🍞 backyard angel

621 71 80
                                    


Omg i tadi tengah geledah email cari assignment lama pastu terjumpa this story i wrote back in 2018. Originally nak publish dalam himpunan cerpen enigma back then tapi tengah rushing so the whole story jadi tak sedap. Tapi first part ni sedap kot. Entah. tengoklah.

*****

"Lama lagi?"

"Sikit lagi." Husna menutup zip beg. Dari pandangan zahir, aku boleh jamin zip beg dia takkan tahan lama. Tegang habis.

"Kau kem berapa tahun Hus? Lima tahun?" Aku mempersoalkan kebesaran beg yang dibawa. Perempuan memang macam ni eh? Tiga hari dua malam pun sampai tiga beg dia angkut.

"Har har. Kelakar." Husna bergerak pula ke cermin di tepi meja makan. Tudung bawal hitam yang disidai pada kerusi dicapai lalu diletakkan atas kepala. Satu per satu pin disemat penuh teliti.

"Weh Fir. Dah masuk bulan kedua tahun ni. Tak nak kerja?" Husna membuka topik baru sambil mata masih setia pada cermin.

"Kalau aku kerja siapa nak hantar, nak ambik kau dari sekolah? Lagi pun, result SPM bulan depan. Tak lama dah."

"Lepas SPM nanti aku nak kerja. Penat habiskan duit ibu dengan abah." Adik aku yang berumur 17 tahun itu ternyata sedang memerli. Namun perlian tahap UPSR-nya aku abai. Mentah sangat, tak mampu bikin gua terasa.

Kami dua beradik mula menaiki motorsikal. Satu beg baju husna aku letakkan di atas bakul. Di atas ya, bukan di dalam. Tak muat.

Sampai sahaja di sana, tiga buah bas sudah sedia menunggu. Aku membantu Husna mengangkat beg bajunya ke dalam isi perut bas.

"Kau kem elok-elok eh. Kalau balik nanti perangai serupa setan lagi memang aku terajang."

"Ini English Camp, Fir. Bukannya kem wajar diri." Mata Husna diguling tanda menyampah. Tanpa sepatah ucapan selamat tinggal, Husna mendaki tangga bas penuh derhaka dan menyertai rakan-rakannya yang lain. Dasar keturunan kacang! Penat-penat aku hantar dia, terima kasih pun tak ada?

Tak nak buang masa. Aku hidupkan kembali motorsikal lagenda milik abah lalu memecut laju meninggalkan perkarangan sekolah Husna. Ibu dah pergi kerja. Husna pergi kem.

Nice. Aku keseorangan. Inilah masa terbaik untuk buat perkara terkutuk lagikan terlarang. Benda haram.

. . . . .

Tangan menepuk dada saat aku terserdak serbuk milo. Pantas aku berlari ke dapur untuk mendapatkan air.

Ergh, patutlah dari dulu ibu larang keras aku ratah milo. Sampai keluar notis kat whatsapp group family yang meratah milo adalah haram. Benarlah. Ibu lebih tahu.

Puas meneguk air bagai tiada hari esok, aku menjengah tingkap dapur. Aku yakin aku tak salah dengar. Memang ada bunyi benda pecah belakang rumah yang buatkan aku tersedak. Nak kata ibu perang pinggan Coral dengan jiran belakang macam tak logik. Ibu dah pergi kerja. Hus pulak baru je tadi aku hantar dia pergi sekolah. Ayah? Tak mungkin. Kalau betul sekali pun, aku pasang ayat ruqyah lepas tu tabur garam bukit keliling rumah. Ayah aku dah mati. Gila ke apa?

Menjadi satu-satunya anak lelaki keluarga Rahimi di sini, aku terpaksa bertanggungjawab untuk tengok bencana apa yang jadi belakang rumah.

Aku keluar. Kemudian aku masuk balik. Seram. Pasu mak aku semuanya pecah. Ini tak lain tak bukan mesti kerja Hudoh, kucing jantan pervert Mak cik Ani.

Bunyi kucing mengiau berjaya buatkan aku keluar semula. Aku tekad. Aku nak tangkap Hudoh lepas tu mandulkan dia!

Niat terkutuk aku terbantut selaju jualan murah Pagoda. Hudoh yang menggesel-gesel telinga kurapnya di kakiku aku abaikan. Sebab rupanya bukan Hudoh yang buat dajal tadi sebaliknya seorang lelaki yang pengsan di balik serpihan pasu.

house of thoughtsWhere stories live. Discover now