Bab 1 - Pasar Karat

36 4 0
                                    

2 Mei 2013. Hari ini lahir Sid. Tak ada ucapan selamat dari teman-teman, atau keluarga, atau siapa pun. Selalunya dia memang tak pernah pedulikan hal remeh macam ni. Ucapan sebenar bertentang muka, ucapan di SMS, atau ucapan panggilan telefon. Tiada seorang pun.

Macam biasa, cuma ibu yang telefon dia untuk ucap selamat. Sid pun macam biasa cuma jawab dengan terima kasih. Ibu juga cuma bercakap ringkas, bertanya khabar dan dia cuma menjawab apa yang ditanya ibu. Tidak ada dialog-dialog kosong untuk bermesra atau apalah.

Entah, Sid sendiri kurang faham dengan dirinya yang macam ni. Ada juga dia baca di laman sosial, sebuah artikel tentang kajian keperibadian. Sifat-sifat yang ada pada dirinya memang terdapat dalam salah satu keperibadian yang telah di senaraikan dalam kajian. Introvert pemikir. Suka bersendiri. Tidak gemar bercakap tentang perkara remeh. Tidak suka tempat sibuk dan keramaian, kerana hal itu bakal menguras tenaganya. Satu perkara yang dia paling tidak gemar adalah itu, penat. Sangat akurat, segala sifat dalam kajian keperibadian itu hampir tepat menggambar dirinya.

Dia berfikir lagi, jika kajian itu sangat tepat, mestilah bukan dia seorang yang berkeperibadian begitu. Mestilah wujud orang lain yang macam dia. Jadi, bila memikirkan tentang sifat dan sikap yang tertulis dalam kajian itu dia sebenarnya bukanlah orang aneh yang suka makan bersendirian di warung atau anak muda psycho anti sosial yang suka berlegar di pasaraya berseorangan.

***

"Jaz, aku keluar jap ambil angin," Sid bangun dari duduknya, di meja kerja sebuah pejabat unit media salah satu parti politik utama dalam negara. Memusing-musingkan tubuhnya, macam orang meregangkan badan sebelum mula bersukan mahu membetulkan pinggang yang terasa sengal.

"Mana,? Minum ke, jom lah aku nak ikut," temannya yang dipanggil Jaz itu juga bangun, membuat gerakan yang hampir sama dengan Jaz. "Bapak ah banyak kerja," Jaz menyambung kata-kata selepas merasakan pinggangnya agak selesa berbanding selepas bangun dari duduk yang sudah berjam-jam tadi.

"Hm, jom lah. Minum bawah je kot," Sid melihat waktu di tangan sudah menunjukkan jam 9 malam.

Mereka berdua beriringan keluar dari pejabat di tingkat dua bangunan kedai menuju kedai mamak di tingkat bawah yang cuma berselang beberapa buah kedai dari pejabat tempat mereka bekerja.

Di kedai mereka mengambil tempat di kaki lima kedai. Malam ini tak pelanggan tak berapa ramai. Berapa buah meja sahaja yang ada pelanggan. Itupun cuma budak muda yang melepak berborak kosong sudah berjam-jam. Tengok air yang sudah kering dalam cawan pun boleh agak sudah berapa lama mereka melepak di situ.

Sid memerhati keadaan sekeliling dari meja tempat dia dan Jaz duduk.

"Kerja kau banyak lagi ke?" Jaz mulakan point nak berborak. Seorang budak lelaki masih remaja datang dengan buku nota dan tangan yang bersedia nak tulis order. "Kopi O ais."

"Kopi O suam, kau makan?" Sid bertanya pada Jaz. Dia cuma jawab dengan geleng kepala. "Dah."

Budak ambil order angguk kepala lalu terus kembali ke dapur.

"Malas dah kot, kalau naik semula pun tak siap juga malam ni," Sid sambung berbual, menjawab pertanyaan Jaz tadi. "Kau?"

"Kerja aku mana pernah habis, hahaha," Jaz ketawa kecil. Betullah kerja dia memang tak pernah habis, kadang-kadang artikel dia pun Sid yang tulis. Tapi di artikel rasmi masa diterbitkan di surat khabar, laman web atau laman blog nama penulis mesti nama Jaz. Ahmad Jaznizam Awang.

Sid dan Jaz juga kadang-kadang berkongsi ruangan pojok di akhbar, dengan berkongsi nama pena Anak Awang. Sebenarnya itu nama pena milik Jaz, raungan pojok itu pun milik dia juga. Sid cuma penulis cadangan. Ruangan pojok Rojak Anak Awang bukanlah cuma ruangan pojok dengan tulis sarkastik menyindir pemerintahan kerajaan, isu semasa atau kontroversi individu politik. Jaz sendiri menjadikan ruangan itu sebagai medium mengangkat namanya di dunia penulis. Tulisan Sid di situ membuatkan Jaz sampai pernah dipanggil ke sesi bual bicara politik di televisyen. Mereka juga punya laman blog yang dikongsi bersama beberapa rakan penulis lain dan laman rasmi untuk komuniti berforum sendiri di internet.

Tapi, itulah nasib seorang ghostwriter. Penulis yang berkerja sebagai penulis di mana-mana sahaja, tapi tak pernah guna nama sendiri. Padahal kerja penulis, kalau bagus penulisannya dia boleh jadi orang terkenal. Tapi Sid tak pernah pedulikan perkara itu. Baginya, itu bukan sesuatu yang penting. Asal dia ada wang untuk teruskan kehidupan, itu dah memadai.

"Kau nak balik ofis ke?" Jaz sambung berborak.

"Entah, macam malas dah, lagipun esok punya deadline semua dah siap, tadi pun aku tengah buat yang minggu depan, aku dapat tiga job dekat sini minggu depan."

"Ok la kalau yang deadline dah siap, aku punya?" Jaz membulatkan mata, dengan air muka memohon minta-minta Sid sudah siapkan artikel dia.

"Dah," jawab Sid sambil tersenyum. "Jom balik lah terus, aku nak singgah pasar karat, ingat nak cari kasut."

"Aku kena balik terus lah, bini kirim tapau nasi. Hahaha."

"Tak pe la tu, komfom kau balik terus lah ni?"

"Hm, balik terus kot," Jaz sedut air di straw. Sid juga.

"Kira," Sid berteriak perlahan sambil angkat tangan menunjukkan simbol minta mejanya dikira. Budak yang sama masa ambil order tadi datang kira. Selesai urusan pembayaran mereka berdua berlalu, mengambil arah tuju masing-masing.

***

Hari ini hari lahir Sid dan sekarang usai kerja di pejabat di jam yang sudah menghampiri tengah malam, dia masih berlegar-legar di pasar menjual barangan terpakai. Orang biasa panggil Pasar karat. Macam-macam barang ada. Barang antik, vintage, barang-barang yang dibuat berdekad lepas yang sudah tidak wujud di masa sekarang, baju , seluar, kasut, topi terpakai.

Sambil berjalan dia pandang ke jalan, ke kiri dan kanan melihat barangan jualan yang tersusun di atas kanvas. Kasut, topi. Selalunya itulah eksesori yang selalu dia beli. Tapi Ada juga orang yang suka beli barang macam ni untuk koleksi. Kata orang masa depan nanti nilai barang tu akan naik sebab barang dah lama, barangnya semakin kurang dan bolehlah ada permainan untuk kepuasan sendiri.

Sid berhenti di satu tapak jualan menjual kasut. Di atas kanvas plastik warna biru tersusun pelbagai kasut berjenama. Tentunya barang terpakai. Dia duduk lalu mengambil sebelah dari sepasang kasut yang bersusun rapi. Sid angkat muka, melihat penjualnya memerhatikan dia yang sedang duduk membelek kasut. Penjualnya seorang lelaki muda berambut dreadlock, macam penyanyi Bob Marley. Penjual tu senyum, sambil angguk kepala, Sid balas senyumnya, lalu kembali membelek kasut di tangan.

Di tengah-tengah kasut yang tersusun rapi, mata Sid berhenti di sepasang kasut Converse Jack Parcell berwarna hijau. Smart.

"Belilah," satu suara tiba-tiba menyapa di hujung telinga. Tak, tak ada orang yang meyuruhnya membeli. Dia lihat ke sebelah, kiri dan kanan. Dia yakin tiada yang menyarankannya, suara itu cuma muncul di dalam fikirannya.

"Smart ni, belilah. Kau dah lama tak beli kasut kan. Hadiah harijadi, apa salahnya."

***

2010.

Smart betul kasut ni, Razman mengambil satu dari sepasang kasut di kanvas plastik warna biru.

Converse Jack Parcell warna hijau.

***

HutangWhere stories live. Discover now