BAB 5

1.4K 88 1
                                    

Kyra Neesa menarik nafas sedalam-dalamnya. Mengambil mood untuk berlakon. Luth Zachary yang berada di sebelah hanya mencebik.

" Turun la. Ibu i dah lama tunggu." Halau Luth Zachary dengan baiknya. Kyra Neesa menjeling.

" Sabar boleh tak? Kita tak boleh mess up tau, jalan cerita kena sama or else we're dead." Kyra Neesa membetulkan sedikit awning tudungnya dan mengoleskan lipbalm di bibir mungilnya.

Luth Zachary hanya mengangkat bahu. Langkah diatur ke pintu utama rumahnya. Ditinggalkan Kyra Neesa yang jalan terkedek-kedek di belakang.

" Ish you ni jangan jalan cepat sangat. Kita kena nampak lovey dovey okay." Kata Kyra Neesa sebelum berdiri di sebelah Luth Zachary.

" Okay now smilee" Arah Kyra Neesa kepada Luth Zachary sambil tersenyum. Dia tidak mahu keluarga Luth Zachary dapat mengesan sesuatu aneh dari mereka.

Luth Zachary melorekkan senyuman tipis.

Namun hanya beberapa saat.

" Buang masa." Kata Luth Zachary sebelum pergi melangkah ke dalam rumah. Kyra Neesa mula beristighfar, geram yang amat dekat lelaki itu.

Datin Dania memerhati muka cantik Kyra Neesa. Bibirnya mengukirkan senyuman manis. Gadis itu juga pandai berkata-kata untuk menimbulkan suasana yang riang. Tangan tua itu mula menggenggam lembut tangan halus Kyra Neesa.

" Cantik betul kamu ni. Tinggi juga eh taste anak ibu ni." Puji Datin Dania kepada Kyra Neesa. Luth Zachary hanya menguntumkan senyuman terpaksa.

" Ish takde la aunty, Kyra biasa biasa sahaja. Aunty lagi cantik tau, awet muda gitu. Nanti share la tips dekat Kyra, baru la anak aunty makin sayang dekat Kyra" Seloroh Kyra Neesa sebelum mendapat jelingan maut daripada Luth Zachary. Namun dia hanya mengendahkan sahaja, lakonan kena nampak real.

" Ada ada je kamu ni. Malu ibu dibuatnya." Pipi Datin Dania memerah sedikit. Kyra Neesa tergelak halus.

" Ibu, mana Luq dengan Lathif? Takde nampak pun. Cakap nak join" Luth Zachary melabuhkan punggungnya di atas kerusi meja santapan. Perutnya sudah minta diisi.

" Abang kamu Luq tu ada kerja. Lathif tu nanti datang la tu dengan bini dia." Kata Datin Dania sambil memerhati cara Kyra Neesa melayan anaknya, mencedok nasi dan lauk untuk Luth Zachary. Hatinya berasa lega. Pandai gadis cantik ini melayan.

" Aunty nak nasi? Kyra boleh cedokkan." Namun Datin Dania menolak pelawaan tersebut dengan lembut. Dia masih kenyang makan sebentar tadi.

" Assalamualaikum! Ibuu"

Kedengaran suara garau memberi salam. Seorang lelaki tinggi lampai, raut wajahnya yang lembut berbanding Luth yang lebih maskulin. Tangannya memimpin tangan seorang gadis cantik.

'Ini kot adik Luth' desis hati Kyra Neesa sebelum menjamah masakan Datin Dania.

" Waalaikumussalam, ha jom makan. Ibu ada masak ni. Duduk Lathif, Inara. Meh" Pelawa Datin Dania kepada anak dan menantunya itu. Kyra Neesa menghadiahkan senyuman kepada mereka.

" Baik ibu. Luth, ni ke bakal isteri kau?" Tanya Lathif sambil mula menjamu selera. Isterinya hanya membisukan diri.

" Haah, kenalkan Kyra Neesa. Kyra, ni adik i, Lathif dan tu adik ipar i, Inara." Dengan bersahaja Luth mengenalkan diri masing-masing. Dia lebih tertumpu kepada masakan sedap ibunya.

" Hi Kyra, tak sangka eh ada jugak orang boleh tahan dengan perangai kau. Macam singa" Perli si adik kepada si abang. Luth Zachary hanya mengangkat bahunya. Malas respond

" Hahahah takde la, Luth dengan Kyra okay je. Orang cakap dalam hati ada taman ha macam tu la anak aunty ni" Kyra Neesa menghadiahkan senyuman manis kepada Luth Zachary yang jelas tidak menyukai statement gadis itu tadi.

Kyra's TreasureWhere stories live. Discover now