11 Hours To Boston: Bab 13

Start from the beginning
                                    


•••••••••••••••••••••

"Sengih-sengih.. aku sumbat watercolor tu baru tahu!" Ghaze menegurnya buatkan dia berpaling ke arah belakang. Wajahnya mula masam mencuka.

"Potonglah kau ni, aku tengah ingat balik kisah pagi tadi ni!" Dia baling salah satu kotak watercolor ke arah rakannya itu. Habis berterabur semua isi-isi cat air di dalam kotak itu. Ghaze menjeling Essac.

Satu hal pula dia kena kutip. Essac pula? Dia cuma lemparkan senyuman tidak bersalah. Heh.

"Kau lah, nak mengorat tak bertempat. Ada ke patut ajak anak dara orang dating dekat McD pukul 3.00 pagi? Kalau bapak dia tahu, mampus kau!" Sengaja Ghaze takut-takutkan rakannya.

Essac senyap saja. Bisinglah Ghaze ini membebel.

"Alah, bukan buat apa pun, aku bawa dia keluar, aku hantar dia balik. See? I'm not a bad guy.. come on man, aku ikhlas tahu?" Sambil tangannya yang memegang berus cat itu sibuk mewarna lukisan di kanvas yang terletak di atas pine wood easel stand berhadapan dirinya.

Ghaze yang berada di belakangnya pula, turut melakukan benda sama. Ya, mereka kini, sedang berada di dalam studio lukisan milik Mr. Lewis, di Universiti Harvard.

Salah seorang pensyarah jurusan art and design. Mereka diarahkan untuk menyiapkan lukisan berunsurkan alam semulajadi. Hal ini terjadi, kerana mereka didenda sebenarnya.

Mereka berdua, masing-masing tidak menyiapkan assignment dari semester lalu, jadi, Mr. Lewis paksa mereka untuk siapkan lukisan itu di studionya. Tak pasal-pasal kena tahan sampai pukul 2.00 petang. Huh.

"Memanglah tak buat apa Sac.. tapi, korang berdua, tak ada ikatan halal. Elok-elok berdua, nanti ada yang ketiga macam mana?" Ghaze berkata membalas jawapan Essac sebentar tadi.

Essac cebik bibirnya kecil. "Yalah. Lepas ni, aku tak buat dah." Dia akur. Betul juga apa yang dikatakan rakannya itu. Tidak elok apa yang dia buat semalam. Kalau mama, papa dan abang-abangnya tahu ini, masak teruk dia. Err..

"Hmm bagus! Lain kali, nak keluar, ajak aku.. lepas tu, suruh Nedinena kesayangan kau tu, ajak Dura kesayangan aku tahu?"

Essac palingkan tubuh ke belakang. Dia pandang belakang rakan baiknya yang sedang tertawa itu. Dari hinjut baru, dia boleh agak. Bukan main ketawa ya?

Tadi nasihat orang, dia pun dua kali lima. "Eh kau, tadi membebelkan aku, kau pun sama. Satu lagi, sejak bila pula Dura tu jadi kesayangan kau?" Essac menyoal sambil sebelah keningnya terjongket.

Ghaze berpaling ke arah belakang. Dia sengih. "Sejak aku dah terjatuh sayang dekat dialah." Balasnya dengan ketawa gedik.

"Good luck bro.. dia tu, ada mix singa. Err.. seram." Essac ketawa. Ghaze juga sama. Ah, tak kisahlah mix apa pun, dia tetap hendak cuba mengorat. Mana tahu lekat? Ehek!

"Ehem! Have you guys done?" Suara dari Mr. Lewis buatkan mereka kembali fokus dengan hasil karya yang separuh siap itu.

Haih, bila masa pula dia ada di sini? "Almost done!" Mereka melaungkan itu serentak. Pensyarah lelaki Amerika berambut perang keemasan yang separuh umur itu, cuma menggeleng kepala.

•••••••••••••••••••••••••

"Ahh! Penatnya! Seriously, Mr. Lewis tu, dah bazir masa aku! Aku baru nak balik rumah ni.." Essac membebel sambil kaki panjangnya terus melangkah.

Alvin ketawa berdekah-dekah. "Hahahaha! Itulah, padan muka tak siap assignment lagi! Kan dah kena!" Dia lagakan kepala kedua rakan-rakannya itu.

Mereka bermasam muka. Ya, Alvin bukanlah dari course yang sama dengan rakan-rakannya. Dia student jurusan seni juga, tetapi seni bina. Art architecture student. Bakal-bakal arkiteklah ni..

"Kau pun tak siapkan?" Ghaze bertanya tidak puas hati. "Aku sempat siapkan." Balasnya tenang. "Eh, bila?" Essac pula menyoal pelik. "Pagi tadi." Dia senyum polos. Mereka geleng kepala memandangnya. Sempat pula dia. Huh.

"Enough, enough.. I'm freaking hungry tho.. let's grab some food?" Alvin bercadang di situ. Ghaze setuju. Mereka berdua alihkan pandangan ke arah Essac yang entah mengapa tiba-tiba berhenti berjalan.

"Why bro? You good?" Ghaze soal rakannya yang nampak cuak itu. Sudah mengapa pula Essac ni?

Mereka menapak langkah kebelakang mendekati Essac yang ketinggalan itu semula. "Asal?" Soal Alvin.

Jari telunjuk Essac perlahan-lahan dinaikkan. "Who the hell is that? Why is he talking to my girlfriend?!" Jari telunjuk itu tadi, laju bertukar menjadi penumbuk.

Ghaze pandang Alvin, Alvin balas pandangannya semula.

"Correction.. it's your ex-girlfriend." Alvin dan Ghaze berkata serentak. Ah, Essac tidak hiraukan. Sekarang, dia nak tahu, siapa lelaki itu?

"Itu lecturer pertukaran. Dia orang Malaysia tak silap. Nama dia Alfie." Balas Alvin saat mentafsir seolah Essac perlukan jawapan tentang lelaki itu.

Essac makin panas melihat pensyarah pertukaran yang dikatakan itu, sedang bergelak ketawa dengan Nedinena! Nanti! Apa Nedine buat di sini? Memang sengaja datang nak jumpa pensyarah itukah?

"Tapi.. kenapa Nedine kau macam mesra aje dengan dia?" Alvin terus menyoal. Dia pun pelik. Nedinena nampak begitu selesa dengan pensyarah itu.

"Jangan-jangan.. he's Nedine's boyfriend? Huh!"

"F*ck off Ghaze!" Essac mendekati tanpa rasa segan. Ghaze garu kepalanya. Dia pula kena maki. Teka aje.

"Dear!"









BERSAMBUNG...








11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now