14

28 4 0
                                    

"Sayang... bangun." Dengan malas Raewon membuka matanya apabila lenanya terganggu. Raewon terus membulatkan matanya tatkala melihat wajah Yoongi sangat dekat dengan wajahnya.

Dengan cepat tangannya memeluk Yoongi. Ini kali pertama dia berasa gembira melihat wajah Yoongi. Zaman dulu-dulu, kalau nampak muka Yoongi, terus Raewon rasa nak pukul.

"Sayang, saya tak boleh bernafas!" Raewon terus melepakan pelukannya pada Yoongi. Tiba-tiba dia rasa seperti ingin menangis.

Yoongi terus mencium dahi Raewon dengan lama. Dia juga rindu dengan bayi besar dia ini. "Sayang ok ke oppa tinggal 3 hari?" Raewon terus menggelengkan kepalanya sambil mencebikkan bibir.

Biarlah muka dia nampak hodoh. Yang penting dia nak bermanja dengan Yoongi!

"Kenapa tak ok?" Rambut Raewon diselit ke belakang telinga. Matanya menatap setiap inci wajah cantik Raewon.

"Sebab awak tak da!" Memandang ke arah lain. Namun tidak lama kemudian dia membulatkan matanya. "Eh, aku bahasakan diri awak saya ke tadi?"

Yoongi menganggukkan kepalanya membuatkan Raewon memandang Yoongi tidak percaya. Syaitan mana yang rasuk dia?

"Oppa!" Yoongi dan Raewon serentak memandang ke arah Taehi yang berdiri di depan pintu. "I miss u!" Taehi terus berlari mendekati Yoongi yang masih duduk di tepi katil sambil membungkukkan badannya agar dekat dengan Raewon.

"Eh! Ni laki aku! Kau jangan nak peluk-peluk!" Yoongi ditarik sedikit kuat sehingga membuatkan separuh badan Yoongi jatuh ke atas badan Raewon. Tambah lagi dengan muka Yoongi yang sudah terhempap ke dada Raewon.

"Saya nak peluk juga!" Taehi menghentakkan kakinya. Jangan lupa, Taehi juga sedang mengandung. Cuma baby bumpnya belum kelihatan. Namun moodnya sudah mula sering berubah-ubah.

Yoongi hanya dia sambil memanfaatkan masa ini untuk baring di dada isterinya. "NO!" Taehi cuba menarik tangan Yoongi. Namun Yoongi masih mengeraskan diri di pelukan Raewon.

"Bencilah!" Taehi terus melangkah keluar dari bilik tidur Yoongi dan Raewon.

"Hmm..." Yoongi mengusak wajahnya di dada Raewon.

"YAH!" kepala Yoongi terus ditolak kasar. Amboii, bukan main suka Yoongi ya?

"Aduh! Nak putus kepala saya. Apa ni! Main tolak kepala? Rogol kang!" Raewon terus menarik baju tidur tanpa lengannya ke atas untuk menutup dadanya yabg sudah hampir kelihatan akibat perbuatan Yoongi.

"Tepi lah! Saya nak mandi!" Sekali lagi, tanpa sedar Raewon membahasakan dirinya dengan panggilan 'saya'

"Mandi sama-sama nak?" Yoongi terus membuka butang bajunya sambil memandang Raewon dengan pandangan gatal.

"Taknak!" Raewon terus bangun dan masuk ke dalam tandas. Namun Yoongi sempat menahan pintu tandas membuatkan Raewon menghela nafas malas.

"Please sayang, adik kat bawah tu dah rindu dengan awak." Ujar Yoongi sambil melirik ke bawah dimana tempat 'adiknya' berada.

Raewon terdiam. Sejak kebelakangan ini juga dia mengidam nak disentuh oleh Yoongi. Haih.

"Yalah." Yoongi terus masuk ke dalam tandas bersama dengan Raewon.

***
Dua minggu kemudian.
"Yoongi-ah." Yoongi dan Raewon serentak memandang ke arah Taehi. "Hmm?" Yoongi berdehem namun kedengaran dingin.

Raewon mengjongketkan sebelah keningnya. Minta-mintalah perangai setan Taehi tu jangan datang. Jenuh dia nak berebut Yoongi dengan Taehi.

"Saya pregnant." Yoongi tersembur nasi dan Raewon tersedak susu. Walaupun Raewon sudah tahu yang Taehi mengandung, dia tetap terkejut. Sebab dulu Taehi tidak mahu dia memberitahu tentang kandungannya kepada Yoongi. Tapi kali ini dia sendiri yang bagitahu Yoongi.

"Apa?" Yoongi cuba menghadam perkataan Taehi. Sudahlah dia susah nak menghadam makanan pagi ini. Ini pula nak hadam ayat Taehi.

"Saya mengandung oppa!" Yoongi terus memandang ke arah Raewon sambil menggelengkan kepalanya berkali-kali.

"Sayang, bukan anak saya tu!" Raewon mengecilkan matanya. Yoongi yang sedang cuba menyakinkan dia bahawa anak yang dikandung Taehi itu bukan anak Yoongi membuatkan Raewon ragu-ragu.

Tapi dia teringat bahawa waktu itu Taehi balik ke rumah waktu pagi. Yoongi tiada waktu itu. "Taehi, kau taknak bagitahu ke tu anak sapa? Kalau kau tak kenal, kita report polis." Yoongi menganggukkan kepalanya setuju.

"Anak siapa tu?" Yoongi mengetap rahang. Setahunya Taehi tiada teman lelaki buat masa ini. Dia percaya Taehi bukan wanita yang selalu ke kelab malam untuk berfoya-foya.

"A-anak dia..." Taehi menundukkan kepalanya manakala Yoongi sudah mengenggam penumbuknya. "Anak siapa?" Tanya Yoongi sekali lagi. Dia mahu memastikan adakah lelaki yang di maksudkan Taehi itu adalah lelaki yang dia kenal.

"Anak dia " Yoongi terus bangun dan mengambil kunci kereta di atas meja ruang tamu. Taehi dan Raewon berlari mengejar Yoongi sampai keluar.

"Jangan pergi!"

"Kau nak ke mana tu?"

Serentak Raewon dan Taehi bersuara. Namun Yoongi tidak menghiraukan kedua-dua wanita itu.

"Dia nak ke mana tu? Tu anak siapa? Kenapa Yoongi nak marah?" Taehi mengigit kuku. Dia serabut nak jawab Raewon.

"Haih geram lah!" Raeeon terus berlari masuk ke dalam kereta Yoongi.


***
Next chapter update pukul 9. 💜

(✔) Future | •MYG•Where stories live. Discover now