15

27 4 0
                                    

"Sayang, ni ketiga kali oppa dah suruh keluar dengan cara baik." Yoongi menghela nafas malas. Dia tidak mahu Raewon mengikutinya. Namun wanita itu tetap mendiamkan diri di tempat duduk hadapan penumpang.

"Kan aku dah cakap! Aku nak ikut juga! Tak reti bahasa ke?" Raewon mencebikkan bibirnya. Apa salahnya dia nak ikut? Bukannya Yoongi kena gendong dia kalau nak berjalan.

"Kau ni pula, yakin ke nak ikut?" Taehi menganggukkan kepalanya dengan yakin.

Yoongi terus memecut laju ke tempat yang dituju.

***
"Hospital?" Raewon memandang Yoongi dan Taehi secara bergilir. Nak hantar Taehi check kandungan dulu ke?

"Jom sayang." Walaupun Yoongi geram dengan Raewon yang berkeras nak ikut, dia tetap melembutkan nada suaranya.

"Nak kemana ni?" Yoongi hanya mendiamkan diri sambil menarik tangan Raewon dengan lembut. Manakala Taehi hanya mengikut mereka dari belakang.

"Oh, office Jungkook. Kau rindu nak jumpa Jungkook ke? Sejak bila korang berdua berkawan?" Yoongi masih lagi tidak menjawab soalan isterinya.

Taehi terus mengenggam tangan Raewon di sebelah kiri manakala Yoongi memengang tangan kanan Raewon.

Yoongi terus membuka pintu office Jungkook. Alangkah terkejutnya Raewon dan Taehi tatkala melihat Jungkook dan seorang jururawat perempuan sedang berciuman di sofa.

Yoongi terus melepaskan tangannya dari Raewon dan melangkah mendekati Jungkook yang menunjukkan wajah selamba manakala Jururawat tadi sibuk membetulkan pakaiannya dan cuba keluar dari office Jungkook. Namun ditahan oleh Raewon.

Taehi menundukkan kepalanya. Tangannya semakin erat mengenggam tangan Raewon. Tanpa berkata apa-apa, Yoongi terus menumbuk pipi kanan Jungkook berkali-kali.

"EH MIN YOONGI! KAU GILA KE?! PATAH JUGA GIGI BUDAK NI KANG!" Raewon terus menarik tangan Yoongi. Namun Yoongi masih lagi menumbuk wajah Jungkook.

"Taehi! Yang kau tercegat kat situ kenap-"

"KAU PATUT BERTANGGUNGJAWAB DENGAN APA YANG KAU DAH BUAT KAT TAEHI!"

Raewon terdiam. Dia terus memandang wajah Jungkook yang sudah dipenuhi darah namun lelaki itu masih tersenyum sinis.

"Dia memang layak dilayan macam tu." Raewon membulatkan matanya. Tubuh Yoongi ditolak kasar membuatkan suaminya itu berundur ke belakang.

"APA?! LAYAK DI LAYAN MACAM TU? HEY BUDAK! KAU SEDAR TAK KAU DAH BUAT APA? TAEHI MENGANDUNGKAN ANAK KAU TAU! EYYY AKU TUMBUK JUGA LEHER KAU KANG!"

Yoongi terus menarik isterinya kebelakang. Tadi dia bukan main tahan orang, ni dia pula yang nak menumbuk. Tak padan dengan mengandung betul.

"Sayang, haih sebab ni lah saya tak bagi ikut. Lagi susah nak tahan dia." Taehi yang melihat keadaan semakin teruk terus membantu menarik Raewon kebelakang. Rambut Taehi juga ditarik oleh Raewon.

Namun Taehi hanya diam. Yoongi terus menarik tangan Raewon dari menarik rambut Taehi lalu memeluk isterinya dari belakang.

Taehi terus berdiri menghadap Jungkook yang masih diam menahan sakit di wajahnya. Matanya menjeling Taehi yang berdiri dihadapannya sambil memandangnya dengan mata yang berair.

"Jeon, saya tinggalkan majlis kita sebab appa ugut nak bunuh awak. Saya terpaksa." Raewon mendiamkan diri. Cuba memahami situasi yang sedang berlaku.

"Kau fikir aku percaya?" Jungkook berdecit kasar. Dia sangat mencintai Taehi. Bahkan rela menangguh pelajarannya untuk berkahwin dengan Taehi. Namun wanita itu memusnahkan harapannya.

"Terserah. Awak tahukan hubungan kita tak pernah direstu oleh appa." Taehi tersenyum hambar. Keluarga Taehi tidak mahu Taehi berkahwin dengan Jungkook di sebabkan Jungkook ini orang yang tidak setaraf dengan mereka.

"Saya minta maaf Kook, kalau betul awak tak dapat terima saya, sekurang-kurangnya awak maafkan saya. Awak berhak bahagia. Anak ni, saya akan jaga sendiri." Taehi terus melangkah keluar tanpa menoleh ke belakang lagi.

Sekurang-kurangnya dia sudah jelaskan punca sebenar dia meninggalkan majlis perkahwinan mereka. Dia tidak minta Jungkook menerima dia semula. Cukuplah lelaki itu memaafkan kesilapan dia. Dia cukup menyesal.

"Babi!" Raewon terus keluar dari office Jungkook. Tidak tahan dia melihat wajah lelaki itu. Dia sangkakan Jungkook malaikat. Rupanya Jungkook syaitannnnn

Yoongi terus mengikuti langkah Raewon dan meninggalkan Jungkook yang masih mendiamkan diri.

Dia tahu appa Taehi mahu membunuhnya. Dia tahu setelah sebulan Taehi tidak memunculkan diri di majlis perkahwinan mereka. Namun dia ego. Masih menganggap bahawa Taehi mempermainkannya.

Dia masih geram dengan Taehi yang tidak mahu memberitahu apa-apa kepadanya. Wanita itu selalu menyorokkan sesuatu. Rasa marahmya meningkat apabila seseorang memberi gambar Taehi sedang berpelukan dengan seorang lelaki di luar negara.

Dan itu membuatkan dia semakin percaya bahawa Taehi benar-benar mempermainkannya.

(✔) Future | •MYG•Where stories live. Discover now