°∘∘32∘∘°

Start from the beginning
                                    

Uqael memang takda belas kasihan. Perempuan? Huh, bunuh pun dia sanggup.

Tubir mata Intan bertakung. Dia terdiam sebaik sahaja Uqael melepaskan ayat tadi. Dan Intan terfokus pada perkataan 'bapak'.

"Aa.. ayah? Apa yang ayah saya dah buat?" Intan hiraukan saja pedih yang mula terasa pada rahang pipinya. Boleh tahan kuat rahangnya dicengkam tadi.

"Se—"

TOK TOKK

Ketukan pintu menghentikan pergaduhan mulut mereka. Uqael menjarakkan dirinya sedikit daripada Intan.

"Masuk," Arah Uqael dengan nada suara mendatar.

Intan membisu dan tidak berani untuk mencelah. Selesai sahaja tuan badan yang mengetuk pintu tadi masuk, Uqael terus merapatinya dengan kadar segera. Intan tak kenal pekerja-perkerja atau pengawal lelaki disini. Namun tak lain tak bukan dia pasti lelaki ini kuli Uqael juga.

Sewaktu mereka berdua rancak berbual, Intan perasan yang dia kerap sangat dipandang. Entah apalah agaknya masalah dan ujian yang bakal dia hadapi nanti. Tak ubah macam duduk dalam penjara! Terkurung. Tersiksa. Yang paling sakit adalah kena hukum tanpa lakukan kesalahan.

Ayah.. kalau ayah tengah berusaha nak bawa Intan keluar dari sini, Intan tunggu..

Dah 1 jam lebih Qayyum tak nampak kelibat Fredella

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dah 1 jam lebih Qayyum tak nampak kelibat Fredella. Tapi sekarang hidungnya disinggah dengan bau yang sedap. Lah, dia hilang dari tadi sebab masak ke?

"ADUH!"

Terus Qayyum campak iPhone ketepi. Dia tak salah dengar! Fredella jerit serentak dengan bunyi kaca pecah. Kelam-kabut dia turun dari katil untuk melihat keadaan wanita itu.

"Della!" Berkali-kali nama isterinya dipanggil. Selagi tak sampai dapur selagi itulah dia akan panggil.

"Ya Allah kenapa ni?" Bebola mata Qayyum jatuh ke arah serpihan kaca yang bertaburan di atas lantai. Lagi gabra dia bila nampak Fredella terduduk di tempat yang sama.

"Sayang," Air muka Qayyum nampak betul-betul risau. Dia turun bercangkung di hadapan Fredella.

"Sayang, pandang saya.." Ujarnya lembut cuba menenangkan si isteri.

Fredella tertunduk-tunduk. Wajah berkerut, menahan ngilu pada luka. Kaki kirinya tercedera akibat serpihan kaca tadi. Fredella terpegang luka itu dan menyebabkan tangannya kotor dengan darah.

"Hei.. sayang, awak kenapa ni? Pandang saya—" Qayyum mendadak risau sebab tiada respon yang dia dapat. Fredella nampak pening, macam nak pitam pun ada. Kenapa dengan isteri akuni?

QAYYUM'S WEAKNESS | OGWhere stories live. Discover now