11 Hours To Boston: Bab 21

Start from the beginning
                                    

"You comel bila terkejut. So? How's it? Is my art gallery big enough for us?" Dia mendekati dan berdiri di tengah-tengah kawasan studio seluas padang bola sepak miliknya ini.

"Besarlah! You tak bagitahu awal-awal satu bangunan ni you punya. I ingatkan art gallery you cikai je." Tangan miliknya disilangkan ke dada sekilas dan serentak mata menjeling geram jejaka di sisinya kerana tidak berterus terang sejak awal.

"So? Should we start now?" Nedine perhatikan Essac yang sudah bergerak ke satu sudut lain di dalam studio lukisan yang kedua di tingkat empat bangunan ini.

Studio yang ini, lebih besar daripada yang dibawah tempoh hari. Dinding sekeliling dihiasi dengan potret-potret hasil lukisan Essac sendiri. Selain daripada itu, aku juga lukisan yang ditandatangan oleh Ghaze dengan tanda tangan yang halus di hujung potret. Mungkin itu ialah hasil karyanya.

Nedine duduk saat Essac hulurkan kerusi kayu bersaiz kecil buatkan. Jejaka itu ambil easel stand dan diletakkan berhadapan mereka. Saat jejaka itu sibuk membancuh warna air bersama dengan sesi pemilihan berus cat yang bersesuaian, dia sibuk memerhatikannya.

Mengapa... Mengapa hatinya berdebar? Mengapa jantungnya berdegup laju? Essac seolah bergerak didalam slow motion mood saat dia menatap jejaka itu ketika ini.

Gulp!

Dia ini semulajadi buat orang tergodakah?

••••••••••••••••••••••

"Mama balik lambat lagi.. Estela duduklah dulu dekat sana." Jawapan itu kedengaran acuh tidak acuh.

Rengekan gadis kecil di balik corong telefon itu, buatkan dia mendengus sedikit kasar. "Mama kata nanti mama balik, mama baliklah!"

Dalam tidak sedar, nada suaranya berubah tinggi. Dia lepaskan sisa geram yang seakan terbuku lama di lubuk hati.

"Mama t..ak.."

Tut...

Talian diputuskan pantas oleh gadis kecil itu. Dura terdiam. Telefon yang tadinya diletakkan di telinga kanan, kini sudah jatuh ke riba.

Air mata diseka. Dia tiada niat ingin menengking budak kecil itu. Cumanya... Dia jadi cepat emosi saat bertutur bersama si kecil itu. Dia tahu dia telah mengguris hati si gadis kecil tadi. Apakan daya, hatinya keras sungguh untuk meminta maaf sebagai seorang ibu.

"Dura?"

Teguran dari seseorang yang berada di belakangnya buatkan dia kembali sedar dari lamunan. Baru dia teringat, dia masih di lobi bangunan apartment sewanya.

Jejaka itu... Dia dengarkah perbualan tadi?

"Essac! Rosak dah! Janganlah! I baru nak reti buat!"

Wajah cantik itu dicemberutkan tanda geram. Dia menjeling si jejaka yang masih ketawa suka akibat usikannya tadi.

"Kalau reti pun tak cantik!" Saja dia teruskan usikan buat Nedine makin mencemberutkan wajahnya.

"Ish! Tak naklah lukis dah!" Dia berpaling ke arah kiri membelakangi jejaka itu. Lagi Essac ketawa terbahak-bahak.

"Merajuk ke dear?" Soalnya dengan nada gurauan. Tiada jawapan. Nedinena masih dalam mood tegang. Penat-penat dia latih diri sejak tadi, akhirnya, Essac mengutuk.

"Dear.." Lembut panggilan kali ini pun, tetap tidak akan dia palingkan wajah. Namun, Essac mencuba lagi.

"Dear.. come here.. look at me Nedine." Kali ini dia agak tertarik saat intonasi jejaka itu berubah semakin lembut.

Namun, tepat saat dia berpaling, terasa ada sesuatu geli basah yang sudah melekap pada hidung separa mancungnya.

Matanya membulat memandang benda tersebut. Berus cat? Geli basah? Oh tidak! Essac conteng hidung dia? Dengan cat air?

Dia mengerutkan dahi licin nya menahan geram. "Ha... Kan comel. Hidung warna kuning." Essac terus ketawa lagi. Nedine keluarkan cermin kecilnya. Saat itu, dia juga terasa kelakar.

Dia ketawa kecil buatkan Essac makin suka. Namun, belum beberapa saat mereka bergelak ketawa bersama, satu berus cat terlekap pula pada pipi kanan Essac.

Saat Nedine turunkan berus itu, dia mengambil gambar buatkan Essac terkaku tidak sempat melakukan apa-apa.

"Nedinena!"

Nedine jelir lidahnya. Dia bangkit dari kerusi yang menjadi tempat punggungnya dilabuhkan itu, akhirnya, dia berlari menjauhi Essac yang sudah mengejar bersama berus cat lain di tangan kanannya.

"You ni kan.."

Cubaan pertama gagal, begitu juga yang kedua, Nedine berjaya menyelinap menyelamatkan diri di sudut sempit. Namun, saat dia hendak melangkah ke kiri, kakinya tersadung pada satu kanvas lukisan buatkan dia tercondong jatuh ke tepi.

Essac sempat menyambut. Dalam situasi ini, mereka saling menatap antara satu sama lain. Masing-masing cuba mengawal diri. Saat itu, mereka sedar tentang sesuatu. Mereka... Masih ingin bercintakah?

"Essac.." Nedine tiba-tiba bersuara buatkan jejaka itu menegakkannya semula, mereka masing-masing menahan malu. Aksi bergurau senda mereka terhenti.

Pipi dan hidung masing-masing masih mempunyai sisa cat yang sebentar tadi. "Nedine.."

"Essac.."

Serentak mereka bersuara.

"Y..you cakap dulu.." Ujar bekas teman lelakinya itu. Nedine geleng. "You dulu." Dia menolak. "Let's get back.." Nedine terkedu. Ingatkan Essac akan tolak dan akan membalas jawapan 'ladies first', rupanya lain.

Dia pandang jejaka itu. Jejaka itu juga tidak henti biarkan mata coklat uniknya menatap dia.

"J..jom.. pergi jalan lagi. Uhm.. kita tunggu lukisan tu kering dululah.. Lepas tu, jom jalan-jalan."

Nedine tidak memberi jawapan kepada tutur kata jejaka itu tadi. Dibiarkan tergantung tidak bertali.

Essac diam menundukkan pandangan. Nampaknya, Nedine masih belum boleh menerima dirinya kembali. Dia cuma pandang susuk belakang tubuh wanita itu. Macam manalah dia perlu pujuk Nedine lagi?




BERSAMBUNG...

Nedine jual mahal lagilah.. Dura ada anak? Hmm...

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now