11 Hours To Boston: Bab 6

Start from the beginning
                                    

"Gatal!" Bentak Nedine geram. "Dengan future wife sendiri apa salahnya?" Mata coklat uniknya itu dikelipkan tepat ke arah pramugari di sisinya. Dia ukir senyum manja.

"Eee, siapa nak jadi future wife you? I tak nak!" Balas Nedinena sedikit tidak puas hati. Suka hati je cop orang bakal bini dia.

"Tapi I nak you." Selamba saja dia tuturkan itu. Nak konon, habis, dua tahun lalu punya hal? itu apa cerita?

"I tak nak!" Nedinena masih membentak. "I nak juga!" Essac tidak mahu kalah. Dia terus nyatakan keinginannya.

"You ni, I kata tak nak, tak nak lah!" Dia cebik bibirnya geram. "I nak juga! I nak kahwin dengan you!"

Membulat mata hitamnya mendengar itu. Apakah? Dia ni gila gamaknya.

"Ish! Suka hatilah! Dah! Duduk diam-diam!" Kaki dihayun meninggalkan Essac sendiri di seatnya.

"Dear! acıktım bana yemek yap.." (I'm hungry, serve me some food..) Sengaja dia panggil Nedine begitu.

Semua penumpang mengalihkan pandangan ke arah mereka. Masing-masing ketawa kecil. Geli hati dengan gelagat pergaduhan comel itu. Nedinena? Sumpah dia geram dengan Essac.

Kalau boleh, dia nak campak saja bekas teman lelakinya itu ke luar!

"ben senin değilim dear!" (I'm not your dear!) Dia kembali menapak mendekati Essac yang masih selamba dengan senyuman tidak bersalah. Dia ujar itu pada bekas teman lelakinya.

"Wau.. ni first time I dengar you cakap Turki. Nice dear.." Ya. Dia benar-benar kagum. Betullah, Nedinena sekarang makin menarik.

"Ugghh.. annoyinglah you ni. Cakap cepat you nak makan apa? Sebelum kitorang tutup food service.."

Essac senyum lagi. Marah-marah pun, nak juga hidangkan makanan. "Anything, yang penting you serve." Katanya.

Nedinena jeling. "Bagi tapak kasut jelah!" Laju dia akhirnya melangkah pergi. Essac mengawal tawanya. Comellah Nedine marah.

•••••••••••••••••••••••

Penerbangan mereka hampir separuh hari sudah berlalu. Jam pada ketika ini, tepat menunjukkan pukul 10.40 pagi.
Lebih kurang tujuh jam lagi sebelum mereka mendarat.

Essac resah menggaru kepala. Tidak henti memikirkan bagaimana dia hendak terus dekat dengan Nedine selepas penerbangan ini berakhir?

Dia jenguk ke arah cabin anak kapal beberapa kali. Bukan main mesra Nedine dengan rakan-rakannya. Tetapi dengan dia? Sudah serupa singa kacukan harimau. Garang.

Dia cebik bibirnya. Masih adakah peluang untuknya? Nedine itu agak-agak sudah berpunya kah sekarang? Sebab itukah dia jual mahal sangat?

Throwback...

Suasana hujan ribut ketika ini, seumpama memahami hatinya dan turut menangis meraung-raung.

Kilat petir tidak henti menyambar dada langit dengan kasar. Pada masa yang sama, tangisan jatuh ke pipi yang sudah sedia basah akibat rintikan hujan.

"Janganlah buat I macam ni Essac... I... I sayang you. Janganlah tinggalkan I." Rayuan itu tidak diendahkan, sebaliknya langkah galah, kekal kemas diatur.

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now