Bab 6 - Ibu

13 1 0
                                    

Iman

"Assalamualaikum... Ibuuu," Iman setengah menjerit di pintu rumah. Dia mengetuk pintuk dua kali dengan jari telunjuk yang dibengkokkan.

Sebenarnya dia memang ada kunci sendiri. Tapi ibunya ada di rumah, lebih baik dia memanggil dahulu. Tidaklah orang tua itu terkejut kalau dia tiba-tiba memunculkan diri.

Tapi panggilannya tidak berjawab. Ada dia dengar suara berdehem sekali sayup-sayup dari dalam rumah.

Tengah solat kot. Iman berkira-kira dalam fikirannya sendiri.

Dia keluarkan kunci dari beg yang bersangkut di bahu. Tangannya meraba-raba dalam beg mencari kunci. Kalau diikutkan barang dalam begnya tak adalah banyak sangat. Tapi dia terpaksa juga mencari dengan meraba-raba dalam begnya.

Baru sahaja di masukkan anak kunci dalam lubang kunci pintu, pintu terbuka. Ibunya berdiri di muka pintu. Wanita setengah baya itu masih bertelekung sembahyang.

"Kenapanya yang beria sangat masuk je lah," ibunya mendengus kecil sambil tersenyum. Dia ketepi sedikit memberi laluan kepada Iman untuk masuk ke rumah.

Mereka berdua bertentangan mata sekejap, Iman membalas senyuman ibunya.

"Alah, saja nak bermanja, hehehe," Iman ketawa kecil. Dia mencabut semula kunci di lubang kunci pintu rumah. Kemudian menonong sahaja masuk ke dalam. Campak beg ke sofa kecil, di ruang tamu lalu duduk.

Ibunya juga ikut duduk di sofa di hadapannya. Merenung wajah Iman yang  melepaskan lelah sepulang dari tempat kerja.

Rumah flet kecil dua bilik itulah yang menjadi tempat dia dan ibunya berlindung bertahun-tahun dulu. Sejak dia masih kecil.

Dari cerita ibunya, dia sudah mengambil Iman sejak berumur hampir dua tahun, tapi belum masuk dua tahun. Baru pandai berjalan. Kalau diikutkan, Ibu kandung Iman mahu memberikan Iman kepada orang lain, orangnya ada bau-bau bacang juga dengan ibu kandung Iman. Pasangan suami isteri itu yang pada mulanya meminta Iman untuk dijadikan anak angkat kerana masih belum dikurniakan anak walaupun susah lama berkahwin.

Tapi suami saudara ibu kandungnya itu mahukan anak lelaki. Jadi dia berkuranglah keingingan mahu mengambil Iman sebagai anak angkat.

Ibu angkatnya sekarang, sebelum ini menjadi pengasuh sahaja kepada Iman. Dia sudah mengasuh Iman sejak lahir. Waktu Iman hampir 10 bulan, entah kenapa suami ibunya, bapa kandung Iman seorang cina mualaf tiba-tiba meninggalkan ibunya. Tidak pula ibu angkatnya menceritakan sebab bapa kandung Iman meninggalkan Ibunya.

Selepas ditinggalkan suami itulah ibu kandung Iman mula mengatakan tidak mahu lagi menjaga Iman dan sedang mencari keluarga angkat yang mahu menjaganya. Kerana sayangkan Iman, ibu angkatnya yang sekaranglah menyanggupi untuk membesarkan Iman.

Begitulah bagaimana mulanya Iman dibesarkan oleh ibu angkat yang sudah dianggap sebagai ibu kandung itu. Ibu angkatnya sendiri yang mencerita peristiwa itu ketika Iman berumur tujuh tahun dan mula bertanyakan tentang ayahnya dan ibunya, kerana dia mula perasan nama ibu di surat beranak tidak sama dengan nama ibunya sekarang.

"Awal pula kamu balik," Ibunya memulakan perbualan bila dilihatnya Iman sudah agak tenang di sofa.

Iman memandang wajah ibunya.

"Hari ni kerja pagi, Sara masuk tengahari tadi, dialah yang kena closing hari ni," jelas Iman, ringkas sahaja. Dia tak adalah penat sangat. Biasanya sampai sahaja di rumah memang dia akan berborak sekejap dengan ibunya.

Iman bangun dari duduknya, ke dapur. Mencari air. Dia keluarkan air sejuk dari peti dan mencapai cawan dari tempat simpanan pinggan mangkuk lalu kembali ke ibunya yang masih duduk di sofa.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 20, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HutangWhere stories live. Discover now