11 Hours To Boston: Bab 34

Start from the beginning
                                    

Alvin garu kepalanya lagi dan lagi. Complicated betul berdua tu. Haih dia pula yang pening.

•••••••••••••••••••••••••••

Bunyi dentuman guruh yang masih setia menyambar langit itu memecahkan gegendang telinga. Samar-samar suara itu terus meraung pilu dalam tangis.

"Kenapa you buat I macam ni.. sayang tolonglah.. jangan tinggalkan I. Kita boleh bincang Essac.."

Rayuan itu malah tidak sikit pun diendahkan. Keretanya meluncur laju di atas permukaan jalan raya yang masih basah dek air hujan yang turun membasahi bumi.

Dalam sekelip mata, semua berubah kepada situasi yang berbeza.

"Abang... Kenapa abang putuskan hubungan abang dengan Kak Nedinena tu?"

Erica beria mengekori abangnya itu untuk terus bertanya. "Abang.." Dia tidak menjawab. Perlahan, semuanya mula bercampur baur hanya dengan satu pandangan.

Nedine yang meraung sedih di tepi jalan. Erica yang beria bertanyakan dia tetapi tidak diendahkan. Akhirnya kedua wanita dan gadis itu mula perlahan pergi meninggalkannya dalam sisi kegelapan.

"Nedine! Erica!"

Mata coklat uniknya terbuntang luas dengan mimpi tadi. Bibir pucat yang menyeru lantang nama kedua perempuan itu, kian bergetar. Dalam tidak sedar saja, air jernih dari tubir matanya menitis.

Plak!

"Essac? Kau kenapa?" Soal Ghaze yang menerjah masuk ke dalam bilik rakannya itu sebaik mendengar jeritan dari dalam sana.

Dia duduk di birai katil. "Kau demam teruk sangat ni, sampai mimpi-mimpi bagai. Kau mimpi apa?" Soalan dari rakannya itu, buatkan dia kembali kepada mimpinya sebentar tadi. Apakah mimpi itu?

"Nedine..."

Dia kesat birai mata yang basah sebelum kembali menyambung. "Nedine mana?" Ghaze terkebil-kebil. "Mana ada Nedine dekat sini. Ini bilik kau kut. Lain macam kalau dia dalam ni pula," Balas Ghaze pula.

"Aku nak jumpa Nedine.. tepi sikit.." Dia buka duvet yang tadi membaluti dirinya. Bahu sasa rakannya itu ditolak ketepi. "Eh, kau tak sihat ni, tumbang nanti kalau bangun. Janganlah degil. Sudahlah tak mahu makan ubat."

Dia tidak hiraukan bebelan Ghaze, sebaliknya, kaki sudah mencecah lantai. Namun, baru dia hendak berdiri, tubuhnya seperti melayang. Hampir-hampir dia tumbang ke kanan.

"Essac!"

Ghaze lekas menyambut rakannya itu. Mujur tidak terhentak kepala Essac di lantai.

Tidak lama kemudian, Alvin turut muncul di hadapan pintu bilik luas milik Essac itu. "Jesus.. Essac.. kau kenapa ni?" Dia berlari ke arah rakannya itu.

Dalam beberapa saat, mereka kembali membawa Essac yang masih lemah di atas katilnya.

•••••••••••••••••••••••

"Nedine..."

Nama itu kekal meniti di bibir tanpa lekang. Sekali sekala, dia mengiring ke kiri, kemudian kembali semula ke kanan.  Kini, dia sudah baring menelentang.

Dahinya itu mula dibasahi dengan peluh-peluh kecil yang semakin banyak. Suhu badan mula membahang hangat.

Ghaze siku rakannya di sisi. "Macam mana ni?" Soalnya. "Panggil doktor lah.." Cadang Alvin.

"Nedine..."

Namun, lagi sekali seruan Essac, buatkan mereka menggaru kepala. "Panggil Nedinelah." Cadang mereka serentak setelah beberapa saat terjeda.

Ding! Dong!

Tok! Tok! Tok!

Plak!

Mata saling menusuk pandangan. Lidah masing-masing bagaikan kelu tanpa mampu berkata apa-apa. Masing-masing buntu dengan situasi. Janggal.

Kening Alvin terjongket memandang silih berganti rakan dan wanita di hadapannya kini.

"Are we playing staring contest or... What?" Soalan daripada Alvin yang tiba-tiba berdiri di tengah-tengah mereka, buatkan masing-masing menundukkan kepala.

Bahu Alvin dicubit Ghaze buatkan rakannya itu, segera melentik. "Sakitlah bro.." Dia usap bahunya yang terasa pedih.

Ghaze melemparkan sebuah jelingan maut. "Ish!" Alvin tolak dia sehingga dia benar-benar berada berhadapan dengan Dura. Ya. Dura yang membuka pintu tadi. Kini, jarak mereka, tinggal satu inci saja lagi sebelum bibir saling bercantum.

Mata Alvin membundar habis. Dia sendiri tidak sedar saat dia tolak Ghaze merapati Dura sehingga begitu sekali. Namun, hatinya sedikit tercuit. Ini, kali pertama Ghaze malu-malu dengan perempuan. Comel.

"Kenapa bising-bising ni?" Sekali, suara Nedine, menyapa pendengaran. "Nedine.." Serentak mereka bertiga yang masih di luar rumah menyeru namanya.

"Ghaze? Alvin?"

Ghaze mula menjarakkan diri daripada Dura yang sudah kelihatan kurang aman dengan keadaan jarak mereka.

Dia cuma tunduk segan dan meminta maaf. "Kenapa korang di sini?" Soal Nedine sedikit keliru. "We need your help." Alvin membalas. "Kenapa?" Kali ini, Dura pula yang melontarkan soalan. "Essac tak sihat. Dia dari tadi asyik meronta panggil you."

Jawapan itu, diberi oleh Ghaze sambil memandang Nedine. Mendengar nama Essac, wajahnya berubah muram. "Suruhlah dia pergi hospital. I sibuk. Dura masuk jom." Dia paut lengan rakannya untuk berlalu pergi, namun, belum apa-apa, Alvin merayu lagi.

"Essac betul-betul tak sihat tu Nedine. Dia tak sedar sejak lepas pengsan jatuh dari katil tadi. Tolonglah, jenguk dia kejap. I tak tahu apa yang dah jadi, tapi please, he needs you."

Juga, tetap tiada balasan dari Nedine. Beberapa minit berlalu dengan keheningan sehinggalah, bunyi kaca yang berkecai jatuh ke lantai, mula memenuhi halwa pendengaran.

PRANG!

Masing-masing terkejut beruk. "Apa tu?" Dura mengomen terlebih dahulu. Alvin dan Ghaze saling berpandangan, dalam masa tidak kurang sesaat, bibir mula menitikan nama yang sama serentak.

"Essac!"

"Essac!"




   BERSAMBUNG...

Essac sakitlah.. Nedine.. pujuklah dia makan ubat..🥹

Maaf semalam tak ada update and lately update slow.. sy busy lah.. hope you guys understand and still sudi menunggu ❤️

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now