11 Hours To Boston: Bab 20

Start from the beginning
                                    

"Surprise dear!"

Terperanjat dengan kejutan yang Essac buat, dia berpaling ke belakang. Untuk seketika, dia baru teringat. Dia masih di belakang bangunan Harvard Art Museum.

Melihat jejaka itu memegang sejambak bunga tulip bewarna merah jambu, dia terkedu. "N..Nedine? I.. I ada salah c.. cakap ke? K..kenapa y..you nangis?"

Perasankan tubir mata wanita itu sudah mula basah, dia menegur. Wajahnya jelas menunjukkan yang dia sedang diselubungi perasaan risau.

Nedine menggeleng kepalanya. "U..untuk I?" Soalnya. Laju Essac mengangguk. "Yeah, I told you I'll be out for a while.. because of this.." Dia menghalakan jambak bunga itu kepada Nedine.

"I didn't leave you for too long right? Am I? I'm sorry I make you upset.. I'm sorry. Please don't cry dear.."

Essac beria memujuk berharap agar tubir mata dihadapannya kini, kembali kering segera. Tolonglah jangan menangis. Dia sedih nanti kalau cinta hati dia ini menangis. Tapi, apa sebab Nedine sedih begini?

Nedine senyum perit. "Mana ada nangis. Dahlah, jom masuk balik, I nak enjoy arts lagi."

Dia kawal air matanya. Dia tidak mahu cerita tentang apa yang jadi dalam perbualan tadi. Biarlah. Nantilah dia fikir pasal keluarganya itu. Jikalau Essac ada misi tujuh jam mengorat dirinya, dia pun ada misi. Misi memujuk student Harvard yang sedang dilanda sedih.

Ya, Essac belum cerita apa-apa lagi mengenai hal itu. Jadi, sehingga jejaka itu bersedia, dia akan kekal menunggu.

"Betul ke you ok? Kenapa nak nangis tadi? You cakap dengan siapa? Kenapa keluar?"

Bertubi-tubi soalan dilontarkan. Satu pun dia tidak jawab. Topik terus ditukar.

"Jomlah masuk balik."

Dia ambil jambak bunga tulip bewarna merah jambu di tangan jejaka itu. Setelah itu, langkah dihayun buatkan Essac sendiri terikut langkahnya sama.

••••••••••••••••••••••••

Setiap potret lukisan, diperhatikan semua pelawat dengan begitu teliti. Mesti semua yang hadir memang pecinta seni. Sejujurnya, Nedine sendiri begitu.

Walaupun selama ini dia cukup dikenali sebagai pramugari Turkish Airlines yang sentiasa sibuk seperti tiada hari esok, dia juga seorang pecinta seni dalam diam. Cuma tiada masa saja hendak tunjukkan yang dia cinta.

"Cantik? You suka?"

Bisikkan di telinga kanannya buatkan dia berpaling. Angguk dibalas bagi soalan tadi. "Cantik. Lukisan dia simple, tapi mewah." Balasnya dengan senyuman. Essac angguk dan ukir senyum.

Sebenarnya, saat orang lain di dalam muzium ini sibuk dengan hasil karya lukisan, dia sibuk dengan hasil karya ciptaan Tuhan yang satu ini.

Tidak henti mata coklat uniknya memerhati wanita itu. Mengapa Nedine asyik terus mencuri hatinya? Report polis baru tahu.

Dia ketawa sendiri memikirkan hal itu. Nedine... Satu hari nanti, dia akan nikahi wanita ini. Itu janjinya. Dia akan tebus kesalahan dua tahun lalu. Janji!

"You nak tengok lukisan lagi cantik?" Soalnya sekilas kening dijongket penuh makna. "Kat sini? Ke dekat tempat lain?" Soalnya. "Dekat tempat, kita boleh lukis lukisan sendiri."

Essac kelip sebelah mata. Nedine terkebil-kebil tidak faham. "I bukan pandai melukis." Balasnya. "Jom.. I ajar you melukis.."

Boleh ke? Tapi.. di mana? Tidak akanlah di muzium ini pula?

"Kat mana?" Dia terus ajukan itu.

"You lupa? I ni owner art gallery.." Nedine mula berubah riak wajah. Dia senyum tanpa disedari. Aduh, kenapa kalau dengan Essac senyuman bagai sukar lekang ini?

"You nak ajar I melukis dekat art gallery you?" Nedine menukar posisi badan, tangan disilangkan ke dada. Jejaka tampan di hadapannya itu dipandang lama.

Essac angguk. "Ada ke tempat? Art gallery you tu, kecil aje I tengok."

Mendengar rungutan sebegitu, Essac tarik muka. "Siapa kata kecil? You dah pernah explore satu bangunan Damien's Art Gallery tu ke?"

Nedinena keliru. Sungguh keliru. Satu bangunan? Nanti... Jangan kata... Matanya membulat laju. Di terkejut tidak terkata.

Satu bangunan bermakna... Seluruh bangunan besar yang dia nampak tempoh hari, milik Essac? Biar benar?
Jadi, art gallery jejaka itu, bukan setakat dua tiga tingkat? Tetapi satu bangunan besar itu?

Dia lemparkan pandangan tidak percaya. "I know what's in your mind dear.. come, I'll show you what exactly Damien's Art Gallery is look like."

Dia senyum sinis. Comel betul reaksi Nedine. "Tadi you menang lumba lari kan, sekarang, kita lumba lagi. Tapi kalini, I'll make sure I'll win!"

Dia lari keluar dengan pantas dari dalam muzium lukisan itu. Nedine geleng kepala lalu tawanya terhambur. Dia pun tidak mahu kalah.

Bunga tulip yang Essac berikan tadi, masih dalam pelukan. Dia juga membuntuti mengejar Essac yang sudah berlari keluar.

Pintu yang sudah sedia terbuka buatkan dia berjaya memotong jejaka itu sekilas. Namun, untuk beberapa saat apabila berjaya berada di hadapan, dia sedar akan sesuatu.

Essac sengaja perlahankan kelajuan. Oh, lupa, inikan misi mengorat dia. Nedine ketawa. Dia hayunkan langkah laju kembali menyamakan kelajuan dengan jejaka itu. Essac kerut dahi.

"Tak nak menang ke?" Soalnya. "Tak nak! Nak lari dengan you! Jom!"

Tangan jejaka itu yang masih dibaluti dengan winter gloves ditarik laju. Essac ketawa saat Nedine lakukan itu. Baguslah, mood happy Cik Pramugari ini sudah kembali. Mudahlah kerja dia.

Saat mereka sibuk berlari di laluan pejalan kaki yang sudah dipenuhi dengan timbunan salji yang begitu banyak, tanpa disedari, jantung masing-masing mula berdegup kencang.

Masing-masing merasakan benda yang sama buat sekian kalinya. Cinta.

"Nedinena!" Essac laungkan itu, wanita yang masih menariknya berlari, dipandang dari belakang. "What?" Soal wanita itu. Wajahnya merah, dia sedang berdebar.

"So, can we called that past flight, a relove flight to Boston?"

Nedine ketawa sehingga barisan gigi putihnya mula kelihatan. "Maybe. No answer." Balasnya dengan sedikit bergegar. Larian laju ini, buatkan mereka berada dalam kepenatan. Tetapi tidak mengapa selagi ianya kepenatan cinta.

"Dear! If I say I love you, what your answer will be?" Sengaja Essac soal itu. "I still hate you student Harvard cabuk, so.. maybe next time!"

Dia sengaja pantaskan lagi kelajuan. Essac ketawa sendiri dengan jawapan tadi. Tidak mengapa. Lepas ini, kita tengok.. masih tidak mahu mengaku ya.









   BERSAMBUNG...

Tolong, banyak semut!🙈







11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now