Semasa menyiapkan kerja matanya tiba-tiba tertumpu pada satu gambar yang elok terletak di atas meja kerjanya. Gambar dicapai lalu dia membelek belek gambar tersebut, senyuman mula terukir di wajah. Gambar itu merupakan diamana memori pada dia waktu kecil bersama seorang gadis kecil yang dia minati hingga sekarang. Dia bersyukur dia dapat tengok wajah yang dia rindui sejak 20 tahun dahulu akhirnya berada di depan mata.



























Mariam melabuhkan punggungnya di atas kerusi ofis kerja tersebut sambil kepalanya perlahan terletak di atas meja, tinggal seminggu sahaja lagi untuk dia membayar hutang abahnya itu

"bayam aku rasa kan baik kau bagitahu abah kau" terus terangkat kepala Mariam lalu menoleh kearah Maya

"tapi..... " kepalanya sambung terlentuk di atas meja kerja tersebut

"Mariam kalau kau taknak call biar aku yang call" Mahu sahaja Maya mencapai telefon bimbit milik Mariam, gadis itu mencapai dahulu lebih pantas dari Maya

"tidak mengapa, biar aku yang cakap sendiri" kata Mariam dengan begitu confident. Nama 'abah' di contact lalu ditekan

"Mariam? Kenapa call abah tiba-tiba? " dadanya tiba-tiba berdebar entah kenapa

"assalamualaikum bah, Mariam ada benda nak tanya abah.... " kata Mariam

"waalaikumussalam, ada apa tu? " soal abah

"ermm.... Mariam nak tanya, abah ada pinjam duit dari orang ke? " soal Mariam

"pinjam duit? " walaupun abah tiada di depannya tetapi dia dapat rasa kan dahi abahnya mungkin berkerut apabila dia bertanya soalan begitu

"Mariam kamu kenal kan abah? Mana mungkin abah nak berhutang dengan mana-mana orang"

"tapi abah.... Haritu ada tiga orang lelaki datang rumah lepastu diaorang cari abah, Mariam cakap abah kerja tapi lepas tu tiba-tiba dia cakap abah pinjam duit dengan diaorang " panjang lebar Mariam bercerita

"Allahuakbar.... Kenapa Mariam tak bagi tau abah? " soal abah, sungguh dia terkejut dengan apa yang disampaikan oleh Mariam

"jadi Mariam kerja dekat Putrajaya disebabkan nak bayar hutang tu? " soal abah lagi

"ye.... Maaf bah sebab tak bagi tau awal-awal.... " suaranya menjadi perlahan membuatkan abah berasa bersalah

"tidak mengapalah, lain kali Mariam jangan layan diaorang lagi faham? " kata abah, dia tahu anak sulungnya begitu

"baik bah! " tersenyum abah dibuatnya walaupun hanya bertalian tetapi dia tahu bahawa Mariam mesti tersenyum sekarang ini

"sudah lah abah nak sambung kerja assalamualaikum, jangan lupa kirim salam dekat Adyan! " berkerut dahi Mariam mendegar nama 'Adyan', baru saja mahu bertanya tetapi abah sudah menamatkan panggilan terlebih dahulu. Dia hanya buat tidak endah kerana dia ingat abah mungkin bergurau dengannya.

Jam menunjukkan sudah pukul 6:20 pm, terus dia mencapai handbag nya lalu beredar dari tingkat itu untuk pulang ke kampus. Sambil menunggu lif berhenti di tingkat nya sempat dia membelek baju-baju yang dijual di online untuk sesi graduan yang dilaksanakan pada bulan hadapan.

Ralik bermain dengan telefon sehinggakan tidak sedar bahawa lif sudah terbuka luas di hadapannya.

"taknak masuk ke? " tiba satu suara garau mencelah membuatkan kepala Mariam terangkat, agak terkejut kerana pemilik suara tersebut ialah Adyan. Perlahan Mariam masuk lalu menekan butang di lif tersebut.

Sunyi sepi suasana di dalam lif tersebut membuatkan Mariam tidak selesa. Adyan sedar bahawa Mariam tidak selesa jadi dia terus membuka topik untuk berbual.

"macam mana kerja kau sejak dua menjak ni? " Mariam menoleh ke arah Adyan

"okay je" jawab Mariam ringkas

"erm... Abah saya kirim salam dekat tuan... " tergelak Adyan dibuat, sempat juga Tuan Ibrahim mengirim salam kepadanya.

"kenapa Tuan gelak? " terus terdiam Adyan

"mana ada aku gelak" Adyan berdeham sebelum tangannya memasuki kocek seluar

" jadi bila kau dah graduate, kau akan kerja tempat lain ke? " soal Adyan dengan nadanya agak serius

"mungkin? " jawab Mariam, dia juga tidak tahu jika dia mahu berkerja di sini untuk selamanya atau tidak

"bila kau graduate? " soal Adyan lagi

"Insya-Allah bulan depan kalau takde apa-apa " Adyan sekadar mengangguk, kini lif sudah berada di tingkat paling bawah. Mereka berdua kelaurga serentak lalu Mariam memusingkan badannya menghadap Adyan.

"saya pergi dulu tuan, assalamualaikum! " kata Mariam sambil tersenyum manis kearah Adyan. Wajah Adyan sudah membahang lalu dia menjawab salam tersbut.

Mariam berjalan pergi sambil melambai-lambai ke arah jejaka itu membuatkan Adyan tersenyum lebar menampakkan gigi putih yang elok tersusun rapi beserta lesung pipit di pipi putihnya. Dia menggelengkan kepalanya lalu beredar dari situ untuk pulang ke rumah, memang saja dia singgah ke ofis untuk melihat per kerjanya.



























-I am back!
-chapter ni mungkin agak bosan tapi harap korang enjoy je la ek?
-bab ni agak rushing sebab tengah buat tima exam jadi terkendala sekejap sekarang dah habis baru boleh continue
-Anyway enjoy!

-EERINSYA


























𝐌𝐫𝐬. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐝𝐲𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥𝐥 | 𝑂𝐺Where stories live. Discover now