°∘∘34∘∘°

Start from the beginning
                                    

"Rasa lah, Qay. It's just a steak. But with a very special taste.." Tambah Fredella lagi mengukir senyum nipisnya. Teruja dia nak tengok reaksi Qayyum.

Bistecca fiorentina memang steak. Dan ianya berasal dari potongan daging lembu yang istimewa dari Itali. Malah, dagingnya juga digunakan bahagian filet yang merupakan bahagian paling lembut. Akhir sekali dihidangkan dengan sekeping mentega di atasnya. Lihat saja bila dipotong nanti, pasti ada jus yang mengalir dari daging tu!

Fredella yakin Qayyum akan suka dan jatuh cinta! It's her favourite too.

Sewaktu Qayyum memotong daging itu, memang kelihatan semudah ABC. Terlalu lembut sehinggakan dia semakin teruja untuk menelannya.

Fredella masih setia menunggu suaminya menjamah. Makanannya masih terbiar dari tadi. Tangannya digunakan untuk menongkat wajah.

"Bismillah.." Potongan kecil disuap. Qayyum hanya fokus mengunyah. Fuh! Dia sendiri tak tahu nak gambarkan rasa bistecca fiorentina macam mana. Hanya beberapa kali kunyah sahaja dah selesai masuk di dalam perut. Juicy and salty.

"It's good, sayang.." Qayyum beri komen ikhlas hendak memuaskan hati si isteri. Bukan apa.. Fredella tunggu dia suap dari tadi tau! Malu pula.

"I know you gonna love it!" Ujar Fredella lega. Akhirnya barulah dia senang hati nak makan dan melepaskan craving.

Lain pula dengan kehendaknya malam ini. Dia tak rasa nak makan steak. Jadi, linguine adalah pilihan Fredella. Linguine ini sejenis pasta yang boleh dikatakan terkenal di Itali. Sosnya diperbuat daripada campuran seafood, dan Fredella pilih sendiri sos apa yang dia mahu. The best part is she love this menu because of the garlic taste!

Mereka sama-sama nikmati hidangan Itali itu. Harini perbelanjaan semuanya dibawah tanggungan Fredella. Dia bantah semampu yang boleh semasa di rumah lagi untuk elak dari Qayyum yang bayarkan.

"Qay, nak beli hoodie baru tak? Saya nak belanja," Lengan kekar Qayyum dipeluk erat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Qay, nak beli hoodie baru tak? Saya nak belanja," Lengan kekar Qayyum dipeluk erat. Fredella mendongak sedikit untuk mencari wajah jejaka itu. Lepas perut kenyang wajib kena dating.

"Taknak lah. Hoodie saya elok lagi, belum lusuh." Qayyum balas tatapan wanita itu dengan senyum nipis.

Pelik juga bila Fredella tiba-tiba tanya pasal hoodie.

"Kalau macam tu, kita tengok wayang lah!" Entah kenapa wayang yang terlintas di dalam otak Fredella pada ketika itu.

Mungkin kerana dia jarang dapat meluangkan masa dengan Qayyum beberapa hari ini. Jadi dia taknak lepaskan peluang yang ada. Bila mereka berdua tidak dipanggil oleh Khalaf mahupun Rykarl untuk bertugas, kena guna masa sebaik yang mungkin.

QAYYUM'S WEAKNESS | OGWhere stories live. Discover now