°∘∘34∘∘°

Začať od začiatku
                                    

"Jom, siap." Tangan kanan dihulur buat Fredella. Dia mengharapkan wanita itu akan menyambut hulurannya.

Alangkah gembiranya hati Khalisa Fredella. Wajah takutnya hilang serta merta. Rasa macam nak melompat tapi sebab kaki dia masih belum pulih sepenuhnya terpaksa batalkan niat.

"Thank you suami!" Huluran tangan Qayyum disambut segera.

Fredella memilih restoran Itali yang halal dan menepati cita rasa kehendaknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Fredella memilih restoran Itali yang halal dan menepati cita rasa kehendaknya. Dia mahukan restoran Itali yang kelihatan tradisional. Sebab, biasanya restoran macam itulah hidangan makanan mereka akan sedap. Biarpun restoran yang dia pilih ini tidak ramai orang, tetapi dia tak kisah sebab lagi tenang dan privasi.

"Sayang? You okay with my choice?" Itu soalan pertama Fredella buat Qayyum sebelum melangkah masuk ke dalam restoran tersebut. Iyalah, mana tahu Qayyum tak suka dengan pilihannya. Dia tahu suaminya jarang makan makanan luar. Apatah lagi makanan Itali.

"Saya ikut je. But I can't speak Italian," Qayyum memang tak kisah. Tapi kalau bab-bab order ni jangan bagi dia. Tahu-tahu karang dessert dulu yang sampai.

Pandangan Qayyum pada restoran ini sangat istimewa. Mungkin kerana orang tak ramai, atau lebih tepat lagi bukan calang-calang pelanggan yang masuk.

"Qay... mestilah saya yang akan pilih untuk awak. I know your taste, okay?" Soal Bahasa Itali itu hanya perkara kecil bagi Fredella. Dia dengan Itali sangat sebati. Bahasa apa je yang dia tak fasih? Jerman? Itali? Kedua-duanya bahasa ayahanda dia.

Korean je dia tak pandai walaupun tiap malam marathon K-Drama.

"Okey. Let's get in." Putus Qayyum tanda setuju dengan ajakan isterinya. Apa saja untuk Fredella dia sanggup tau! Moga hidangan Itali boleh diterima oleh tekak melayunya.

━─━─━──༺༻──━─━─━

Tahu-tahu aje meja makan mereka dah penuh dengan beberapa hidangan. Semua itu Fredella yang pilih. Qayyum tukang pasang telinga je sewaktu wanita itu berbahasa Itali bersama waitress.

Ada dua hidangan dan Qayyum masih tak tahu apa panggilan menunya. Fredella punya nampak macam spaghetti, dia pula nampak macam steak. Itu jelah yang dia tahu memandangkan bukan penggemar makanan western.

"Awak order apa ni untuk saya?" Lama pinggannya ditenung. Surprisingly, nampak sedap! Perut Qayyum pun boleh tahan lapar.

"Bistecca fiorentina," Jawab Fredella sambil mengelap sudu garfunya bersama kain kecil.

Qayyum hanya ulang di dalam hati. Kalau ulang pakai mulut nanti memalukan je. Dahlah bini ada kacukan!

QAYYUM'S WEAKNESS | OGWhere stories live. Discover now