12

30 5 2
                                    

“Raewon, saya keluar dulu.” Raewon yang sedang membaca majalah itu mendonggak memandang Taehi. “Dah malam ni nak kemana?” jangan salah faham. Raewon tidak ambil berat pun. Cuma hairan.

“Keluar kejap.” Taehi enggan memberitahu. Jadi Raewon hanya menganggukkan kepalanya. “Awak ada nak makan apa-apa tak? Nanti saya boleh tolong belikan.” Raewon menggelengkan kepalanya.

“Aku dah makan. Tak payah susah-susah nak ambil hati aku.” Raewon terus membaca majalah tanpa menghiraukan Taehi.

**
Hospital besar Seoul di pandang sebelum masuk. “Ya cik?” Taehi tersenyum ke arah staff di kaunter. “Boleh saya berjumpa dengan DR. Jeon Jungkook?” staff tersebut membenarkan Taehi masuk setelah mendapat kebenaran dari Jungkook melalui telefon.

“Kook.” Jungkook yang tadinya fokus bekerja memandang ke arah Taehi. Terus masam mencuka mukanya.

“Kenapa kau ada kat sini?” Jungkook terus menyambung semula kerjanya. “Jungkook-ah, saya nak minta maaf.” Taehi menundukkan kepalanya. Dia ada salah dengan Jungkook semasa mereka masih menjalinkan hubungan.

Dia terpaksa pergi tanpa memberi sebarang berita kepada Jungkook selama 5 tahun. Baru kali ini dia ada kesempatan untuk berjumpa dengan Jungkook.

“Lupakan kisah lama. Kalau dah habis bercakap, sila keluar.” Taehi memandang Jungkook dengan pandangan yang sedih. Dia tidak menyangka Jungkook akan melayannya dengan kasar meskipun lelaki itu tidak menaikkan suara.

“Jungkook, saya rela buat apa-apa asalkan awak maafkan saya.” Taehi mendekati meja kerja Jungkook lalu meraih tangan lelaki itu.

Jungkook tersenyum senget. “Apa-apa sahaja?” Taehi menganggukkan kepalanya. Dia mahu mulakan semuanya dari awal. Dia masih cintakan Jungkook.

“Kalau aku minta kau layan aku? Kau nak?” Taehi menelan liur dengan perlahan. Dengan ragu-ragu dia menganggukkan kepalanya. “Tapi, awak kena tanggungjawab.” Jungkook menganggukkan kepalanya lalu mencium bibir Taehi dengan kasar. Sudah lama dia tidak merasakan sentuhan wanita. Jadi inilah peluangnya.

**
“Aik? Budak tu belum balik lagi ke?” Raewon memandang keluar. Taehi keluar tak balik-balik. Dia bukan risau, dia tertanya-tanya. Kemana agaknya perempuan itu.

Baru sahaja Raewon duduk di sofa, pintu utama dibuka. Raewon terus memandang ke arah Taehi yang menangis lalu terduduk di depan pintu.

“Weh, kau kenapa?” dengan cepat Raewon mendekati Taehi yang masih lagi menangis. Bahkan tangisannya semakin kuat. “Kau jangan buat aku takut! Kau kenapa?” sebenci-benci dia terhadap Taehi, dia juga ada rasa belas kesian.

Taehi terus memeluk Raewon membuatkan wanita itu terdiam. Dengan teragak-agak dia menepuk belakang Taehi. “Dia tak nak tanggungjawab.”

Raewon mengerutkan dahinya. Siapa? “Apa yang berlaku? Cepat bagitahu aku!” bahu Taehi mengoncang. Matanya terus melihat love bite di leher Taehi. Bukan sedikit. Banyak!

“Bagitahu aku. Kau kena rogol ke?” Taehi hanya menangis. Patutkah dia kata yang dia kena rogol? Tapi dia sendiri yang memberi izin untuk disentuh.

Flashback.

Taehi membuka perlahan matanya. Semua bahagian tubuhnya sakit membuatkan dia tidak dapat bangun. “Kalau kau dah bangun, balik! Aku tak nak tengok muka kau.” Taehi terus memandang ke arah Jungkook yang sibuk memakai pakaian.

“Nah duit.” 100 ribu won di lempar ke muka Taehi membuatkan wanita itu membulatkan matanya. “Jungkook! Awak janji yang awak akan tanggunggjawab!” Taehi tidak dapat menahan air matanya

“Yang kau cepat sangat percaya kenapa? Kalau dah bodoh, selamanya akan bodoh.” Pipi Taehi ditepuk lembut sambil tersenyum sinis.

“Apa salah saya Kook?” Jungkook menayangkan wajah tanpa perasaan. “Kau tanya salah kau apa?” tangan Jungkook terus mencengkam leher Taehi.

“KAU MALUKAN AKU! KAU TINGGALKAN AKU SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN KITA. SEKARANG KAU TANYA SALAH KAU APA?!” Taehi menutup matanya. Dia takut.

Tak sangka Jungkook berubah sampai macam ini. “S-saya ada sebab.” Ya Taehi tinggalkan Jungkook bukan sebab dia tidak cinta. Dia pergi sebab ugutan ayahnya.

Jika dia tidak memutuskan hubungan dengan Jungkook, ayahnya akan membunuh Jungkook. Majlis perkahwinan itu di rancang secara senyap-senyap. Namun entah di mana silapnya, ayah Taehi mengetahui majlis perkahwinan antara Jungkook dan Taehi.

“Aku malu tunggu kau 3 jam dalam dewan perkahwinan tu. Semua ahli keluarga aku ada masa tu. Kau tahu bertapa susahnya aku nak menjawab soalan diorang?” cengkaman tangan Jungkook di lepaskan.

“Lepas ni, biar kau rasa apa yang aku rasa..” Jungkook terus keluar dari bilik kecil itu.



***
💜

(✔) Future | •MYG•Where stories live. Discover now