11 Hours To Boston: Bab 23

Start from the beginning
                                    

"Clara!" Si pasangan kembar kelihatan teruja. Sudah lama tidak jumpa gadis berumur satu tahun yang merupakan sepupu mereka itu.

Edward mengucup pipi anaknya sekilas sebelum kembali melayan telatah anak-anak buahnya.

"Uncle.. uncle tahu tak? Uncle Essac nak mengorat ex-girlfriend dia balik."

"Iye.."

Kening Edward terjongket. "Dia pernah ada girlfriend? Siapa?" Dia semakin tertarik pula dengan cerita budak berdua ini. "Siapa ada girlfriend?"

Sekali, teguran dari Puan Sri Emelda yang baru muncul dari dapur, mengejutkan mereka semua. Daisy pandang adiknya. Dhafiqi pandang Edward. Masing-masing terkebil-kebil tidak tahu mahu kata apa. Habislah si kembar itu kalau Essac tahu mereka bocorkan rahsianya.

••••••••••••••••••••••••••

"Do you wanna build a snowman?
Come on lets go and play.. I never see you anymore, Come out the door, It's like you've gone away.."

"We used to be best buddies, and now we're not, I wish you would tell me why? Do you wanna build a snowman? It's doesn't have to be a snowman.." 

Salji yang bertimbun menenggelamkan kaki mereka, dibaling-baling ke atas. Dengan lagak kebudak-budakannya, dia berpusing-pusing di tengah-tengah kawasan penuh bersalji itu.

Nedine ketawa terbahak-bahak di satu sudut di hujung sana. Telatah Essac ini, memang comel. Tetapi mengada. Ya, walaupun begitu, lebih baik daripada dia tiba-tiba bertukar muram.

Itu menyakitkan hati Nedine.

"Such a kids!" Nedine sengaja laung itu sehingga telinga Essac menangkapnya. Dia gumpal salji di tangannya, dalam sekelip mata saja, salji itu sudah pun tepat mendarat di permukaan wajah Nedine.

"Essac!"

Jejaka itu jelir lidahnya. "Serve your right Ms. Stewardess.." Mereka mula bergurau senda dengan situasi itu. Hampir setengah jam juga sebelum mereka mula mengundur diri dari Gore Place tersebut.

Nedine mula memeluk tubuh buat beberapa ketika. Terasa angin sejuk ketika ini mencengkam sehingga ke tulang. Essaclah ini! Heh, apapun, mesti Essac yang kena. Biarkan dia!

"Dear.. you ok?" Saat dia mendekati, soalan itu diajukan dengan riak risau. Dia lihat bibir Nedine yang selalunya merah, kini bertukar pucat kebiruan. Sejuk betul gamaknya.

Tiada jawapan. Dia perasan, tubuh bekas teman wanitanya itu kini, sedikit menggigil. Segera dia buka lapisan winter coatnya yang berwarna khaki itu. Coat tersebut dibalutkan kepada Nedine.

"Eh, janganlah.. nanti you pula yang sejuk." Malah, wanita itu menolak. Namun, dia tetap dengan pendiriannya. "I dah biasa. You tu. Nanti sakit, I juga yang susah." Nedine jeling sekilas dia. Memang patut pun dia susah. Dia kan yang buat misi tujuh jam mengorat Nedinena.

"I banyak lagi tempat nak bawa you. Tapi... I rasa tak sempat, kita just ada tiga jam lebih aje lagi. Kita ambil train, pusing-pusing Cambridge. Lepas tu, I hantar you balik hmm?"

Nedinena angguk saja. Sebenarnya, dia tidaklah begitu kisah, lagipun... Dia setuju kerana... Ingin Essac gembira. Dia tidak mahu bekas teman lelakinya itu berada dalam situasi murung seperti malam. Bahkan tadi pun, dia hampir sama. Mujurlah Nedine sempat mengubah topik dan mengajaknya bermain dengan salji-salji di Gore Place.

•••••••••••••••••••••••••••

"Betul you tak nak duduk sebelah I dalam train?" Kening kanannya terjongket. Nada suara itu sungguh kedengaran mengusik.

"Tak nak." Jual mahal? Mestilah! Kalau murah, nanti rugi!

Essac selesai mendapatkan train menuju ke Cambridge yang akan mengambil masa selama 25 minit. Dia sengaja bertanya begitu. Walaupun sebenarnya, dia harapkan yang Nedine akan duduk dengannya.

"Okay, jangan rindu." Sebelah mata dikenyitkan. Liur diteguk wanita itu. Susuk tubuh yang sudah berjalan ke hadapan dengan hanya mengenakan kardigan tebal berwarna coklat tua menuju ke arah train yang baru saja tiba itu diperhatikan.

Memang... Essac, menggoda. Eh.. cukup! Jangan lebih-lebih!

Seat mereka diambil. Train ini tidaklah begitu padat dengan penumpang. Mujurlah pun. Dapatlah Nedine merasai ketenangan buat sebentar sebelum mereka tiba.

Namun, dalam pada itu, ada sesuatu yang asyik menggangu dirinya. Mata hitam berkilat itu tidak henti melirik ke seat di sisinya. Jejaka kacak berkacukan Eropah itu, sedang duduk dalam keadaan santai dengan sebelah kaki menjadi tongkat lengan di bahagian lutut.

Nedine terus melirik. Sempurna. Menyesal pula tak duduk dengan dia. Eh...

Rasanya kalau jual mahal sangat pun, akan rugi juga. Keliru lah. Ah lantak. Dia hendak juga menukar tempat duduk. Hal ini kerana, dia tiba-tiba rasa cemburu. Ya, cemburu. Dia kerling beberapa penumpang wanita warganegara Amerika yang ada di dalam ruang yang sama dengan mereka.

Wanita-wanita juga sebahagian daripada mereka ialah gadis-gadis muda, semuanya tidak henti menatap Essac lalu tersengih dan berbisik sesama rakan.

Essac pula? Boleh pula dia tundukkan kepala dan senyum dengan manis? Dia buat-buat bodoh atau memang bodoh semulajadi? Senyuman dia menggoda tahu! Janganlah senyum!

Tidak boleh jadi ni... Nedine baru hendak angkat punggung, sekali... Seorang wanita juga dalam lingkungan umur sama dengannya, mula melabuhkan duduk berhadapan Essac.

Tiba-tiba, wajah manis jejaka itu, berubah tegang. Apakah ini? Nedine batalkan niatnya seketika tadi. Dia cuma memerhati dari jauh. Mereka mulakan perbualan.

Untuk beberapa saat, semuanya baik. Sehinggalah, wanita itu mula menyentuh perlahan jari jemari kasar Essac. Mata Nedine membundar tanpa henti. Saat wanita mula genggam tangan milik bekas teman lelakinya, dia panas.

Coat Essac yang membaluti luar winter coatnya, dibuka. Dia angkat punggung segera. Lalu mendekati tanpa sedikit pun rasa goyah.

"Baby... Let me sit with you. I'm cold."

Essac pandang bekas teman wanitanya dengan mata yang membawa seribu satu reaksi terkejut beruk. A..apa yang Nedine cakap tadi? Apa Nedine panggil dia? Nedine ni kena demam sebab salji ke? Betulkah apa yang dia dengar?

Wanita di hadapannya tadi, mula berubah wajah. Dia pandang Nedine. Matanya, berair. Apa?









  BERSAMBUNG...

Nedine jealous ke tuw? Siapa perempuan tu? Nak reveal tak?


11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now