BAB 6 💖

468 37 0
                                    


"We will go to our second house." Beritahu Farka pada Mahika sebelum menghilang tanpa sempat gadis itu menyoal apa-apa.

Motosikal berkuasa tinggi itu dipandang oleh sepasang mata bulat. Sang suami sudah menaikinya dan tinggallah hanya Mahika seorang sahaja terkebil-kebil dengan situasi sekarang.

Bersama dengan mereka merupakan rakan-rakan suaminya yang turut memakai motosikal berkuasa tinggi. Mahika perasan terdapat juga Fairel dan Elhanan di situ. Nampaknya rakan sekerja Farka merupakan temannya sendiri. Dan kesemua mereka turut membonceng pasangan di belakang masing-masing.

"Dear, what are you waiting for?" teguran itu membuatkan lamunan Mahika berderai. Dengan perasaan yang ragu-ragu, dia cuba untuk menaiki motosikal besar milik Farka itu.

Akan tetapi ...

Tak sampai!

Motosikal ini terlalu tinggi untuk dia yang pendek ini. Beberapa kali Mahika mencuba untuk memanjat tetapi hasilnya masih sama. Sesaat kaki dinaikkan untuk menaiki motosikal itu tetapi terhenti setengah jalan. Sesaat kemudian, dia cuba memanjatnya tetapi hasil masih sama seperti tadi.

Fairel dan Elhanan yang melihat terus berpandangan. Gadis-gadis yang berada di tempat duduk pembonceng pula sudah terkebil-kebil melihat aksi comel itu.

"Hey Farka, cuba kau tengok belakang kau." seseorang menegur Farka. Tak mengerti, lelaki itu terus mengerling ke belakang. Tatkala melihat gaya pelik Mahika menaiki motosikalnya, terus dia menegur.

"What are you doing?"

Badan mengeras. Detak jantung pula seakan terhenti tatkala mendengar suara sang suami itu bergema di gegendang telinga. Air liur ditelan kelat. Lambat-lambat dia turun dari cubaan untuk memanjat motosikal Farka. Kaki kini dipasakkan ke tanah sebelum dia merenung Farka.

Melihat suasana yang sepi semacam, dia renungan sekitar. Terdiam dia tatkala semua mata tertumpu pada dia.

Dushh.

Pipi memerah dan Mahika terus merapati Farka.

Abi! Acik malu!

"Damn! She's cute." Gumam seorang wanita yang tidak lepas merenung.

"I agree."

Farka turun dari motosikal dengan tongkat yang dijatuhkan. Lengan Mahika dipegang. Tinggi isterinya yang sekurang-kurangnya berada di paras dada diukur dengan ketinggian motosikalnya.

Sah.

Memang isterinya tak sampai nak naik. Senyuman dikulum dek Farka merasakan perkara itu kelakar tetapi tidak pula dia berkata apa-apa. Lelaki itu bawa tubuh Mahika menghadapnya dengan tangan yang berada di pinggang ramping sang isteri. Tak tunggu lama, badan itu terus dinaikkan ke tempat duduk pembonceng.

Terus mengeras badan Mahika dek tindakan itu. Pipi sudah semakin hangat. Mahika perlahan-lahan cuba stabilkan diri. Baru sahaja dia ingin meletakkan kaki di sisi motosikal yang satu lagi, entah bagaimana tiba-tiba motosikal itu bergerak sedikit.

Refleks dari situ, Mahika terus memanjangkan tangannya lalu memeluk badan Farka yang kebetulan berada di sebelahnya dengan mata yang dipejam erat. Kalau dia jatuh ni ... memang padu. Sudahlah Mahika tak pernah naik motosikal besar seperti ini. Bukan sahaja sakit, dengan malu sekali dia dapat.

Kini, Farka pula yang tergamam. Halkum bergerak sambil anak mata hanya memandang ke hadapan. Tidak sedikitpun Farka merenung isterinya itu.

"Hey," suara serak itu menjengah pendengaran Mahika.

Senyap.

Gadis itu tidak membalas apa-apa. Dan itu menyebabkan Farka menarik nafas sebelum dilepaskan sedikit demi sedikit.

"It's fine, you'll not fall if I'm here." Bisik Farka sambil mengusap belakang isterinya.

"A-abang tak tipu kan?" tanya Mahika perlahan dengan ragu-ragu.

"Tak. Abang tak tipu."

Dek merasakan keadaan sudah selamat buat dirinya, lambat-lambat Mahika lepaskan tautan. Usai menstabilkan kedudukan, kain sarungnya yang terbelah itu dibetulkan. Nak pakai kain biasa, suaminya tak kasi. Nak pakai seluar pula, dia yang tak reti. Dah kalau setiap kali keluar rumah ayahnya suruh dia memakai kain, mulalah rasa janggal bila dia pakai seluar. Nasib dia sempat memodifikasi kainnya.

Kain hitam yang jarang dia pakai dibelah di kedua-dua sisinya lalu dijahit untuk sedikit kemasan. Nasiblah orang fikir apa tetapi Mahika memang tak selesa bila pakai seluar.

"Done?"

Mahika mengangguk dengan badan yang tidak bergerak walau sedikit. Dia masih seram dengan motosikal besar ini. Farka naik semula ke motosikalnya lalu tongkat dijatuhkan tadi diangkat semula.

"Wear you helmet." Pesan lelaki itu sambil menghulurkan dia sebuah helmet full-face.

Mahika sambut lalu terus memakainya.

"Your hands-" Tak sempat Farka hendak menghabiskan kata, tindakan Mahika membuatkan dia terdiam.

Kedua-dua belah tangan gadis itu memeluk tubuh Farka erat dan itu menyebabkan badan mereka amat dekat. Kepala Mahika yang berada di bahu lelaki itu diselesakan kedudukannya.

Lelaki itu pandang apa yang ada di depannya dengan satu renungan lama.

"Ehem! Farka, I think we need to go now."

"Su-sure." Helmet yang dipegang terus disumbat masuk ke kepala. Fairel dan Elhanan yang perasan telinga Farka memerah hanya diam bersama satu sengehan kecil.

Abe Farka kita blusinglah wak.

Hohoho.

Menarik ni. Bolehlah buat bahan untuk kenakan Farka nanti.

FARKA MAHIKA [C]Where stories live. Discover now