PROLOG 💖

801 34 0
                                    


"She is an introvert. She doesn't talk."

That's what everyone said.

Lelaki itu diam dengan satu senyuman yang disembunyi rapat.

Ya, isterinya itu introvet. Tetapi, hanya dia saja yang tahu betapa riuhnya mulut wanita itu bila dengannya. Hanya dengan Farka sahaja, Mahika tunjuk satu sisi introvetnya yang tak pernah dilihat oleh orang lain. Hatta dalam keluarga isterinya juga, Mahika hanya menyepi sahaja. Dengan orang luar lagilah, membisu terus Mahika. Tiada sebutir pun kata yang diluahkan, isterinya itu hanya akan duduk mendengar sahaja apa yang orang di sekelilingnya berbual.

Bunga Peony warna merah jambu yang berada di pegangan isterinya diperhati seketika.

Really ...

The pink peonies really suit you, Mahika.

Farka tersenyum kecil.

"Abang!" terjungkit alis lelaki itu tatkala diseru oleh Mahika. Sejambak bunga peony tidak lepas berada di dalam pelukan isterinya.

"Are you really like that flower?" tanya Farka sejurus sahaja Mahika berada di sisinya.

"Yes! It is pretty?" soal Mahika sambil menilik jambangan bunga itu di tangan. Senyuman yang melebar masih tidak reda bahkan semakin melengkung hinggakan Farka boleh lihat eye smile isterinya. Anak mata lelaki itu pula tak lepas memandang wajah Mahika sebelum dia membalas perlahan.

"It is."

Bunga itu cantik.

"Pink peonies really suit you, Mahika."

Sama seperti empunyanya.

Mahika tersenyum memandang Farka.

"Thank you abang!"

FARKA MAHIKA [C]Where stories live. Discover now