BAB 8 💖

470 38 0
                                    


"Farka, abi tertanya-tanya tentang sesuatu." Pada saat ini Farka sedang berbual dengan En. Rafan di rumah abinya. Sengaja sahaja Farka datang ke situ tanpa memberitahu Mahika. Terus terlompat isterinya itu tatkala mereka sampai di perkarangan rumah En. Rafan. Nasiblah Farka pandai tenang semula Mahika. Kalau tak agaknya, gadis itu boleh berjoget nanti karang.

"Kamu tahu tak Mahika tu kerja apa?"

"Mahika bukan tak bekerja ke?"

Mereka berdua boleh bersembang sebegini sebab Mahika tiada di rumah. Isterinya itu pergi jenguk jiran rumah sebelahnya yang baru sahaja melahirkan anak perempuan. En. Rafan sudah pergi tadi, Farka pula kata dia akan pergi selepas dia bertukar dua kata dengan ayah mentuannya ini. Tak elok pula rasanya dia menonong saja ke sebelah tanpa bersembang dengan En. Rafan.

"Isteri kamu tak cakap apa-apa?"

"Tak ada pula abi."

En. Rafan menarik nafas dalam-dalam. Budak ini kan ....

"Hzel Florist Scent. Kamu pernah dengar nama tu?"

Farka mengangguk. Selalu juga ibunya bercerita tentang kedai itu. Yang kena mendengarnya siapa lagi kalau bukan Farka memandang Falah dan ayahnya asyik mengelat sahaja.

Hzel Florist Scent. Sebuah kedai bunga yang mengubah dan menyediakan bunga-bunga yang segar dengan harga yang berpatutan. Tidak cukup sekadar kedai bunga, kedai itu juga menyediakan wangian daripada bunga-bunganya. Sebahagian besar produknya merupakan produk minyak wangi yang semakin dipakai ramai kerana kualitinya yang terbaik. Kedai mereka juga mengeluarkan produk lain seperti sabun badan, sabun kain dan wangian rumah. Mempunyai setiap cawangan hampir di setiap negeri bahkan kedai tersebut sudah masuk ke pasaran negara-negara jiran seperti Indonesia dan Singapura. Dengar kata, kedai itu akan memasuki pasaran Asia pula lepas ini. Masakan Farka tidak tahu tentang kedai itu.

Nampak sahaja macam kedai bunga biasa tetapi sebenarnya kedai itu teramatlah dikenali ramai.

"Kamu tahu siapa pemiliknya?" soalan dari En. Rafan itu membuatkan Farka lambat-lambat menggeleng. Pelik juga dia bila abinya tiba-tiba sahaja menyoal sebegini.

Bukan hanya Farka tetapi semua orang masih tidak tahu siapa indentiti sebenar pemilik Hzel Florist Scent. Yang selalu masuk tv dan surat khabar hanyalah En. Aniq selaku ketua pemasaran dan Pn. Hasnitah selaku pengurus operasi. Hanya dua orang ini sahajalah yang selalu terpampang di media.

"Hazel Mahika. Dia pemilik Hzel Florist Scent."

Kenyataan itu mengejutkan dia.

"Anak abi yang seorang tu nampak saja pasif di rumah. Tetapi kalau kamu perhatikan elok-elok si Mahika tu, dia bukan duduk rumah diam-diam. Ada sahaja benda yang dia nak buat. Kamu perasan yang dia suka menanam bunga bukan?"

Farka angguk.

"Sejujurnya abi pun terkejut bila abi masuk bilik dia beberapa tahun yang lepas. Dulu, abi pelik juga. Kenapa anak abi yang seorang ini selalu sangat terperap di rumah sedangkan tiga orang anak abi sudah menempa nama. Rupa-rupanya dia buat kerja dalam diam. Ada juga dia tanya beberapa soalan tentang perniagaan pada abi, tapi masa tu abi masih tak dapat tangkap lagi apa yang Ika tu nak buat. Sekali bila abi masuk bilik dia, terpampang beberapa fail tentang kedai itu di meja Ika."

"Abi kagum dengan Ika. Puspa ambil syarikat abi, Yasna pula abi butik arwah umi. Rara pula sekarang sudah jadi influencer. Ada juga beberapa job dia yang abi sudah lihat. Walaupun abi tak kisah kalau Mahika tidak kerja sekalipun, tetapi abi tetap nak anak abi tahu cari duit. Siapa sangka dalam diamnya dia sebenarnya dia sudah rancang sesuatu yang tidak terjangka dek akal?" luah En. Rafan pada lelaki itu.

FARKA MAHIKA [C]Where stories live. Discover now