"Sama-sama " kata Mariam lalu mengambil tempat di sebuah meja jauh sedikit dari kaunter tersebut, kerjanya agak melambak walaupun masih baru masuk tapi dia tidak kisah mungkin selepas ini makin bertambah kerjanya.

Hati ini terasa rindu dengan abah, dia harap lelaki 3 orang yang kacau nya hari itu tidak buat apa-apa kepada abah nya. Dia harap dapat bayar hutang itu dengan cepat supaya lepas ini dia tidak perlu gelisah dengan hak tersebut.

Fasal Irfan pula dia lama tidak dengar khabar dari jejaka itu, tipulah jika dia tidak rindu lelaki itu tetapi mahu buat bagaimana dia sendiri yang minta putus tidak akan lah dia mahu bersama balik nanti tak fasal-fasal kena reject buat malu hidup aje.

Nama yang ditulis 'abah' ditekan, dia sahaja mahu bertanya khabar abah serta adik bongsunya maklumlah mungkin adiknya gementar menanti keputusan SPM tahun ini. Dia berdoa supaya adiknya lulus dan boleh pergi universiti yang bagus-bagus lalu mencapai cita-cita yang dinantikan selama ini

"asalamualaikum bah! "

"waalaikumsalam Mariam, ha ada apa telefon abah ni? " terus tersengih Mariam

"saja je bah,orang rindu dia la" walaupun dia tidak nampak wajah Tuan Ibrahim tetapi dia tahu pasti abah tengah sengih sorang-sorang

"abah pun rindu Mariam juga, ini kerja baru okay ke dekat sana? Abah bimbang kamu penat kehulur kehilir. Sudahlah dari Kuala Lumpur ke Putrajaya pun sudah 1 jam, kalau ada kelas mesti kamu lebih penat kan? Kenapa lah tidak pilih kerja di Kuala Lumpur sana kan senang tidak payah lah buang duit beli tiket bas hanya semata-mata nak pergi ke Putrajaya, Sekurang-kurangnya kalau di KL kamu tak payah bayar mahal-mahal! "

Mariam tergelak mendegar bebelan yang dilontar oleh abahnya sebentar tadi, berkerut dahi Tuan Ibrahim selepas mendengar tertawa dari Mariam

"kamu gelak kenapa? " pelik juga dia dengan anak daranya seorang ini

"takdelah bah, abah bebel macam arwah ibu dulu sebab tu Mariam tergelak " kata Mariam sambil menahan tawanya

"tak faham bertul lah abah dengan kamu ni"

"kerja dekat sini okay je abah, walaupun baru hari pertama dah banyak kerja tapi tak apa lah. Fasal dari KL ke Putrajaya tu abah tak payah risau lah, Mariam boleh jaga diri sendiri" lega sedikit hati Tuan Ibrahim kalau Mariam kata begitu

"iyalah, ni abah nak sambung kerja abah letak dulu asalamualaikum "

"waalaikumsalam " jawab Mariam lalu panggilan berhenti sampai situ sahaja, dia rindu arwah ibunya, dia rindu dengar bebelan dari ibunya sewaktu dia masih remaja. Balik sahaja dari Universiti dia terus mahu ke kubur ibunya kerana sudah lama tidak dijenguk.

Mariam bangun dari duduk dan pergi ke kaunter untuk mengambil minuman yang dipesan sebentar tadi, kakinya melangkah keluar dari kafe tersebut dan berjalan menuju ke syarikat, waktu lunch hour nya berbaki 20 minit tetapi apa salahnya jika dia masuk ke dalam dan menyiapkan kerja yang diberi.

Butang lif ditekan lalu sambil menunggu lif tiba dia bermain dengan telefonnya sebentar, baru sahaja mahu masuk ke dalam lif tersebut tiba-tiba muka Adyan terlebih dahulu terpacak di depannya

"tak nak masuk ke? " Mariam masih tercegat dia situ, perlahan kakinya melangkah masuk ke dalam lif tersebut. Terasa janggal apabila hanya dia dan Adyan yang berada di dalam lif tersebut, jarak antara mereka sangat jauh.

"macam mana kerja kau dekat sini? " Mariam menoleh kearah Adyan, wajah jejaka itu sangat tenang

"biasa je" berdebar juga jantungnya apabila Adyan tiba-tiba tanya soalan begitu

"kau tunggu je lah gaji kau nanti" terus Mariam berkerut, tidak mungkin baru hari pertama sudah dapat gaji.

"setiap hari ke dapat gaji? " Adyan tergelak kecil

"kalau setiap hari-hari bankrup lah company ni bayar semua orang punya gaji" Mariam tersenyum gambar, dia rasa sangat malu kerana menanyakan soalan yang tidak masuk akal

"terima kasih sebab dapatkan saya kerja ni, saya bersyukur sangat-sangat " ucap Mariam, sebenarnya dia merasa janggal tetapi mungkin ini peluang dia untuk berterima kasih kepada Adyan.

"Sama-sama " balas Adyan, terukir senyuman apabila dia menoleh kearah Mariam

Pintu lif dibuka lalu Mariam melangkah keluar dari lif tersebut

"sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih! Moga rezeki tuan melimpah ruah! "

Kata Mariam lalu beredar dari lif tersebut meninggalkan Adyan berseorangan, tidak perasan senyuman nya masih tidak lekang dari tadi.












Mariam menoleh kearah dinding dan tengok jam yang bergantung pada dinding tersebut, 11:20 PM. Sepatutnya dia balik pada pukul 7:00 tetapi disebabkan kerjanya yang banyak dia terpaksa menyiapkan hari ini juga. Dia masih buntu bagaimana mahu balik ke rumah, bas juga sudah tiada, mahu order grab belum tentu ada lagi pada waktu begini

Cuma ada beberapa orang lagi di ofis, sungguh dia tidak mahu berseorangan dialah jenis yang penakut. Earphone dipasang ke telinga lalu membuka ayat Al-Kursi minta perlindungan sambil dia menyiapkan kerja.

Akhirnya kerja telah pun selesai dia terus masukkan segala barang-barang miliknya di atas meja ke dalam bag, laptop ditutup lalu kerusi dirapatkan dengan meja dan dia terus beredar dari situ.

"Allahuakbar! "
Hampir gugur jantungnya apabila Adyan tiba-tiba berdiri di depan pintu keluar tersebut. Nasib dia tidak campak bagnya yang berat itu ke Adyan.

"tuan, kalau saya mati sakit jantung tadi macam mana? " Adyan hanya membuat muka tidak bersalah, terus tangan kanannya naik mengusap lembut di dada.

"maaflah buat kau terkejut"
Kata Adyan sambil tangannya elok terletak menyilang di dadanya.

"kenapa tuan tak balik lagi? " tanya Mariam

"kau datang sini naik apa? " Adyan menghiraukan pertanyaan Mariam lalu menyoal balik kepada gadis itu

"saya datang naik bas kenapa? " tanya Mariam lalu keningnya naik sedikit

"mana ada bas waktu macam ni, Habis tu kau balik naik apa? " Mariam jongketkan bahunya, Adyan menggelengkan kepala

"sini la aku hantar kau balik" kata Adyan

"tak apa ke tuan? " Adyan hanya menghiraukan Mariam lalu masuk kedalam perut kereta, sakit betul hati kalau ditanya tu tak dijawab. Terus Mariam masuk ke dalam perut kereta Audi r8 milik Adyan tersebut. Seatbelt dipakai lalu mereka beredar dari itu.

Sepanjang perjalanan Adyan menghantar Mariam pulang langsung sepatah haram pun tidak keluar dari mulut masing-masing.

"terima kasih hantar saya pulang, nanti bila-bila saya belanja makan " kata Mariam lalu keluar dari kereta tersebut

Adyan hanya memerhati gerakan Mariam sehingga kelibat Mariam sudah semakin hilang barulah dia beredar dari situ, bukannya apa kalau jadi apa-apa nanti dia yang perlu bertanggungjawab. Dia hantar pun disebabkan dia risau keselamatan perkerjanya bukan Mariam seorang sahaja.












-maaflah jika terdapat banyak kesalahan di dalam petikan.
-saya tulis ini pun sekadar hiburan
-chapter ini agak membosankan ke? Kalau bosan next chapter InsyaAllah tak terlalu bosan
-terima kasih untuk semua yang sudi baca walaupun tak vote tidak mengapa asalkan korang enjoy baca!

-EERIN














𝐌𝐫𝐬. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐝𝐲𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥𝐥 | 𝑂𝐺Where stories live. Discover now