11 Hours To Boston: Bab 43

Start from the beginning
                                    

Sehinggalah penjelasan lengkap Essac, buatkan dia juga dibuai kenangan itu. Dia senyum herot, kaki terus melangkah mengikut melodi yang setanding bergerak dengan tubuhnya.

••••••••••••••••••••••••••

"Nedine..."

Sambil mereka masih berpusing hanyut dibuai dengan indahnya irama dan melodi lagu yang sedang menusuk lembut ke dalam telinga, samar-samar suara garau Essac berbisik di telinga Nedinena.

"What?"

Wanita itu tegakkan kepala. Saat ini, jarak wajah mereka yang tidaklah begitu jauh, buatkan mata saling menatap tajam satu sama lain.

"11 hours from Istanbul to Boston back then, it's.. it's.. should be a relove flight to here right?"

Terhenti. Gerakan tarian Waltz mereka mati di tengah-tengah permukaan indah permaidani luas yang memenuhi permukaan lantai di bilik luas itu.

Mereka betul-betul berhenti dan kini berada di bawah lampu chandelier indah yang sedang bersinar terang memancarkan cahaya emas yang begitu terang melawan kegelapan.

"Kita dah bincang soal ni Essac." Sikap Nedine yang dingin sudah muncul kembali. "T..tapi.." Tidak sempat pun dia hendak membela kata-katanya tadi, wanita itu menghayun pergi kakinya yang tidak tersarung sebarang kasut itu.

Sesampai saja dia kembali pada kasut tumit tingginya, dia lekas menyarung kembali kasut itu tanpa rayuan Essac agar dia terus berada di bilik itu  diendahkan walau sedikit.

"Nedine..."

"You ni bodoh ke apa?"

Tersentak habis dia di situ. Mulut terus terkunci rapat, dia... Kelu lidah serta merta. Mulut bagaikan habis tenaga untuk berbicara, bahkan untuk dibuka.

••••••••••••••••••••••••••

"Why you said so?"

Dia tersentak lagi sekali saat melihat wanita di hadapannya itu sedang mengesat tubir mata.

Nedine menangis?

"I dah tak tahan. Ibu abah I tak habis-habis nak suruh I balik, terima lamaran Syed Iskandar tu! You pula? Tak sudah-sudah nak menagih cinta bodoh you!"

Essac ketap rahangnya sekuat hati. 'Cinta bodoh' cinta yang dia cuba kejar, yang dia sedaya upaya cuba dapatkan kembali digelar cinta bodoh? Nedine anggap usahanya usaha bodoh?

"Cukuplah! Bagi I hidup dengan tenang. Penerbangan 11 jam datang sini, sepatutnya become my healing process, I've been hurt a lot since you left me like I'm a piece of trash, I don't care about you anymore, I should be heartless tho, when you left me back then, you were heartless too right? Don't even turn back your car, left me crying in the middle of the road, and it was raining that day!"

Satu per satu peristiwa pada hari itu, diungkit Nedine kembali. Saat ini, juraian air matanya sudah boleh penuh satu kolam renang.

"Nedine..."

Tidak dia beri walau sedikit ruang pun untuk Essac bersuara, dia terus sambung luahan hatinya.

"You kejam! I'm the only one who cares so freaking bad for you.. tapi you? I sibuk fikir pasal arwah adik you, bagi you masa untuk tenang, happykan you bila you teringatkan dia!"

Dia menunduk buatkan air jernih dari tubir matanya semakin laju jatuh membasahi kedua belah pipi merahnya. Kepala kembali diangkat, dia tatap sedalam yang mungkin anak mata coklat unik di hadapannya ketika itu. Pandangannya amat berkaca.

"Tapi you? Sikit pun you tak peduli pasal I! Masalah I, masalah keluarga I! You sibuk fikir pasal cinta you, nak dapatkan I balik! Tapi? Dengan cara mendesak? I tak pandang you walau sebelah matalah! Semua tu sebab kasihan je!"

"Lagi dua bulan, dua bulan sebelum I kena paksa kahwin dengan Syed Iskandar tu, you masih nak menagih cinta bodoh you? You ingat kalau I cerita pada ibu dengan abah pasal you? Diorang akan terima? Lelaki yang dah hancurkan hati I dulu? You tahu diorang kata apa? I tak layak untuk you sebab I bukan sesiapa!"

Dia tarik nafasnya dalam. Nafas itu kembali dihembus dengan penuh getaran.

"Well, at that moment yes! I deny it! Tapi sekarang, I dah faham! You ada banyak perempuan yang setanding dan layak untuk you! Tak perlukan I! Hidup you dah cukup bahagia! Sudahlah! Move on! I akan terima you, tapi sebagai kawan. Tidak lebih. Maaf tapi kita bukan ditakdirkan bersama. Pertemuan kita mungkin satu kesilapan Essac Damien."

Usai bicara, langkah dihayun pantas. Daun pintu dikuak akhirnya bilik itu sunyi tanpa tangisan.

Yang tinggal cumalah sebatang susuk tubuh tegap sasa yang masih lagi tercengang dengan kata-kata wanita tadi. Dia bagai patung yang mati rasa. Sebegitu sekalikah Nedine sudah tekad untuk lupakan dia?

Jadi memang selama ini, usahanya sia-sia? Hatinya tiba-tiba terasa sakit. Pilu sedang berebut menikam hatinya lagi dan lagi. Sejujurnya, ini sangat pedih. Ianya terlalu menyakitkan.

Rasanya, dia sudah dapat balasan kerana menyakitkan Nedine suatu ketika dahulu. Padanlah muka, dia yang terlalu memagar diri bagai aur. Dia lah yang akan terima akibatnya kerana bersikap sedemikian.









   BERSAMBUNG...

Exam mula jumaat, tengoklah, kalau berkesempatan saya update lagi esok.. kalau tiada, bermakna sy akan kembali selepas exam week pada 18/8 nanti ...

Harap maklum, kepada yang sudah menunggu untuk claim ebook yang sy janjikan, lepas exam baru sy kembali menulis ya.. InshaAllah sy akan buka untuk diclaim secepat yang boleh😘

That's all information for now, apapun, doakan sy untuk exam.. nite sayang ii semua, bye ii assalamualaikum..🫶🏻

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now