fitnah pasal aku, aku tak nak ada kaitan dengan dia lagi dah."

"Sebab dia dah buat macam tu dekat kau, aku rasa dia dah musnahkan hubungan kita berempat. Jadi aku dengan Arissa pun tak boleh nak jadi kawan Kaseh lagi. Tahniah Baby. Semoga perkahwinan kau dengan husband kau kekal sampai bila-bila pastu ada baby yang comel-comel macam nama kau."

"Terima kasih korang." senyuman manis dilakarkan kepada kedua-dua remaja itu.




🍼🍼🍼





Bukhari tergelak sinis. Dia dah agak. Memang betul firasatnya dulu. Satu-satunya adik lelakinya iaitu Badrilsyah akhirnya tersangkut jua. Puas dinasihati tentang jangan main perempuan, jangan jadi kaki perempuan. Nah sekarang tak pasal-padal kena bertanggungjawab. Tapi sekurang-kurangnya adik dia tak lari dari amanah Tuhan.



"Aku dah agak. Eloklah kau kahwin boleh insaf sikit. Lepas ni tak payah nak jadi buaya sangat. Kau tu bakal bapak orang."

Badrilsyah tayang senyum kelat. Tak suka betul bila diperli oleh abangnya itu.

"Kau kena biasakan diri. Dengar nasihat abang elok-elok. Bini bila mengandung ni jadi lebih sensitif. Kau kena jaga betul-betul. Macam Kak Intan kau tu, awal-awal pregnant morning sickness la sakit itu ini lah. Mood pun swing. Kadang-kadang mengidam nak makan itu ini. Jadi kalau bini kau mengidam cuba la penuhi kalau mampu, kesian anak bini. Kalau sakit lenguh ke apa-apa jaga elok-elok urut yang patut. Jangan tahu nak sedap je. Benda yang aku cakap ni bukan selalu orang bagitau masa kursus kahwin."

Kumbang Jalanan ✔Where stories live. Discover now