11

38 5 6
                                    

“Memang aku tak boleh ikut ke?” Raewon memeluk Yoongi dari belakang. Lelaki itu sedang bersiap-siap mahu berangkat ke Daegu atas urusan kerja. Entah kenapa dia rasa berat hati nak berjauhan dengan Yoongi.

“Jangan ikut sayang, nanti awak penat.” Yoongi memusingkan badannya menghadap Raewon. “Aku tak mudah penatlah! Aku boleh kejar kau sampai berapa km tau!” Raewon mencebikkan bibirnya.

Yoongi yang dalam fasa kegeraman mengigit pipi kanan Raewon. “Adui! Oi! Kalau nak makan, nasi ada! Ni pipi orang pula digigitnya. Merajuklah kalau macam ni!” pelukkan dipinggang Yoongi di lepaskan. Dengan perasaan marah, Raewon keluar dari bilik.

Namun dia masuk semula tatkala dia melihat Taehi sedang duduk di ruang tamu sambil menonton tv. “Sayang! Tak jadi nak merajuk heheh!” Yoongi mengerutkan dahinya. Dah memang gini ke mood ibu mengandung?

Raewon menoleh ke belakang. Dia kena tunjuk aksi sweet sampai potong kaki kat depan Tahi! Eh, Taehi!
“Sayang, jom lah keluar, aku lapar.” Raewon memuncungkan bibirnya. Yoongi tersenyum geram melihat Raewon. Dengan cepat bibirnya mencium bibir isterinya itu.

Raewon membulatkan matanya. Walaupun Yoongi selalu mencium dia secara tiba-tiba, dia tetap rasa terkejut. Mungkin belum biasa lagi. “Jom sayang.” Yoongi menarik tangan Raewon dengan lembut.

“Good Morning Yoongi!” Taehi terus bangun tatkala matanya menangkap kelibat suami isteri itu. Dengan cepat Raewon memeluk pinggang Yoongi sambil menjeling Taehi.

“Kau sampai bila nak keluar? Sampai aku terberanak ke?” Raewon merenung tajam wajah selamba Taehi. “Sayang, jangan cakap macam tu kat orang.” Lengan Raewon diusap lembut.

“Ohh, kau nak back up dia? Benci lah macam ni!” pelukan di pinggang Yoongi dilepaskan. Dengan geram Raewon melangkah ke dapur. Sempat juga dia langgar lengan Yoongi dengan bahunya memandangkan dia lebih pendek dari lelaki itu.

“No, sayang!” Yoongi terus mengejar Raewon ke dapur. Taehi menghela nafas malas. Setiap hari tengok drama macam ni membuatkan dia muak.
**
“HA?! Kena tinggal dengan Taehi?! Tak nak lah! Baik aku tinggal dengan mama! Yoonwon pun masih belum balik lagi!” Raewon mengetap gigi.

Tidak mahu dia tinggal dengan perempuan perampas tu. Asal Yoongi percaya sangat kat minah tu?

“Sayang, kira baguslah Taehi nak tolong tengokan awak. Saya risau nak tinggalkan awak sorang diri dalam rumah ni. Yoonwon pun masih belum nak balik rumah lagi.” Yoongi memegang tangan Raewon.

“Saya boleh tolong jagakan Raewon.” Taehi tersenyum memandang Raewon membuatkan wanita itu mendegus geram. “Malas aku.” Tanpa sebarang kata, Raewon terus bangun meninggalkan kawasan dapur.
**
“Saya kat sana seminggu je. Jaga diri tau.” Air mata Raewon diseka dengan ibu jari. Yoongi ketawa kecil melihat wajah Raewon yang sudah basah dengan air mata.

“Tak nak! Nak ikut!!” semakin erat pelukannya di pinggang Yoongi. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia tidak rela berjauhan dengan Yoongi.

“Sayang jangan macam ni, saya janji, habis je urusan kerja saya akan balik awal. Ok?” kedua pipi Raewon di cium. Semakin menjadi-jadi tangisan Raewon.

“Dah lah tu.” Taehi menepuk lembut bahu Raewon.

“Ish jangan sentuh lah!” tangan Taehi di bahunya ditepis kasar. “Sayang, please? Saya akan balik dalam masa tiga hari. Ok?” Raewon terus memandang Yoongi.

“Janji?” jari kelingking di angkat. Yoongi tersenyum lalu memautkan jari kelingkingnya dengan Raewon. “Janji sayang. Dah jangan nangis, hodoh muka.” Tidak lama kemudian pinggangnya dicubit membuatkan Yoongi mengaduh sakit.

“Sakit sayang!”

“Pergilah! Dalam masa tiga hari kena balik tau!” Yoongi menarik semula Raewon. “Ya sayang. Janji.” Bibir Raewon di cium lama. Taehi terus membuang pandangan ke arah lain.

“Jaga isteri aku. Kalau apa-apa jadi, siap kau.” Taehi hanya tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Setelah Yoongi pergi, Raewon menjeling Taehi lalu masuk ke dalam rumah.

***
Saranghaeee!!

(✔) Future | •MYG•Onde as histórias ganham vida. Descobre agora