BAB 9

1.8K 90 0
                                    

Cuaca di Genting Highland sangat la sejuk apatahlagi pada waktu malam. Kyra Neesa kelihatan kecil dengan hoodienya yang besar. Hidung gadis itu sudah memerah.

Luth Zachary merenung wajah comel gadis itu.

" Ish you tengok apa? Makan cepat please i sejuk niii" Boleh pulak dia tenung aku.

"Dekat sini pun tak boleh tahan, baru nak ajak pergi overseas." Cebik Luth Zachary. Setakat ni je ketahanan Kyra Neesa? Piirah

" Biar la, itu cerita lain. Suhu badan i boleh adapt kalau overseas." Kyra Neesa tidak mahu mengalah. Luth Zachary memutarkan bebola mata sebelum menghirup sup yang panas itu.

" You tak nak ke? Boleh kurangkan sikit sejuk tu." Pelawa Luth Zachary

" It's okay i dah kenyang. You cuma perlu tolong i makan cepat je. That's it." Kyra Neesa makin memeluk tubuhnya. Sejukkk

Luth Zachary menghabiskan makanannya secepat mungkin. Kesian melihat isterinya kesejukan.



Tangannya menggenggam erat tangan Kyra Neesa. Walaupun ditegah oleh gadis itu, tetapi ada dia kisah?

" Lepas la tangan i ni, i boleh masukkan dalam poket hoodie je la." Rungut Kyra Neesa. Tidak dinafikan tangan besar Luth Zachary sangat membantunya mengurangkan rasa sejuk.

" Dah nak sampai dah pun. Dah terlambat nak lepas." Tangan Kyra Neesa dimasukkan kedalam poket hoodienya.

Kyra Neesa mencebik. Alasan!

" Cakap je la you nak rasakan kemulusan tangan i kan kan?"

Luth Zachary menjongket bahu.

" Apa salahnya kan? Isteri i jugak." Kenyitan mata diberi kepada Kyra Neesa.

Tergamam gadis itu.

Luth Zachary tersenyum tawar. Mengapa dia mudah mesra dengan gadis ini?






Selimut yang menutupi tubuh langsing Kyra Neesa tidak cukup untuk menghangatkan badannya. Kyra Neesa tidak duduk diam, sampai selimut di bahagian Luth Zachary juga ditariknya.

" Kyra Neesa, kenapa ni?" Tanya Luth Zachary apabila menyedari pergerakan disebelahnya semakin menjadi-jadi. Rampas selimut orang pulak tu.

"I'm cold...." Adu Kyra Neesa tanpa dia sedari. Tangannya sudah sejuk begitu juga dengan kakinya. Luth Zachary mengeluh sedikit.

" I tak buka aircond pun Kyra. Still sejuk?" Soal Luth Zachary prihatin. Badan dibalikkan menghadap gadis itu. Jelas kelihatan menahan sejuk.

" Mhm.." Sayu Kyra Neesa mengiyakan soalan yang diaju oleh encik suami.

Luth Zachary meraup rambutnya ke belakang.

Mata melihat pakaian tidur Kyra Neesa, sudah memakai sweater dan sweatpants. Tang mana sejuknya lagi? 

" Dah, lepas ni hilang la tu sejuk. Tidur, esok nak keluar pagi." Tegas Luth Zachary berkata, tidak mahu melayan sikap mengada gadis ini.

Badan terus dibaringkan semula tetapi menghadap Kyra Neesa. Ingin melihat keadaan semasa gadis itu. 

Kyra Neesa cuba melenakan dirinya. Sudah hampir 1 jam dia mencuba. Perlahan-lahan dia membuka matanya.

Zzap!

Tajam mata helang itu merenungnya.

Kyra Neesa mengemam bibirnya.

"Still cold?" Tanya Luth Zachary.

Anggukan kepala diberikan oleh Kyra Neesa.

"Come"

Tercengang Kyra Neesa. Come? Apa benda come?

Kyra's TreasureWhere stories live. Discover now