🌧️ pulang

219 32 3
                                    

(hi. saya perkenalkan tag baru '🌧️' untuk prompt writing. tag lain juga saya ubah rupa kejadiannya walaupun tak ada siapa baca atau tanya)

ೃ⁀➷ 𝐩𝐫𝐨𝐦𝐩𝐭:  𝚙𝚞𝚕𝚊𝚗𝚐 ᵇʸ ⁱⁿˢᵒᵐⁿⁱᵃᶜᵏ

"You used to love The Neighborhood."

"Which neighborhood?" Kopi latte di dalam cawan dikacuk menggunakan penyedut minuman.

"Tak, bukan literal." Lelaki itu ketawa rendah. "The band."

"Tak pernah dengarlah."

"I figured." Mata lelaki itu memandang sayu bahagian belakang telefon wanita di hadapannya. Ada kad bercetak wajah penyanyi Korea.

Dah 3 tahun mereka kenal. Namun hari itu Melati terasa sangat asing bagi Firdaus.

Melati yang dulu hanya berbawal sepanjang masa. Berbaju kurung dengan seluar trek di dalam sebab lepas kelas dia akan turun padang dan main papan luncur. Melati yang selalu cakap pasal hidup. Melati yang tak malu menyanyi dengan suara sumbang setiap kali Firdaus petik gitar.

Dah 3 tahun mereka kenal. Namun selepas 3 tahun itu ada jarak satu tahun mereka terputus hubungan. Satu tahun yang buatkan Firdaus menggila, menunggu amnesia Melati untuk hilang.

Menunggu Melati ingat semula janji mereka nak kahwin lepas belajar satu ketika dulu.

"How's life, Melati?" tanya Firdaus.

"Better." Melati angkat bahu. Kemudian tangannya mula membelek-belek sebuah jurnal di atas meja. "A lot better than whatever I had before the accident, I guess. Why the hell was I suicidal?"

Sebab kau dapat tahu bapak kau perkosa adik kau, Melati. Dan mak kau tak kasi buat laporan polis. Kau rasa gagal sebagai seorang kakak. "I guess you never wrote it down huh." kata Firdaus seorang diri. Bukan tempat Firdaus untuk buka luka lama. Kalau adik Melati sendiri tak beritahu, siapalah Firdaus, 'bekas teman lelaki' yang Melati sendiri tak ingat.

Hari itu dia datang mahu pulangkan diari Melati. Firdaus fikir cukuplah dia tunggu benda yang tak akan terjadi. Dia mahu redha dan lepaskan Melati yang 'dulu'.

"Well... tak ada apa dah kan? I gerak dulu?" Melati menyelit rambut coklat cerahnya ke belakang telinga. Punggung sudah diangkat menjauhi kerusi.

"Kenapa kau tak pernah cuba nak ingat aku, Melati?"

Diam. Angin di antara mereka serta merta menjadi berat.

"You ingat amnesia ni boleh pergi macam tu je ke? Dah I tak ingat, nak buat macam mana?"

"I don't know? Try? Contact aku? Spend time with me?"

"Why would I? Everytime I discover something bad about the past I have forgotten, you are always there. Kenapa I nak relive my dark past? Untuk lelaki yang I sendiri tak kenal?"

'I'm always there during your worst because no one will' fikir Firdaus. Ungkapan yang tak mampu dibawa ke mulut kerana isi hatinya kini terasa sangat berat.

"Aku rindu kau, Melati," kata Firdaus, ditujukan kepada diri sendiri. Dia sendiri rasa tersepit. Mungkin ini cara Tuhan makbulkan doanya dahulu kala.

Firdaus tersenyum. Silap betul. Sepatutnya dia doa agar luka Melati sembuh, bukannya hilang.

"I don't know how deep our connection was, Firdaus. But if you truly love me, you should be happy that my life is better now." Tas tangan Chanel yang tadinya di atas meja, kini disangkut pada bahu Melati.

Wanita itu sudah selangkah pergi. Namun dia berpusing kembali menghadap Firdaus. Sepucuk kad dari tas tangan dikeluarkan. "Dan kalau you nak terus merengek macam budak kecik tak terima takdir, do yourself a favour and do not come." Kad itu diletakkan di atas meja. Bunyi tumit tinggi Melati kemudiannya makin lama makin menghilang.

Tinggal Firdaus seorang.

Lagi sekali.

Tulisan perak 'Ghazali dan Melati' di atas kad yang ditinggalkan tadi kini bercorak, basah.

"Melati... tolong aku Melati," Kepala ditalakan ke atas.

"Tolong pulang."






(ok bapak cringe)

house of thoughtsWhere stories live. Discover now