BAB 25

798 58 6
                                    

Hayden menyisip sedikit air coffee yang dipesannya sebentar tadi. Permandangan di cafe ini sangat menyenangkan matanya. Kadang kala bibir lelaki itu mengukirkan senyuman apabila teringatkan muka Kyra Neesa yang comel itu.

" I wonder if she's doing fine right now" Jujur dia katakan dia berasa sangat risau akan gadis itu. Namun dia yakin yang Luth Zachary juga berkemampuan untuk menjaga Kyra Neesa.

Adiknya Thalia juga sudah busy dengan mengendalikan syarikat daddynya. Tiada ancaman yang dia dapat kesan dari adiknya terhadap Kyra Neesa.

Sedang Hayden mengimbau kenangan yang dia bertemu dengan Kyra Neesa di gelanggang basketball, dia ditegur seseorang.

" Eh you, tak sangka jumpa kat sini." Hayden mengangkat kening. Siapa ni?

Kelihatan gadis yang berambut ikal mayang berwarna brunette berpakaian mewah mendekatinya.

" Excuse me?" Hayden bertanya. Pelik akan gerangan ini.

" What? You dah tak cam i ke?" Soal gadis itu berasa sedikit kecewa. Dia sememangnya rasa tertarik dengan jejaka ini.

Hayden meneliti wajah gadis itu. Keningnya terangkat. Huh. Perempuan tak tahu malu ni.

" Hm? Nak apa?"

Mata gadis itu bersinar.

" Wow dah ingat? Ingatkan dah nyanyuk." Sarkastik gadis itu berkata. Hayden menjeling tajam. Apa masalah minah ni?

" Lepas tinggal sugardaddy dah jadi gila perhatian lelaki lain ke?" Perli Hayden sambil menyisip coffeenya. Mata gadis itu membulat. Dasar jantan ni.

" Excuse me you yang paksa i tinggal sugardaddy i."

" Well you should thank me kalau tidak sampai ke tua kau hidup dengan tak bermaruah." Sejurus itu Hayden terus bangun melangkah dari situ. Tidak berminat untuk menyambung perbualan itu.

" Nama i Zara."

Hayden berhenti melangkah. Jejaka tinggi itu mula menghadap gadis yang tinggi separas dagunya.

" Kau nak apa?"

" I nak berkenalan dengan you."

" Aku tak nak." Hayden membelakangi Zara lalu mula melangkah dari situ.

Zara mengetap bibir. Apa susah sangat dia ni?

" Or i'll get back with Dato' Khay. Dia sekarang tengah gila cari i. He won't reject me." Ugut Zara. Tiada cara lain. Dia mahukan perhatian Hayden.

Hayden berhenti melangkah.

" Nak ugut aku? Huh?" Hayden pusing menghadap Zara. Hayden melangkah ke arah Zara dengan matanya yang tajam itu menusuk ke kalbu.

Zara tidak gentar bertentang mata dengan Hayden. Dia lebih suka dia dapat pancing Hayden.

" Kau nak apa sebenarnya? Nak duit? Name it aku boleh bagi asalkan kau tak kacau aku."

" I nak you."

Hayden merenung wajah Zara yang tersenyum ke arahnya. Hayden berdecit geram.

" Boleh tak? I tak minta pun duit you. I nak you."

" Harga diri aku lebih mahal dari duit tu. So no. Berambus."

Zara mencapai tangan Hayden lalu menarik Hayden ke lorongan kecil di bangunan itu.

Hayden memutarkan bebola matanya. Dari penglihatannya kecil sahaja Zara berjalan di depannya sambil menarik tangannya.

Bibir mula mengukirkan senyuman apabila terbayang Kyra Neesa yang melakukannya.

Kyra's TreasureWhere stories live. Discover now